1. Aku Order beg Coach Madison Lindsey 18643 warna Raspberry. Sepatutnya besar Mcm pic ni. (pic gugel)
2. Aku dapat beg mcm kat bwh ni (ni pic from gugel tapi mmg sejibik sejibon beg ni) Korang perasan tak apa yang lain? Hahhhh pandaii.. Saiz dia.. memula tengok beg tu aku dah nampak kelainan kat saiz beg. Madison Lindsey sepatutnya besar bukan mcm gambar kat bawah ni..
4. Sepatutnya Beg ni panjang dan besar mcm pic kat bawah ni.. bukan mcm kat atas tu.. ( pic ori from gugel)
4. Ni gambar sebenar beg yang aku dpt..
5. Yang price $268.00 tu tag price tag original dari beg yg aku beli sebelum ni. Yang $498.00 tu pulak tag dari Madison Lindsey yg fake tu.( utk info aku mmg suka simpan tag dan carecard satu tempat supaya senang bila nak jual blk.. hehehe..) Nampak tak Font kat barcode tu lain sangat. Untuk sapa2 yg baru2 berjinak dgn Coach mmg takkan perasan kelainan dia.
6. Care Card yang aku dapat dari beg Madison Lindsey. Ok ni aku nak habaq mai kat hangpa semua. Sepanjang aku beli Coach tak pernah umur aku dapat Care Card kaler maroon cenggitu. Kalau seller ckp care card cenggitu sbb beli kat coach factory, tu namanya membohong.. Coach factory ke, coach butik ke, coach outlet ke, carecard dia BUKAN MCM KAT BWH NI. Takde Card kaler meroon tu eh, Siap ada kad register bagai..so klu korang dpt cenggini confirm Fake beg korang tu.. Hahahaa(gelak jahat)
6. (a) Sepatutnya Care Card dia mcm ni je.. Simple gile...
7. Interior dlm dia patut warna mcm ni, Bukan pepel eh.. (pic gugel)
9. Yang ni dari pic Beg Madison Lindsey aku beli tu. Interior warna pepel. Pastu cuba baca ayat kat Coach creed tu.THIS IS A COACH BAG. IT WAS HANDCRAETEDIN CHINA FROM THE FINEST MATERIALSAND LEATHER. ITS SUPERIOR CRAFTMANSHIP REFLECTS OUR COMMITMENT TO ENDURING QUALITY. Nampak tak cacamarba ayat dia. 'HANDCRAETEDIN' 'MATERIALSAND'. Tang ni je mmg aku dah confirm bag ni immitation. Walaupun Coach ni org kata cashier kat Us je yang pakai, tapi takde lah dia nak low grade kan quality dia sampai mcm tu ye tak?
9.(b) Yang ni Coach Creed original dari beg aku yang lain. Nampak tak beza dia? Ayat dia sempurna gitu.
10. Tali panjang dari beg Lindsey Madison. Ok yang ni pun aku nak habaq mai kat korang. Coach tak pernah sampul tali guna plastik. So klu dapat tu, tu antara salah satu tanda ke'fake'an bag Coach korang. Pastu Coach Factory jarang sangat dapat dust bag! lagi2 klu stock2 lama dan limited mcm lindsey ni. Klu dapat dustbag tu kira nasib baik lah..
11. Tag made in China tu biasanya warna hitam. Tak tau lah pulak klu sekarang dah warna mcm kat bwh ni.
12. Jangan Tak tau ye Fake pun skrg pakai zip YKK. so skrg tak leh percaya sgt org kata klu nak tgk ori tgk zip klu YKK tu original .. Sbb skrg fake pun pakai YKK uollsss..
13. Pastu skrg ni kan ramai yg jual siap paper bag kaler merah ni kan.. Buat pengetahuan korang, Coach Outlet biasanya paper bag kaler PUTIH. Coach Butik paper bag kaler ceklat eh.. Warna merah ni season lama yg mmg dah tak keluar.. Tak tau lah klu seller mmg simpan paper bag lama2. So next time klu nak beli tanya sellerbdia beli dr putlet mana , kat Us ke, kat jepun ke, kat europe ke. Pastikan seller tau dari mana stock dia tu.. bukan setakat ckp direct from US tp which part of Us pun tak tau.. Lagi satu diorg suka guna ayat kawan dia, nenek dia, makcik dia beli dr outlet yg tak ramai customer. Ada ke Outlet Coach yang tak ramai Customer? setau aku Outlet coach ni walau ceruk hutan sekali pun mesti ramai org. Sbb kat Us tu harga coach ni mampu milik bagi diorg kiranya ala2 mcm beli beg guess lah kat Malaysia. Sekian jelah celoteh aku. Aku bukan nak tutup periuk nasi sapa2 tp jujurlah. Klu jual fake, ngaku benda tu fake. Takyah ckp ori. Sbb ada je customer yang nak pakai fake. Yang org marah bila Fake di kata ori byr mahal2 ko dpt fake je.. Bengang tak? Kalau aku bengang.. So pada sesiapa yg pernah beli coach Madison lindsey kat ig atau fb.. cer cek balik keoriginalan beg korang tu.. Klu mmg seller kata fake ok lah.. sbb dah memang fake. Yang aku tak boleh terima kalau fake dia kata ori.. Mmg nak kena basuh lah tu..
14. Nasihat aku sapa yang dah terkena tu pi mintak refund balik kat seller, Klu seller berkeras gak kata beg dia tu authentic, original bagai dikata korang g report polis, kpdnkk, ssm janji diorg pulang balik duit korang tu.. sbb diorg dah kira menipu.. Rugi woo rm7++ korang buat beli immitation coach. Tambah sikit dah dpt ori Coach dah US.. So far seller yg memang aku trusted skrg kat ig, fb dan blog antaranya Orkid syah, Princess Victoria stylo, Shopperstar, The supernini, Ashleys outlet/ash0780, Kedai satu US, Ronasofia, Nekrock, shireen feddy dan ramai lagi yg aku tak igt nama diorg..
15. Korang pun boleh masuk closed group Coach Authentications kat FB utk authenticate beg coach korang tu...