SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.
Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.
terukan membaca di hmetro
Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.-ader laptop ngan berokband,hehehe-
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.-done-
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.-done, kalau lebih pon boleh kan kan kan-
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.- rasanya da cukup ceria da =)pinkish lagi..-
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.- ni x sempat buat,byk gak nak buat 10 catatan sehari ye..
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.-done-
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.-done, setakat ni , masih rajin sesangat-
kalau tak fofuler gak tak tau lah ni, semua da ikut ni...huhuhu =)
