Assalamualaikum, kejap-kejap nak sapu sawang sikit. Lama betul aku tak update blog ni. Biasalah celcom broadband aku ni dah exceed limit, so skrg ni agak lembap line tenet aku, tu yang susah sikit nak update. Okay, sebenarnya aku nak cerita weekend project aku minggu ni ialah buat kuih raya! Maklumlah dah tak lama je lagi kita nak menyambut syawal. So minggu ni aku pulun siapkan dua jenis biskut dulu. Biskut sarang semut dan Almond cluster. Jom tengok resepi Biskut Sarang semut yang sangat easy peasy lemon squezzy.
Bahan-bahannya ialah:~
1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 tspn esen vanila
Untuk hiasan:
Coklat rice
Bahan-bahannya ialah:~
1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 tspn esen vanila
Untuk hiasan:
Coklat rice
- Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
- Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
- Gaul sehingga menjadi doh lembut.
- Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
- Ambil sedikit doh dan parut.
- Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
- Bakar dalam 150°C selama 15 minit.