Memaparkan catatan dengan label uptown. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uptown. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Puchong Permai dah ada Uptown beb!

Malam Sabtu lepas secara tak sengaja masa aku dan Incek Ary pergi jalan-jalan cari makan kat area Puchong, tetiba kitorang ternampak Uptown Bazaar Puchong Permai yang baru di buka. Selama ni lalu tak penah nampak pulak ada Uptown kat situ. So aku pun apa lagi ajak le Incek Ary singgah kat sana, dah aang-alang sampai apa salahnya singgah.

Signboard yang terang benderang membuatkan bijik mata aku ni terus tertancap kat sana.Sebenarnya takde benda pun nak beli kat sana, cuma aku ni kan kaki jalan malam, janji berjalan dah boleh buat aku rasa happy, balik dah boleh tidur dengan lenanya..hahahaha..boleh gitu?

Masa baru-baru sampai adalah persembahan nyanyian ghazal lagu-lagu lama. Grup apa dan dari mana aku tak tahu sebab tak sempat nak interview diorang. lepas je persembahan diorang ada lah sekumpulan budak muda-muda buat tarian shuffle kat pentas tu jugak. Buat pengetahuan korang yang tak tahu ni, Uptown Bazaar Heritage Puchong permai (kelass ko nama dia) ni baru dibuka dalam 2 minggu yang lepas, so orang pun tak ramai. maybe tak ramai yang tahu tentang kewujudan Uptown ni kot.

Antara gerai-gerai yang meniaga kat sana. kat sini kira selesa lah kalau korang nak berjalan-jalan even time hujan pon boleh datang sebab berbumbung tak macam Uptown danau kota tu.
Tapi yang tak best tempat parking limited, pastu lecak abis kasut aku kotor.

Pemandangan kat dalam bazaar, ok lah tapi tak banyak kedai lagi yang berjualan kat sana.Walaupun pada awalnya memang takde niat nak membeli, tapi terjebak jugak membeli bantal, fridge magnet dengan brooch.

Fridge magnet yang 3 biji 10 hengget.

Brooch ni murah je, dalam 3-5 ringgit seketul. Cantik kan siap juntai-juntai lagi.

Bantal ni satu biji 40 hengget, tapi aku tawar last-last dapat lah rega 32 hengget.Apsal mahal sangat bantal ni? sebabnya :::
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bantal ni boleh buat gebar( selimut) sangat elok kalau letak dalam kereta. Incase kalau berjalan malam, boleh lah aku tidor dengan nyenyak.(*_*)


Related Posts with Thumbnails