Memaparkan catatan dengan label kek lapis sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek lapis sarawak. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Terima kasih bawakan saya Kek Lapis Sarawak yang sedap ni.

Baru-baru ni my friend's cousin balik ke Sarawak, so she ask whether i want to order anything from Sarawak. Aku ni bila dengar Sarawak automatik kepala aku terbayang Kek Lapis Dayang Salha. Kalau nak beli kat sini mahal satu kek yang kecik je mau jejak RM45, yelah nak cover kos penerbangan kek tu ke sini, dengan keuntungan reseller lagi memang kena lah dengan rega tu. Tapi alang-alang dah ada yang nak ke sana, aku order je lah 3 biji kek lapis yang aku pernah beli aritu masa pergi Sarawak.

3 biji kek lapis yang berharga RM20 sebiji. Kecik kan? Size 8"x2.6"x2.3" kalau rega RM45 sebiji kecik camtu memang aku tak beli. Tak mampu nak makan kek mahal-mahal ni.hihihi

Kek Lapis Sayang Sarawak yang yummehh. Best seller beb kek ni. Dibuat daripada Cadbury+masam manis+cheese. No wonder it taste so good. Yang ada kencing manis tak digalakkan makan ye. Eat at your own risk!hihihi

Kek Lapis Tiga Serangkai dibuat dari Cheese, Horlick dan kaya. Ni febret aku. Tak manis sangat dan ada rasa masam sikit sebab tengah dia tu kan cheese.

Dragon Cheese kegemaran Incek Ary, rasa dia masam sikit tapi sangat sedap. Tak boleh makan banyak dalam satu masa coz muak.

Om nom nom..Jemput makan semua..

Owh by the way thanks ye kak, (u know who) coz bawakkan kek ni all the way from Sarawak. Next time saya order lagi ye..(*_*)

p/s: Special Thanks to Shiela coz gave me Watermark baru yang cun giler babss meletup mantap tertarik kebaboom semua tuh...hihihi..comel kan watermark baru aku? Kalau korang nak jugak watermark yang cun camtu boleh order dengan Puan Shiela kita. Tapi bukan free tau, kena lah bayar sikit servis dia buat watermark tu.

Khamis, 19 Mei 2011

Kek Lapis Sarawak yg Yummeehhh

kalau berkunjung ke Sarawak ni, tak sah kalau tak beli kek Lapis dia..Yelah kek Lapis sarawak ni kan one of their signature delicacy for religious or cultural celebrations Contoh mcm hari Raya puasa, Christmas, Deepavali, open house, birthdays, and weddings. So memang klu pergi Sarawak wajib ye tuan puan borong kek lapis sarawak ni buat buah dada ehh silap, buah tangan utk kenkawan kat semenanjung nun. So Din pon bawak ler kitorg pergi kat rumah pengusaha kek lapis sarawak yang popular dikalangan org2 kenamaan dan artis2 Malaysia.Ramai tu artis beli kek kat tempat dia ni patut lah keta mahal menjalar depan rumah dia.Kaya giler kak Dayang ni jual kek lapis..pehh

Dah sampai da kat rumah kak Dayang Salha..Ala kan aku ada citer before this yg aku pegi rumah kak dayang salha..Hah ni lah rumah dia..

kek lapis Dayang Salhah ni terletak kat Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching).Kalau nak naik sampan tu bayar 50 sen jer nak ke seberang. Tp kitorg prefer naik kereta, jauh pon jauh lah janji selamat.

Punyalah ramai org kat depan rumah dia semuanya pelancong mcm kitorg gak lah..

Yang ni borang utk korang2 yg nak order, so bila nk balik nt baru dia hantar kat mana korang menginap.Kalau nak hantar kat airport pon boleh tp charge mahal sikit lah..

Kitorg siap masuk ke dapur nak tgk cara2 diorg buat kek lapis.Macam best pulak tgk cara2 membuat kek lapis, rasa mcm nak tolong je.

Kek yang belum siap dibakar

Incek Ary dah siap sedia pegang wallet nak byr.Takut ler tu aku beli byk2 siap buat muka cenggitu.

Ni namanya Tester ye, best giler beb tester siap potong besar2.Dah rasa macam jamuan hari raya je..Pendek kata, rasa tester dia 4-5 ketul tu boleh kenyang lah.

Ehem..ehem...Nama ko Ada? Takde kan? hahaha..Hidung aku time ni kembang2 tgk nama ku terpateri sebagai nama kek..Siap panggil Incek Ary "Bang2 tgk ni, kek ni siap letak nama i tau!bangga tak bangga lah kan.."Kuat lak aku ckp time tu..confirm2 lah org semua tau nama aku masa tu..haihh aku pedulik apa..Bangga beb..(sambil idung kembang kuncup)
See kek tu, nampak sedap kan?kek ni perisa buah asam manis campur Cadbury campur Pandan..Siyes mmg sedap sesgt!

Tarraa!!inilah hasilnya selama 2 hari berturut2 pegi kat sana.Byk gak kitorg borong.

Pemandangan dari seberang Sungai Sarawak..Bangunan tu rasanya Holiday inn kot..Correct me if i'm wrong ye wahai warga Kuching..(@_@) kak Bui Idzra Rin bg tau, yg bangunan tu namanya Riverbank suite ye bukan holiday inn. Thanks ye kak bgtau saya yg tak tau ni..hihihi..

Termenung memikirkan duit yg banyak habis..hahaha
Related Posts with Thumbnails