Khamis, 8 Januari 2015

How to detect Fake Coach

Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Okay hari ni nak cerita pasal Coach Immitation. Skrg ramai sgt seller yang jual Coach dan claim yg coach tu original. (samada supplier tipu atau seller yg menipu) Ni nak cerita pasal pengalaman aku sendiri terbeli Coach Fake dgn sorang seller ni. Dah lama sebenarnya tak beli beg Coach, last aku beli tahun 2012 kot. Pastu sampai skrg aku tak pernah beli Coach sbb kononnya dah beralih ke jenama lain. Then aku rasa nak tukar beg kerja aku yg dah barai tu, ternampak plak sorang seller ni up pic madison lindsey dgn harga murah. Actually sebelum ni aku pernah beli barang dr US dgn dia dan mmg ori lah dia jual brg tu.. So aku takde lah rasa sangsi sgt bila aku nak beli beg dari dia sbb dah pernah beli dgn dia.. Bila aku tgk dia post gambar beg yang memang aku berkenan dan harga beg tu murah bagi aku sbb rata-rata seller jual beg Coach Lindsey tu dalam harga RM1k++ tapi seller ni jual Rm7++ je.. Murah kan? So aku mmg teruja lah nak membeli.. So aku bayarlah deposit Rm400 dulu.. Lepas 3 minggu beg pun sampai dr US katanya dah bayar balance beg pun sampai.... And to my surprise bak kata omputih. Beg yang aku dpt tu ternyata mmg fake.. Bak kata org 1:1 ke, high grade fake gitu lah... So aku tak puas hati lah byr RM7++ dpt fake item. Aku pm balik seller secara baik, takdelah nak maki hamun bagai dan bgtau yang beg tu fake siap tunjuk bukti segala bukan cakap kosong je tau, kena tunjuk bukti baru org percaya dan aku kata aku taknak bayar rm7++ untuk beg fake. Dan Alhamdulillah seller tu nak refund duit aku dgn syarat aku pos beg tu balik. Aku apa lagi bungkus balik beg tu terus pg pejabat pos walaupun minggu ni ramai giler orang kat pos opis sebab masing-masing sibuk nak keluarkan duit ASB.. Awal tahun lah katakan nak tunggu bonus lambat jadi ASB jelah jalan yang cepat nak dapat duit.. Ye tak?  Lama gak menunggu weh, seratus org masa tu aku kena tggu semata2 nak pos balik beg tu.. Tapi aku tabahkan hati berkat sabar akhirnya dpt gak aku pos beg tu. Dipendekkan cerita,  lepas seller dapat beg tu, seller tu pun refund duit aku.. Katanya supplier yg bagi beg tu kat dia, dia pun tak tau yang beg tu immitation.Dan dia minta maaf lah dengan aku sbb tak perasan.. Ok aku terima maaf dia, janji jgn buat lagi tau..  Okay skrg aku nak tunjuk tang mana fake beg itu.. Khas untuk kawan-kawan yang baru nak beli Coach online.

1. Aku Order beg Coach Madison Lindsey 18643 warna Raspberry. Sepatutnya besar Mcm pic ni. (pic gugel)

2. Aku dapat beg mcm kat bwh ni (ni pic from gugel tapi mmg sejibik sejibon beg ni) Korang perasan tak apa yang lain? Hahhhh pandaii.. Saiz dia.. memula tengok beg tu aku dah nampak kelainan kat saiz beg. Madison Lindsey sepatutnya besar bukan mcm gambar kat bawah ni..


4. Sepatutnya Beg ni panjang dan besar mcm pic kat bawah ni.. bukan mcm kat atas tu.. ( pic ori from gugel)

4. Ni gambar sebenar beg yang aku dpt..

5. Yang price $268.00 tu tag price tag original dari beg yg aku beli sebelum ni. Yang $498.00 tu pulak tag dari Madison Lindsey yg fake tu.( utk info aku mmg suka simpan tag dan carecard satu tempat supaya senang bila nak jual blk.. hehehe..) Nampak tak Font kat barcode tu lain sangat. Untuk sapa2 yg baru2 berjinak dgn Coach mmg takkan perasan kelainan dia.



6. Care Card yang aku dapat dari beg Madison Lindsey. Ok ni aku nak habaq mai kat hangpa semua. Sepanjang aku beli Coach tak pernah umur aku dapat Care Card kaler maroon cenggitu. Kalau seller ckp care card cenggitu sbb beli kat coach factory, tu namanya membohong.. Coach factory ke, coach butik ke, coach outlet ke, carecard dia BUKAN MCM KAT BWH NI. Takde Card kaler meroon tu eh, Siap ada kad register bagai..so klu korang dpt cenggini confirm Fake beg korang tu.. Hahahaa(gelak jahat)

6. (a) Sepatutnya Care Card dia mcm ni je.. Simple gile... 


7. Interior dlm dia patut warna mcm ni, Bukan pepel eh.. (pic gugel)

9. Yang ni dari pic Beg Madison Lindsey aku beli tu. Interior warna pepel. Pastu cuba baca ayat kat Coach creed tu.THIS IS A COACH BAG. IT WAS HANDCRAETEDIN CHINA FROM THE FINEST MATERIALSAND LEATHER. ITS SUPERIOR CRAFTMANSHIP REFLECTS OUR COMMITMENT TO ENDURING QUALITY. Nampak tak cacamarba ayat dia. 'HANDCRAETEDIN' 'MATERIALSAND'. Tang ni je mmg aku dah confirm bag ni immitation. Walaupun Coach ni org kata cashier kat Us je yang pakai, tapi takde lah dia nak low grade kan quality dia sampai mcm tu ye tak?


9.(b) Yang ni Coach Creed original dari beg aku yang lain. Nampak tak beza dia? Ayat dia sempurna gitu. 

10. Tali panjang dari beg Lindsey Madison. Ok yang ni pun aku nak habaq mai kat korang. Coach tak pernah sampul tali guna plastik. So klu dapat tu, tu antara salah satu tanda ke'fake'an bag Coach korang. Pastu Coach Factory jarang sangat dapat dust bag! lagi2 klu stock2 lama dan limited mcm lindsey ni. Klu dapat dustbag tu kira nasib baik lah.. 

11. Tag made in China tu biasanya warna hitam. Tak tau lah pulak klu sekarang dah warna mcm kat bwh ni.

12. Jangan Tak tau ye Fake pun skrg pakai zip YKK. so skrg tak leh percaya sgt org kata klu nak tgk ori tgk zip klu YKK tu original .. Sbb skrg fake pun pakai YKK uollsss..

13.  Pastu skrg ni kan ramai yg jual siap paper bag kaler merah ni kan.. Buat pengetahuan korang, Coach Outlet biasanya paper bag kaler PUTIH. Coach Butik paper bag  kaler ceklat eh.. Warna merah ni season lama yg mmg dah tak keluar.. Tak tau lah klu seller mmg simpan paper bag lama2. So next time klu nak beli tanya sellerbdia beli dr putlet mana , kat Us ke, kat jepun ke, kat europe ke. Pastikan seller tau dari mana stock dia tu.. bukan setakat ckp direct from US tp which part of Us pun tak tau.. Lagi satu diorg suka guna ayat kawan dia, nenek dia, makcik dia beli dr outlet yg tak ramai customer. Ada ke Outlet Coach yang tak ramai Customer? setau aku Outlet coach ni walau ceruk hutan sekali pun mesti ramai org. Sbb kat Us tu harga coach ni mampu milik bagi diorg kiranya ala2 mcm beli beg guess lah kat Malaysia. Sekian jelah celoteh aku. Aku bukan nak tutup periuk nasi sapa2 tp jujurlah. Klu jual fake, ngaku benda tu fake. Takyah ckp ori. Sbb ada je customer yang nak pakai fake. Yang org marah bila Fake di kata ori byr mahal2 ko dpt fake je.. Bengang tak? Kalau aku bengang.. So pada sesiapa yg pernah beli coach Madison lindsey kat ig atau fb.. cer cek balik keoriginalan beg korang tu.. Klu mmg seller kata fake ok lah.. sbb dah memang fake. Yang aku tak boleh terima kalau fake dia kata ori.. Mmg nak kena basuh lah tu..

14. Nasihat aku sapa yang dah terkena tu pi mintak refund balik kat seller, Klu seller berkeras gak kata beg dia tu authentic, original bagai dikata korang g report polis, kpdnkk, ssm janji diorg pulang balik duit korang tu.. sbb diorg dah kira menipu.. Rugi woo rm7++ korang buat beli immitation coach. Tambah sikit dah dpt ori Coach dah US.. So far seller yg memang aku trusted skrg kat ig, fb dan blog antaranya Orkid syah, Princess Victoria stylo, Shopperstar, The supernini, Ashleys outlet/ash0780, Kedai satu US, Ronasofia, Nekrock, shireen feddy dan ramai lagi yg aku tak igt nama diorg.. 

15. Korang pun boleh masuk closed group Coach Authentications kat FB utk authenticate beg coach korang tu... 

Khamis, 10 April 2014

Casper the friendly cat.

Salam semua, its been a long time since my last post on 2011.. Rasa lama gila tak update..sebenarnya tak tau nak update apa..Cerita byk tapi malas nak taip..hehehe..Ok berbalik pada tajuk , sapa2 yg kenal aku mesti tau sape casper ni kan..Casper kucing pertama yg aku bela lepas kawin. Dulu zaman sekolah dulu ada bela kucing jugak nama blackie tp it wayyyy back in 1999 kot.. blackie tu kucing kampung kacukan parsi..Walaupun kucing kampung,  tapi sangat pandai, buang air besar, air kecik kat tandas..Masa tu bajet ciput, maklumlah masih budak sekolah so takdelah nak beli pasir kucing bagai.. Nasib baik lah sekali ajar je si blackie ni terus pandai membuang kat tandas. kalau tak sure bapak aku buang si blackie ni. Maklumlah bapak aku ni tak catfriendly gitu. Tapi dgn Blackie ada sikit exception.. Dgn blackie ni dia sayang sbb blackie pandai ambil hati dia.. Tapi apakan daya, blackie hilang tanpa jejak, tak tau dia pg mana, hidup ke, mati ke..Sedih giler weh masa tu.. Mcm putus cinta rasanya bila hilang kucing ni  mandi tak basah, makan tak lalu..Asik dok pikir mana lah kucing aku pergi..Aku syak dia kena langgar kot..huk huk huk..
               Ni lah blackie, tp bukan blackie aku yg hilang tu..Blackie akuyg hilang tu rupa mmg sebijik mcm blackie ni..Bulu kembang, tp takde putih kat perut.. semua black je bulu dia..

Ok Tak yah ingat benda yang dah lepas, skrg Blackie dah digantikan dengan Kucing baru. Nama kucing tu "casper the friendlycat".. Peh berapa punya panjang nama dia terbelit lidah nenek aku nak sebut..hehehe.. Tp kitorg panggil Casper je, klu malas sangat panggi CAS (lidah melayu sebut KES). Sama macam blackie, Casper ni pun pandai buang segala toksin dia kat litter box dia dalam tandas dan lagi satu kalau Casper nak muntah dia akan muntah kat tandas atau tempat yg aku senang nak cuci. Memang senang nak bela si Casper ni.. Sebab tu aku sayang gilos kat Casper ni.. Dia pandai bawak diri bak kata orang. Skrg ni Casper lah yang jadi peneman aku masa Incik Ary takde, pendengar setia time aku tgh sedih dan pembuat sepah kat rumah aku..hehehe..
     
   Nilah casper the friendly cat tu, tgh Jakun dpt carrier baru..

   
                     Casper the friendly Cat sleep like a boss!

                      Casper peneman dikala duka...ecehhhhh

         Tukang sibuk nak tido atas katil jugak..

     lastly, tukang jahanamkan my perabot..huhuhu

Ahad, 22 Januari 2012

Yayyy.. I Won!!



Assalamualaikum semua! masih ada lagi ke readers yang baca blog aku ni? Kalau masih ada aku ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi lepak kat blog ni walaupun dah lama aku tak update. Mood nak berblogging tu dah kelaut gamaknya even nak buka blog pun malas.. Haishhh, nyah kamu Mr. M!
Ekceli, aku nak cerita pasal akhir tahun lepas aku ada join 2 contest di Facebook anjuran Online Seller yang jual beg Authentic dari US ( biasalah aku, kalau pasal beg sanggup join, benda senang nak menang kan, just kumpul seberapa banyak like kat gambar. Siapa yang paling banyak like dikira pemenang) . So i think why don't i try my luck. Sesiapa yang jadi friendlist aku kat facebook tahulah, bukan main bersemangat kesukanan lagi aku meraih undi. Sanggup tido lewat semata-mata nak raih simpati orang supaya Like kat gambar aku yang tak seberapa tu. And akhirnya, aku menang first prize for both contest.
weeeeeeeyyyy (sambil tepuk pengakap gitu)

Macam nilah reaksi aku masa tau aku dapat first prize. Walaupun ada yang pertikai akan kemenanganku itu, tapi ada aku kesah! I won babe! For me adatlah dalam bertanding ada kalah dan ada menang. Tapi jangan lah sampai busuk hati, tak boleh tengok kemenangan orang lain. Aku berusaha untuk menang, bukan duduk goyang kaki dan bukan dengan cara menipu. How many LIKES and how many Friends in my friendlist, itu pun mau query ke? kalau sikit kawan dalam facebook tu, tak menjamin kemenangan ke ? pleaselah open minded sikit. Jangan jadi busuk hati tengok kejayaan orang lain k..=)
One from Princess Victoria Stylo, one from Raz Aziz's Collection and the other one from Incek Ary sempena Birthday. =)
Coach Madison Gold dari Princess Victoria Stylo
Coach Kristin dari Raz Aziz's Collection

So, Awal tahun haritu aku dapat lah hadiahnya di tangan aku. Alhamdulillah, diatas rezeki awal tahun ni. Aku bersyukur sangat. So boleh lah save bajet dari membeli beg awal tahun ni. Hihihi..Puan Shiela meh lah tgk, u suruh i update kan..hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Next post aku tunjuk gambar yang aku pertaruhkan untuk contest tu ye. So sesiapa yang suka beli handbag Coach, LV, Gucci, Longchamp atau apa-apa brand yang Original and Authentic dari Oversea tu bolehlah check it out Facebook diorang ye.Gerenti murah dari seller lain. Dan kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih to all my friends, my siblings, my cousins, my family dan my friend to my friend ( korang paham tak? kawan kepada kawan aku kekdahnya) yang telah susah payah tolong like dan kempen ajak kenkawan lain tolong like . jasa baik korang sangat aku hargai..=) and to blogger yang sudi like juga jutaan terima kasih especially Shiela, Adia, Ceroi, Halia Kentang, Mrs sophie, Bitt, Abby, Safarin, Cik Puan Peah!



Selasa, 6 Disember 2011

Sistem saraan Baru SBPA

Lately ni ramai penjawat awam yang tertanya-tanya pasal skim baru SBPA yang akan menggantikan sistem saraan SSM yang sedia ada sekarang kan. Banyak betul spekulasi-spekulasi yang aku baca kat FB. Ada yang kata ikut markah, kalau markah kureng dari 75% tak dapat kenaikan gaji. Betul ke tak, Wallahualam. Tunggu jelah. Then semalam tertengok FB KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) Tan Sri Abu Bakar haji Abdullah. *Klik untuk tumbesaran*
Kalau macam diatas ni pengiraannya, kira oklah jugak. Tapi kenapa sampai gred 26 je? Gred 41 keatas tak naik gaji ke ye? Maybe ini sebagai hint untuk semua penjawat awam kot. Takpe, kita tunggu jelah pekeliling dari JPA ni. In case kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah pergi ke FB beliau disini ye.

Sabtu, 3 Disember 2011

Yayyy kat Jaybee ada Johor Premium Outlet

Dua, tiga hari ni ramai yang sibuk bercakap pasal JPO (Johor Premium Outlet) kat facebook. Actually masa depa semua dok sibuk cakap pasal JPO, i was wondering, apa JPO ni? Bukan macam Shopping Mall biasa ke? so apa yg diorang dok heboh sangat pasal opening JPO ni. kat JB pun dah banyak sangat Shopping mall, so apa istimewanya JPO ni nak dibanding dengan shopping mall yang lain? Aku pun tanyalah dengan sorang my friend kat Facebook ni, JPO ni jual apa? ramai betul yang seksaited eksaited pasal JPO ni. The main reason aku bertanya dengan dia, coz dia dah pergi kat JPO tu siap upload gambar bagai. Then dia jawab yang JPO ni ialah hub membeli belah bagi barang-barang berjenama seperti Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi dengan harga murah dan direct dari kilang yang penting ori ye, bukan imitasi. Kira macam Bicester Village kat England tu. Wahh, biar betik?? sukanya aku kat Malaysia dah ada designer outlet macam ni. Boleh jimat duit eventho kita beli branded stuff tapi dengan harga yang kurang sikit dari yang kita beli kat KLCC tu. Ni yang aku rasa teruja je nak balik Johor. (time ni lah baru teringat kampung halaman, kalau tak nan ado lah ko nak balik johor ye..hehehe)

*pics credit to my fb friend, Liza*

Nilah JPO tu..Nampak gah gitu bangunan dia. Bertempat di Kulaijaya. Jauh juga lah dari rumah parents aku. Ish teruja ni nak pergi, lebih-lebih lagi bila tau ada Coach Factory ngan Burberry ada kat situ.


Micheal Kors Butik pun ada.

Rasa macam kat oversea lak tengok outlet cenggini.


OMG!! Oh Menarik Gilerr!!La Senza pun ado ye puan-puan sekalian!

Yayy..My febret butik Coach Factory, wondering is it really cheap compared to oversea outlet?


Guess pun ada, Suka juga aku baju dan kasut kat Guess ni. Tapi mostly aku beli time sale je lah. Kalau tak sale, takde maknanya aku nak fork duit ratus-ratus beli kasut ngan baju.



Haihh..tengok kat gambar tu teruja dengan angka 40% tu..Korang teruja tak?

Sapa-sapa yang nak pergi tu boleh lah tengok map ni, kat laman Johor Premium Outlet pun ada camne cara nak pergi sana, sama ada guna bas ke, kereta ke, teksi ke, tapi LRT dengan Komuter belum ada lagi ye. Harap Maklum.(*_*)

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim
Malaysia

Menarik kan? So, apa lagi orang-orang Johor dan Singapura meh lah kita ramai-ramai serbu JPO ni. Semalam baru start Opening fresh lagi tu. Okay next week orang balik Johor tau mak confirm!! Eceh...


Sabtu, 22 Oktober 2011

Doaku buatmu di hari lahirmu.

Assalamualaikum, pehhh lama sungguh aku tak update blog. Naik bersawang blog ni. Dah lupa dah aku cara-cara nak menaip, nak menyusun kata-kata, ecehh. Sindrom 'Malas' yg berjangkit kat aku ni lama pulak nak sembuh. Tapi sebab hari ni hari spesel untuk Incek Ary, aku kuatkan semangat nak menulis semula blog ni walaupun takde siapa dah yang sudi baca blog aku ni..(lap air mata jap....sedihhh)
Pagerank aku da jadi 0!(*nangeesss......) itu maknanya dah takde orang yang datang baca blog aku kan.kan.kan...
Takpelah lupakan tentang tu, yang penting sekarang aku nak dedicated a birthday wish kat my beloved Husband..(Eceh, jiwang ler tu..)

Buat suamiku Encik ARy,
Selamat Menyambut ulang tahun yang ke ehem..ehem...
Doaku buatmu semoga hubungan kita bertambah utuh dari hari ke hari,
dan aku berdoa agar kehidupanmu sentiasa dirahmati Allah. Semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki. Dan ingat, apa jua yang diusahakan olehmu, aku akan sentiasa berada dibelakangmu, menyokongmu susah dan senang. Insyaallah.

"Ya Allah,kau kurniakanlah suamiku kebahagiaan di dunia,akhirat,kau panjangkanlah usianya,berikahlah dia segala kebahagiaan yang sepatutnya menjadi milikku,kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke akhir usia.Berikanlah aku kesempatan untuk melalui liku-liku kehidupan bersamanya.Serahkanlah segala penderitaan di dalam hati dan dirinya kepadaku,berikanlah segala kebahagiaan aku kepadanya...."

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

Selasa, 23 Ogos 2011

Kesilapan bangangg yang buat aku bengang!

Psst, korang perasan tak apa yang lain kat cek tu?Masa mula-mula dapat je cek dari Takaful,bukan main eksaited aku, siap dah berangan nak beli henbeg baru lah, nak beli kasut baru, macam-macam lah yang terlintas kat fikiran aku ni nak dibeli. Sekali bila Incek Ary cakap cek tu macam ada tak kena je, aku trus tengok balik. Memang sah tak kena! Ada ke patut penama kat cek tu dia boleh letak alamat rumah aku! Bengong ke bangang tu ye? Rumah aku mana ada akaun number yang ko nak buat cek atas nama rumah aku!Aduh apa lah bodoh sangat kerani yang buat cek tu. Takkan lah tak boleh pikir masa nak buat cek tu, boleh dia pegi letak alamat rumah aku kat cek tu. Serius memang buat kerja cincai lah orang Takaful Malaysia! Lepas ni ntah tunggu berapa lama lagi lah nak dpt cek tu balik. Walaupun sekadar 600 lebih je, duit jugak wei. Jangan suka-suka hati buat kerja cincai.Lu memang buat gua hangin je.Cis!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 22 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Almond Cluster

Okay here it is my another one weekend project for this week. Biskut Almond cluster. I siap bagi u oll resepi tau. Kalau nak try buat, boleh lah try. Resepi ni di ambil dari blog chef Asma yang terkenal tu. Dijamin senang dan sodap. Budak-budak mesti suka Almond cluster ni.

Bahan-bahannya ialah:~

150 gm almond strip - bakar dahulu dalam oven dalam 5 minit
150 gm cornflake
50 gm buah ceri, kismis (atau apa saja yang korang rasa nak letak)
50 gm nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Untuk hiasan:~
White coklat

  1. Cairkan coklat dan nutella dengan cara " double boiler"
  2. Masukkan semua bahan - bahan (Almond strips, ceri dan cornflakes)
  3. Gaul hingga semua coklat sebati dengan bahan-bahan yang di masuk tadi.
  4. Dengan menggunakan sudu, scoop bahan tadi kedalam paper cup.
  5. Untuk hiasan, coklat putih yang dicairkan dengan cara "double boiler" di letakkan dalam piping bag dan drizzle ke atas Almond cluster.
  6. Lastly sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
Senangkan buat Almond Cluster ni? As easy as pie bak kat omputih. Kalau nak lagi sedap guna coklat couveture. Kalau nak senang, guna coklat compound pun boleh.

Macam aku guna coklat masakan Hersheys dengan coklat masakan yang beli kat kedai bakery je.

Almond strips yang nak dibakar dalam oven.

Coklat yang telah dicairkan dengan cara "Double boiler"

My "Mr Muscle" tengah sibuk tolong masukkan bahan-bahan dalam paper cup.

Ni lah hasilnya setelah digaul rata.

Da siap simpan sekejap dalam peti sejuk.

Pastu simpan dalam balang. Nasib baik ler si Kyra takde, kalau tak sure dah licin tak sempat nak jadi biskut raya.


Related Posts with Thumbnails