Memaparkan catatan dengan label shoppaholic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shoppaholic. Papar semua catatan

Ahad, 22 Januari 2012

Yayyy.. I Won!!



Assalamualaikum semua! masih ada lagi ke readers yang baca blog aku ni? Kalau masih ada aku ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi lepak kat blog ni walaupun dah lama aku tak update. Mood nak berblogging tu dah kelaut gamaknya even nak buka blog pun malas.. Haishhh, nyah kamu Mr. M!
Ekceli, aku nak cerita pasal akhir tahun lepas aku ada join 2 contest di Facebook anjuran Online Seller yang jual beg Authentic dari US ( biasalah aku, kalau pasal beg sanggup join, benda senang nak menang kan, just kumpul seberapa banyak like kat gambar. Siapa yang paling banyak like dikira pemenang) . So i think why don't i try my luck. Sesiapa yang jadi friendlist aku kat facebook tahulah, bukan main bersemangat kesukanan lagi aku meraih undi. Sanggup tido lewat semata-mata nak raih simpati orang supaya Like kat gambar aku yang tak seberapa tu. And akhirnya, aku menang first prize for both contest.
weeeeeeeyyyy (sambil tepuk pengakap gitu)

Macam nilah reaksi aku masa tau aku dapat first prize. Walaupun ada yang pertikai akan kemenanganku itu, tapi ada aku kesah! I won babe! For me adatlah dalam bertanding ada kalah dan ada menang. Tapi jangan lah sampai busuk hati, tak boleh tengok kemenangan orang lain. Aku berusaha untuk menang, bukan duduk goyang kaki dan bukan dengan cara menipu. How many LIKES and how many Friends in my friendlist, itu pun mau query ke? kalau sikit kawan dalam facebook tu, tak menjamin kemenangan ke ? pleaselah open minded sikit. Jangan jadi busuk hati tengok kejayaan orang lain k..=)
One from Princess Victoria Stylo, one from Raz Aziz's Collection and the other one from Incek Ary sempena Birthday. =)
Coach Madison Gold dari Princess Victoria Stylo
Coach Kristin dari Raz Aziz's Collection

So, Awal tahun haritu aku dapat lah hadiahnya di tangan aku. Alhamdulillah, diatas rezeki awal tahun ni. Aku bersyukur sangat. So boleh lah save bajet dari membeli beg awal tahun ni. Hihihi..Puan Shiela meh lah tgk, u suruh i update kan..hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Next post aku tunjuk gambar yang aku pertaruhkan untuk contest tu ye. So sesiapa yang suka beli handbag Coach, LV, Gucci, Longchamp atau apa-apa brand yang Original and Authentic dari Oversea tu bolehlah check it out Facebook diorang ye.Gerenti murah dari seller lain. Dan kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih to all my friends, my siblings, my cousins, my family dan my friend to my friend ( korang paham tak? kawan kepada kawan aku kekdahnya) yang telah susah payah tolong like dan kempen ajak kenkawan lain tolong like . jasa baik korang sangat aku hargai..=) and to blogger yang sudi like juga jutaan terima kasih especially Shiela, Adia, Ceroi, Halia Kentang, Mrs sophie, Bitt, Abby, Safarin, Cik Puan Peah!



Isnin, 25 Julai 2011

Posto!posto!

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba! Cer korang teka what inside the Parcel?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Any idea?
Dari bubble beg tu rasanya korang dah boleh assume kan, what inside?
it is a........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
A Bag!
Yayy big clap to whoever guess it right!but sorry, no prize for that..hihihi
Presenting new bag on the blog
"COACH MIA OUTLINE C MAGGIE SHOULDER HANDBAG 16513".
Rasanya macam dah lama tak upload gambar pasal beg ni. Kalau beli pun, takde nak tunjuk-tunjuk kat sini. Coz selalunya aku beli dengan blog yang sama, kat Suki shopmeholic atau kat Princessvictoriastylo, so malas lah nak update di blog . But this time aku tukar seller pulak, beli kat Littlecabin AuthenticCoach. Korang pernah dengar tak blogshop tu? Mesti ramai yang kaki shopping handbag online tau blogshop tu kan. So far for the first time aku berurusniaga dengan seller ni, memang puas hati. She is a reliable and trusted seller. Shipping and handling pun cepat. Takdelah nak kena tunggu sebulan lebih nak dapatkan beg. So jangan bimbang dan ragu. Kalau nak beli beg Coach ke, Gucci ke, or any other item from US yang confirm original dan authentic, boleh lah korang klik kat link yg i bagi ni..



Salah satu cara nak tau Coach tu ori ke tak, tengok Coach creed dalam beg.

Konon-konon,main reason aku beli beg ni sebab beg ni ada 3 compartment. So macam-macam boleh letak kat dalam. Nak letak botol susu pun boleh ye..

Tapi rasanya macam not me lah nak pakai beg ni. Ni lah padahnya kalau beli ikut nafsu..So beg ni i gave my mummy je lah..Now i'm eyeing on Longchamp planetes. Tengok si rina pakai Longchamp teruja pulak nak beli..Haishh..Nafsu-nafsu...Kalau ikut hati rasa nak beli beg Gucci, Prada atau Miu Miu pulak, asik Coach je..tapi apakan daya, poket tipis. So bergaya ikut kemampuan je lah bak kata orang, ukur baju badan sendiri. kang kalau pakai yang immitation, takut mawi marah pulak..
Tetiba teringat ayat dia kat TV dengan budak kecik-kecik yang comel cakap cenggini:
"Ori ke? jangan curi yer!"

Rabu, 13 Julai 2011

yay!! Dapat Kamera baru!

Bila rasa gembira tepuk tangan!
clap clap!
Bila rasa gembira tepuk tangan!
clap clap!
Bila rasa gembira begini lah caranya
Bila rasa gembira tepuk tangan..
Clap clap!
Yay...Gembiranya bila dapat tukar kamera buruk aku tu dengan kamera baru.
(sambil lompat-lompat katak)
Kamera lama aku tu memang banyak berjasa . Daripada aku belum kawin, dah kawin, sampailah sekarang banyak betul jasanya. Cuma lately asyik 'hang' je. Kalau tak sebab kamera ni selalu 'hang' takde maknanya Incek Ary approve beli kamera baru. Kalau setakat 'hang' je takpe, ni tidak time kitorang tengah sibuk nak posing-posing amik gambar tetiba kamera tak boleh on. Hampeh betul. So last solution, terpaksalah kitorang korek tabung babi Piggy bank semata-mata nak beli kamera baru.ecehhh..

Sony T77 kaler Ijo yang banyak berjasa.

Sampai patah tempat letak bateri tu aku kerjakan. Serius, aku ni memang tak pandai nak jaga barang. Apa-apa barang yang aku pakai mesti end up akan rosak macam ni. ganas kan? Jarang lah barang aku yang boleh tahan lama. Dulu, aku punya kamera olympus si Kyra suka suki dia je letak dalam washing machine masa aku tengah basuh baju. Alih-alih aku keluarkan baju dari mesin basuh, tengok-tengok ada pulak kamera dalam tu. Masa tu dah al-kojol dah kamera tu, giler tak mati, abis 30 minit duk pusing-pusing dalam mesin basuh. naik pening kamera tu. last-last simpan je lah buat pekasam sebab memang dah tak boleh on. Nak marah kyra pun tak boleh, umur dia masa tu baru 3 tahun, marah macam mana sekali pun bukan dapat apa-apa. Sabar je lah..(Sambil Meletakkan Kedua~dua Tangan Di Dada Dan Melihat Ke Atas).
Ok where was i? asyik menceceh pulak dah tersasar dari tajuk asal. hihihi..Then, incek Ary ajak pergi Digital mall ushar-ushar kamera. Last-last lepas dengar penerangan dari sorang seller yang sangat pandai mengayat kat digital mall tu.
Akhirnya kitorang pun tergoda beli kamera dengan dia.. Sebelum ni memang dah survey-survey tanya kenkawan yang lain. So sedikit sebanyak ada lah ilmu di dada. Takdelah buta-buta kena tipu dengan seller. ye tak?

So here it is my new gadget!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
♥♥♥CANON EOS 1100D♥♥♥

Ok lah untuk beginner yang baru nak belajar pakai DSLR.
Murah je pun, tak macam si Ceroi tu punya.
papehal pun kita tetap Canonian kan Ceroi kan..

Isnin, 11 Julai 2011

Mega Sale carnival is back!


Woohooo..Mega Karnival Sale da start..Nilah masa nak perabiskan duit yang ada.Mostly banyak butik, superman supermarket, kedai runcit mak temah, kedai kasut, kedai baju, kedai underwear dan semua kedai-kedai yang ada kat Malaysia ni buat sale up to 70%.Peh memang menggila kalau pegi shopping komplex time macam ni.Memang rabak duit weh. Bagi kaki shopping macam aku ni, masa ni sepatutnya aku kena perintah berkurung, kalau tak mesti abis duit aku. Yelah gaji kecik nafsu besor hehehe. Semua benda nak dibeli, pantang nampak sale terus nak beli. Tapi hari sabtu 2hb lepas, aku telah berjaya meloloskan diri dari perintah berkurung hahaha..So memang gile lah aku membeli belah hari tu macam-macam dibeli.Bila dah sampai rumah duduk termenung pikir nak kena puasa sebulan sebab duit dah abis...huargghhh..Mak! nak pinjam dueettt (sambil buat muka comel ala-ala Puss dalam cerita Shrek). Agak-agak mesti mak aku bagi pelempang kot instead dari bagi pinjam duit.Jom tengok hasil nafsu besor aku tu.Diingatkan, ni bukan entry menunjuk-nunjuk ye.For those yang selalu baca blog aku mesti tau aku selalu review kedai-kedai yang sale giler babs..(nak kena warning dulu, kang ada pulak stalker yang mengata..ecehhh)

Malaysia Mega sale karnival start Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2011

Tadaaa!hasil penyopingan aku sepanjang minggu lepas.Nanti aku cerita lebih lanjut.Ada beli kat Guess, Timberland, Esprit, Face font, Suki shopmeholic, Stage dan Isetan.

Sunglasses Armani Exchange ni untuk Incik Ary, kitorang beli kat Face font, sale 50% beb. Yang CK tu aku beli online kat Suki shopmeholic murah giler barang dia jual. Yang penting original, authentic dan cepat shipping dia.Cuma yang tak bestnya dia ni lambat sgt nak reply mesej. Tp so far dalam banyak-banyak online shopping yang jual branded stuff from oversea, Suki ni paling murah and worth it. Kalau korang suka beg Fossil ke, CK ke, Coach ke, Ettiene Aigner ke, DKNY yang ori tapi murah boleh lah ushar blog dia ye.

Ni pulak hasil rembatan dari Guess, masa ni sale baru start. kalau guna HSBC kad atau korang ada membership kat Guess ni, Beli lebih RM 1000 dapat extra lagi 20% bagi barang yang dah sale 50% ke bawah.Yang 70% tak dapat extra 20% ye. Dan bagi belian kurang RM1000 dapat extra 10%. Masa tu aku dengan Rina, ( sapa lagi kan partner in crime aku kalau bershopping) tak bajet lah nak beli sampai seribu. Alih-alih ada mamat ni ajak combine resit sebab dia ada membership Guess so that we can get that extra 20%, kitorg pun apa lagi terus cakap ok padahal tak pernah kenal pon sebelum ni. Kalau shopaholic tu, sapa-sapa pun boleh jadi kawan kan janji ada kepentingan..Boleh gitu? Yang kemeja hijau dan merah tu harga betul RM329 satu, minus 50% then minus lagi 20% dapatlah harga dalam seratus lebih tu yang aku beli sampai 2 lain-lain kaler kononnya..Padahal tu semua nafsu..Yang T shirt tu RM149 pun sale 50%. Beg-beg guess pun banyak yg sale sampai 50%, jam Guess pun ada yg sale up to 50% tau! Psstt, Korang ingat tak cerita aku gaduh dengan Cashier Jusco Midvalley hari tu? U oll nak tahu, mamat yang maki aku tu kerja kat Butik Guess Midvalley pulak. Rasanya dia pun kenal aku, dok ushar aku dengan Rina je. Tapi macam dah insaf kot, coz masa kitorang tunggu cashier tu dia siap cakap dengan nada yang slow "Tunggu kejap ye kak".Haihh pandai berbudi bahasa rupanya budak ni..Hahaha..Tapi pada aku, past is past..Lantak dia lah.kalau dia buat lagi kat aku macam dulu, memang kena lah dia dengan aku.

Jewellery set box ni dulu RM199 tapi sekarang RM49 je.Berbaloi-baloi tu..

3 in 1, sebab tu aku beli. Yang besar boleh letak gelang, yg sederhana kecik tu letak rantai and earring, yang paling kecik tu boleh letak cincin.

Earring Guess ni pun sale 50%. Murah...

Esprit ni beli 3 pasang dapat less lg 15% including baju yg dah di less 50% pun boleh dapat kurang dengan syarat beli 3 pasang ke atas. Then kalau ada membership Esprit dapat lagi less 10%.Murah kan? yang Blue black tu new arrival,dari harga RM169 dapat less 15% + 10% je total dapat ler rega RM129.29. yang Hitam tu lagi murah, dari RM129.90 dapat kurang jadi
RM30++ jer.

Aritu aku ada buat entry pasal kosmetik stage, dulu dia buat sale 1 barang RM12 untuk Lipstik, eyeshadow segala tu kan..Dan RM8 untuk eyeliner, lipliner. Sekarang da lagi kurang, yang lipstik, eyeshadow and segala mak nenek yang dulu RM12 sekarang dah jadi 2 RM20, yang harga RM8 pulak dah jadi 2 RM12. Murah kan?Sale tu sampai 31 Ogos ni dan selagi stok masih ada coz diorg nak tukar packaging baru katanya.

Tshirt Timberland untuk Incek Ary ni ada less 30%.Timberland buat clearance. Tp paling murah pun 30% je..

Lastly sandal for Incek Ary from Hush Puppies got less 20% sajork. harus beli barang dia kalau tak dia tak approve aku beli barang aku..hahaha..Total damage for all this is RM????.Now aku tengah termenung sambil makan biskut kering..kalau aku tau better aku duduk rumah je aritu..chait...

Related Posts with Thumbnails