Selasa, 2 Ogos 2011

Puchong Permai dah ada Uptown beb!

Malam Sabtu lepas secara tak sengaja masa aku dan Incek Ary pergi jalan-jalan cari makan kat area Puchong, tetiba kitorang ternampak Uptown Bazaar Puchong Permai yang baru di buka. Selama ni lalu tak penah nampak pulak ada Uptown kat situ. So aku pun apa lagi ajak le Incek Ary singgah kat sana, dah aang-alang sampai apa salahnya singgah.

Signboard yang terang benderang membuatkan bijik mata aku ni terus tertancap kat sana.Sebenarnya takde benda pun nak beli kat sana, cuma aku ni kan kaki jalan malam, janji berjalan dah boleh buat aku rasa happy, balik dah boleh tidur dengan lenanya..hahahaha..boleh gitu?

Masa baru-baru sampai adalah persembahan nyanyian ghazal lagu-lagu lama. Grup apa dan dari mana aku tak tahu sebab tak sempat nak interview diorang. lepas je persembahan diorang ada lah sekumpulan budak muda-muda buat tarian shuffle kat pentas tu jugak. Buat pengetahuan korang yang tak tahu ni, Uptown Bazaar Heritage Puchong permai (kelass ko nama dia) ni baru dibuka dalam 2 minggu yang lepas, so orang pun tak ramai. maybe tak ramai yang tahu tentang kewujudan Uptown ni kot.

Antara gerai-gerai yang meniaga kat sana. kat sini kira selesa lah kalau korang nak berjalan-jalan even time hujan pon boleh datang sebab berbumbung tak macam Uptown danau kota tu.
Tapi yang tak best tempat parking limited, pastu lecak abis kasut aku kotor.

Pemandangan kat dalam bazaar, ok lah tapi tak banyak kedai lagi yang berjualan kat sana.Walaupun pada awalnya memang takde niat nak membeli, tapi terjebak jugak membeli bantal, fridge magnet dengan brooch.

Fridge magnet yang 3 biji 10 hengget.

Brooch ni murah je, dalam 3-5 ringgit seketul. Cantik kan siap juntai-juntai lagi.

Bantal ni satu biji 40 hengget, tapi aku tawar last-last dapat lah rega 32 hengget.Apsal mahal sangat bantal ni? sebabnya :::
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bantal ni boleh buat gebar( selimut) sangat elok kalau letak dalam kereta. Incase kalau berjalan malam, boleh lah aku tidor dengan nyenyak.(*_*)


23 ulasan:

ratusiput berkata...

jb skang ade satu je uptown...pun smpai skang tak pegi2 sbb full parking ngan warga singapore je.nyampah.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

tertancap eh???
dasat sasterawan nieh...

Zasillah Ariffin berkata...

kat pandan JB pun ada gak nie babe...lom singgah lagi...InsyaAllah :)

Unknown berkata...

minatla dgn FM & gebor tu hehe

Cik Azz berkata...

Patot la mahal harga bantal tu.. Terkejut gak tengok..

Rupa2nya bantal versi 2 dalam 1.. hehe...

Hana Foswana berkata...

dah lama tak g puchong..huu..nice entry..folo sini :)

Abu Bagi berkata...

ha..uptown ni dekat sngt dgn tmpt tinggal aku..baru lagi kan..ahahaahah

ari tu pegi..banyak lgi ruang yg kosong..esok2 nak pagi lagi..beli baju baru ;P

Unknown berkata...

puchong permai kat mana erkk?

Izan Ishak berkata...

menarik plak tgk bantal yg blh buat gebar tu~

tiefazatie berkata...

klasik gle FM tue!cantik!

gnesop berkata...

wah... menarik..
mesti ramai orang :)

aunieZ berkata...

wahh siyes cm best....pnh nmpk ri tu tp x smpt lg nk g

odahonebizz berkata...

wah best ni...dh lama xlepak puchong...mcm happening tmptnya cuma lum femes kot

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

bestnye . tertarik dengan gebar tu . hehehe

:)

L berkata...

dtg sini nk engtkan pose jgn xpose..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/halwa-telinga.html

Mario berkata...

menarik jugak tu bantal buat gebar...

Rosmarieza berkata...

bnyak sgt uptown skunk ni kn?:)

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

oooo cik ina pelik gak rega bantal tu, rupanya 2 in 1, berbaloi.sekarang memang banyak pesen juntai-juntai cam tu, cantik.

Wanie berkata...

banyak shopping eh..bagus gak beli bantak macam ni..siap boleh buat selimut sekali..senang nak bawak..

ishiko berkata...

macam macam

Unknown berkata...

wah ghazal pon ad,huhu seronok uptown ni

sW33tdARLiNG berkata...

siap ada bumbung erk..? tu dah mcm karnival tuuu

Umisofia berkata...

@POSH76

salam thks sis,sya adalah pniaga & pmborong utk gebar@bantal 2 in 1 tu :)http://umisofiahomefurnishing.blogspot.com/2010/02/blog-post.html

Related Posts with Thumbnails