Memaparkan catatan dengan label handbag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label handbag. Papar semua catatan

Khamis, 8 Januari 2015

How to detect Fake Coach

Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Okay hari ni nak cerita pasal Coach Immitation. Skrg ramai sgt seller yang jual Coach dan claim yg coach tu original. (samada supplier tipu atau seller yg menipu) Ni nak cerita pasal pengalaman aku sendiri terbeli Coach Fake dgn sorang seller ni. Dah lama sebenarnya tak beli beg Coach, last aku beli tahun 2012 kot. Pastu sampai skrg aku tak pernah beli Coach sbb kononnya dah beralih ke jenama lain. Then aku rasa nak tukar beg kerja aku yg dah barai tu, ternampak plak sorang seller ni up pic madison lindsey dgn harga murah. Actually sebelum ni aku pernah beli barang dr US dgn dia dan mmg ori lah dia jual brg tu.. So aku takde lah rasa sangsi sgt bila aku nak beli beg dari dia sbb dah pernah beli dgn dia.. Bila aku tgk dia post gambar beg yang memang aku berkenan dan harga beg tu murah bagi aku sbb rata-rata seller jual beg Coach Lindsey tu dalam harga RM1k++ tapi seller ni jual Rm7++ je.. Murah kan? So aku mmg teruja lah nak membeli.. So aku bayarlah deposit Rm400 dulu.. Lepas 3 minggu beg pun sampai dr US katanya dah bayar balance beg pun sampai.... And to my surprise bak kata omputih. Beg yang aku dpt tu ternyata mmg fake.. Bak kata org 1:1 ke, high grade fake gitu lah... So aku tak puas hati lah byr RM7++ dpt fake item. Aku pm balik seller secara baik, takdelah nak maki hamun bagai dan bgtau yang beg tu fake siap tunjuk bukti segala bukan cakap kosong je tau, kena tunjuk bukti baru org percaya dan aku kata aku taknak bayar rm7++ untuk beg fake. Dan Alhamdulillah seller tu nak refund duit aku dgn syarat aku pos beg tu balik. Aku apa lagi bungkus balik beg tu terus pg pejabat pos walaupun minggu ni ramai giler orang kat pos opis sebab masing-masing sibuk nak keluarkan duit ASB.. Awal tahun lah katakan nak tunggu bonus lambat jadi ASB jelah jalan yang cepat nak dapat duit.. Ye tak?  Lama gak menunggu weh, seratus org masa tu aku kena tggu semata2 nak pos balik beg tu.. Tapi aku tabahkan hati berkat sabar akhirnya dpt gak aku pos beg tu. Dipendekkan cerita,  lepas seller dapat beg tu, seller tu pun refund duit aku.. Katanya supplier yg bagi beg tu kat dia, dia pun tak tau yang beg tu immitation.Dan dia minta maaf lah dengan aku sbb tak perasan.. Ok aku terima maaf dia, janji jgn buat lagi tau..  Okay skrg aku nak tunjuk tang mana fake beg itu.. Khas untuk kawan-kawan yang baru nak beli Coach online.

1. Aku Order beg Coach Madison Lindsey 18643 warna Raspberry. Sepatutnya besar Mcm pic ni. (pic gugel)

2. Aku dapat beg mcm kat bwh ni (ni pic from gugel tapi mmg sejibik sejibon beg ni) Korang perasan tak apa yang lain? Hahhhh pandaii.. Saiz dia.. memula tengok beg tu aku dah nampak kelainan kat saiz beg. Madison Lindsey sepatutnya besar bukan mcm gambar kat bawah ni..


4. Sepatutnya Beg ni panjang dan besar mcm pic kat bawah ni.. bukan mcm kat atas tu.. ( pic ori from gugel)

4. Ni gambar sebenar beg yang aku dpt..

5. Yang price $268.00 tu tag price tag original dari beg yg aku beli sebelum ni. Yang $498.00 tu pulak tag dari Madison Lindsey yg fake tu.( utk info aku mmg suka simpan tag dan carecard satu tempat supaya senang bila nak jual blk.. hehehe..) Nampak tak Font kat barcode tu lain sangat. Untuk sapa2 yg baru2 berjinak dgn Coach mmg takkan perasan kelainan dia.



6. Care Card yang aku dapat dari beg Madison Lindsey. Ok ni aku nak habaq mai kat hangpa semua. Sepanjang aku beli Coach tak pernah umur aku dapat Care Card kaler maroon cenggitu. Kalau seller ckp care card cenggitu sbb beli kat coach factory, tu namanya membohong.. Coach factory ke, coach butik ke, coach outlet ke, carecard dia BUKAN MCM KAT BWH NI. Takde Card kaler meroon tu eh, Siap ada kad register bagai..so klu korang dpt cenggini confirm Fake beg korang tu.. Hahahaa(gelak jahat)

6. (a) Sepatutnya Care Card dia mcm ni je.. Simple gile... 


7. Interior dlm dia patut warna mcm ni, Bukan pepel eh.. (pic gugel)

9. Yang ni dari pic Beg Madison Lindsey aku beli tu. Interior warna pepel. Pastu cuba baca ayat kat Coach creed tu.THIS IS A COACH BAG. IT WAS HANDCRAETEDIN CHINA FROM THE FINEST MATERIALSAND LEATHER. ITS SUPERIOR CRAFTMANSHIP REFLECTS OUR COMMITMENT TO ENDURING QUALITY. Nampak tak cacamarba ayat dia. 'HANDCRAETEDIN' 'MATERIALSAND'. Tang ni je mmg aku dah confirm bag ni immitation. Walaupun Coach ni org kata cashier kat Us je yang pakai, tapi takde lah dia nak low grade kan quality dia sampai mcm tu ye tak?


9.(b) Yang ni Coach Creed original dari beg aku yang lain. Nampak tak beza dia? Ayat dia sempurna gitu. 

10. Tali panjang dari beg Lindsey Madison. Ok yang ni pun aku nak habaq mai kat korang. Coach tak pernah sampul tali guna plastik. So klu dapat tu, tu antara salah satu tanda ke'fake'an bag Coach korang. Pastu Coach Factory jarang sangat dapat dust bag! lagi2 klu stock2 lama dan limited mcm lindsey ni. Klu dapat dustbag tu kira nasib baik lah.. 

11. Tag made in China tu biasanya warna hitam. Tak tau lah pulak klu sekarang dah warna mcm kat bwh ni.

12. Jangan Tak tau ye Fake pun skrg pakai zip YKK. so skrg tak leh percaya sgt org kata klu nak tgk ori tgk zip klu YKK tu original .. Sbb skrg fake pun pakai YKK uollsss..

13.  Pastu skrg ni kan ramai yg jual siap paper bag kaler merah ni kan.. Buat pengetahuan korang, Coach Outlet biasanya paper bag kaler PUTIH. Coach Butik paper bag  kaler ceklat eh.. Warna merah ni season lama yg mmg dah tak keluar.. Tak tau lah klu seller mmg simpan paper bag lama2. So next time klu nak beli tanya sellerbdia beli dr putlet mana , kat Us ke, kat jepun ke, kat europe ke. Pastikan seller tau dari mana stock dia tu.. bukan setakat ckp direct from US tp which part of Us pun tak tau.. Lagi satu diorg suka guna ayat kawan dia, nenek dia, makcik dia beli dr outlet yg tak ramai customer. Ada ke Outlet Coach yang tak ramai Customer? setau aku Outlet coach ni walau ceruk hutan sekali pun mesti ramai org. Sbb kat Us tu harga coach ni mampu milik bagi diorg kiranya ala2 mcm beli beg guess lah kat Malaysia. Sekian jelah celoteh aku. Aku bukan nak tutup periuk nasi sapa2 tp jujurlah. Klu jual fake, ngaku benda tu fake. Takyah ckp ori. Sbb ada je customer yang nak pakai fake. Yang org marah bila Fake di kata ori byr mahal2 ko dpt fake je.. Bengang tak? Kalau aku bengang.. So pada sesiapa yg pernah beli coach Madison lindsey kat ig atau fb.. cer cek balik keoriginalan beg korang tu.. Klu mmg seller kata fake ok lah.. sbb dah memang fake. Yang aku tak boleh terima kalau fake dia kata ori.. Mmg nak kena basuh lah tu..

14. Nasihat aku sapa yang dah terkena tu pi mintak refund balik kat seller, Klu seller berkeras gak kata beg dia tu authentic, original bagai dikata korang g report polis, kpdnkk, ssm janji diorg pulang balik duit korang tu.. sbb diorg dah kira menipu.. Rugi woo rm7++ korang buat beli immitation coach. Tambah sikit dah dpt ori Coach dah US.. So far seller yg memang aku trusted skrg kat ig, fb dan blog antaranya Orkid syah, Princess Victoria stylo, Shopperstar, The supernini, Ashleys outlet/ash0780, Kedai satu US, Ronasofia, Nekrock, shireen feddy dan ramai lagi yg aku tak igt nama diorg.. 

15. Korang pun boleh masuk closed group Coach Authentications kat FB utk authenticate beg coach korang tu... 

Ahad, 22 Januari 2012

Yayyy.. I Won!!



Assalamualaikum semua! masih ada lagi ke readers yang baca blog aku ni? Kalau masih ada aku ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi lepak kat blog ni walaupun dah lama aku tak update. Mood nak berblogging tu dah kelaut gamaknya even nak buka blog pun malas.. Haishhh, nyah kamu Mr. M!
Ekceli, aku nak cerita pasal akhir tahun lepas aku ada join 2 contest di Facebook anjuran Online Seller yang jual beg Authentic dari US ( biasalah aku, kalau pasal beg sanggup join, benda senang nak menang kan, just kumpul seberapa banyak like kat gambar. Siapa yang paling banyak like dikira pemenang) . So i think why don't i try my luck. Sesiapa yang jadi friendlist aku kat facebook tahulah, bukan main bersemangat kesukanan lagi aku meraih undi. Sanggup tido lewat semata-mata nak raih simpati orang supaya Like kat gambar aku yang tak seberapa tu. And akhirnya, aku menang first prize for both contest.
weeeeeeeyyyy (sambil tepuk pengakap gitu)

Macam nilah reaksi aku masa tau aku dapat first prize. Walaupun ada yang pertikai akan kemenanganku itu, tapi ada aku kesah! I won babe! For me adatlah dalam bertanding ada kalah dan ada menang. Tapi jangan lah sampai busuk hati, tak boleh tengok kemenangan orang lain. Aku berusaha untuk menang, bukan duduk goyang kaki dan bukan dengan cara menipu. How many LIKES and how many Friends in my friendlist, itu pun mau query ke? kalau sikit kawan dalam facebook tu, tak menjamin kemenangan ke ? pleaselah open minded sikit. Jangan jadi busuk hati tengok kejayaan orang lain k..=)
One from Princess Victoria Stylo, one from Raz Aziz's Collection and the other one from Incek Ary sempena Birthday. =)
Coach Madison Gold dari Princess Victoria Stylo
Coach Kristin dari Raz Aziz's Collection

So, Awal tahun haritu aku dapat lah hadiahnya di tangan aku. Alhamdulillah, diatas rezeki awal tahun ni. Aku bersyukur sangat. So boleh lah save bajet dari membeli beg awal tahun ni. Hihihi..Puan Shiela meh lah tgk, u suruh i update kan..hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Next post aku tunjuk gambar yang aku pertaruhkan untuk contest tu ye. So sesiapa yang suka beli handbag Coach, LV, Gucci, Longchamp atau apa-apa brand yang Original and Authentic dari Oversea tu bolehlah check it out Facebook diorang ye.Gerenti murah dari seller lain. Dan kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih to all my friends, my siblings, my cousins, my family dan my friend to my friend ( korang paham tak? kawan kepada kawan aku kekdahnya) yang telah susah payah tolong like dan kempen ajak kenkawan lain tolong like . jasa baik korang sangat aku hargai..=) and to blogger yang sudi like juga jutaan terima kasih especially Shiela, Adia, Ceroi, Halia Kentang, Mrs sophie, Bitt, Abby, Safarin, Cik Puan Peah!



Isnin, 25 Julai 2011

Posto!posto!

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba! Cer korang teka what inside the Parcel?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Any idea?
Dari bubble beg tu rasanya korang dah boleh assume kan, what inside?
it is a........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
A Bag!
Yayy big clap to whoever guess it right!but sorry, no prize for that..hihihi
Presenting new bag on the blog
"COACH MIA OUTLINE C MAGGIE SHOULDER HANDBAG 16513".
Rasanya macam dah lama tak upload gambar pasal beg ni. Kalau beli pun, takde nak tunjuk-tunjuk kat sini. Coz selalunya aku beli dengan blog yang sama, kat Suki shopmeholic atau kat Princessvictoriastylo, so malas lah nak update di blog . But this time aku tukar seller pulak, beli kat Littlecabin AuthenticCoach. Korang pernah dengar tak blogshop tu? Mesti ramai yang kaki shopping handbag online tau blogshop tu kan. So far for the first time aku berurusniaga dengan seller ni, memang puas hati. She is a reliable and trusted seller. Shipping and handling pun cepat. Takdelah nak kena tunggu sebulan lebih nak dapatkan beg. So jangan bimbang dan ragu. Kalau nak beli beg Coach ke, Gucci ke, or any other item from US yang confirm original dan authentic, boleh lah korang klik kat link yg i bagi ni..



Salah satu cara nak tau Coach tu ori ke tak, tengok Coach creed dalam beg.

Konon-konon,main reason aku beli beg ni sebab beg ni ada 3 compartment. So macam-macam boleh letak kat dalam. Nak letak botol susu pun boleh ye..

Tapi rasanya macam not me lah nak pakai beg ni. Ni lah padahnya kalau beli ikut nafsu..So beg ni i gave my mummy je lah..Now i'm eyeing on Longchamp planetes. Tengok si rina pakai Longchamp teruja pulak nak beli..Haishh..Nafsu-nafsu...Kalau ikut hati rasa nak beli beg Gucci, Prada atau Miu Miu pulak, asik Coach je..tapi apakan daya, poket tipis. So bergaya ikut kemampuan je lah bak kata orang, ukur baju badan sendiri. kang kalau pakai yang immitation, takut mawi marah pulak..
Tetiba teringat ayat dia kat TV dengan budak kecik-kecik yang comel cakap cenggini:
"Ori ke? jangan curi yer!"

Rabu, 16 Februari 2011

serius cun, buat aku tergoda!

Tengah cuci2 mata kat coach.com, then nampak satu beg ni cun sey. Aku baru berkira2 dah tak nak beli henbeg Coach lagi, bila tgk beg ni rasa terminat pulak dgn beg ni.Jom cuci mata tgk beg ni jom.

Antara koleksi baru dari range Kristin, New kristin spectator leather Hobo 16803.Beg ni ader dua kaler, satu grey and lagi satu ivory.

rega dia 358 usd, kalau ikut duit malaysia korang kira lah sendiri ye. coz aku malas nk kira math aku failed..hahaha(kasi lempang sedassss)

Aku minat yang kaler ivory ni coz tgk kan minah model ni pakai cam cun jek letak kat shoulder, pastu beg ni multifunction bleh sling sekali.Kira mcm berbaloi lah beli beg yg multifunction ni.
Even hand carry cam tu pon still nampak cun. ok now persoalannya..Sapa yg nak belikan aku beg ni ? sila angkat tangan dan kaki ye!( nanti aku bg alamat umah aku utk korang pos..hahaha)

Selasa, 25 Januari 2011

Confessions af a shoppaholic queen....

SHOPAHOLIC Pictures, Images and Photos

Dalam keadaan poket yang nyawa2 ikan gara2 duit gaji yang tak masuk2 lagi. Aku masih tidak dapat menahan NAFSU SERAKAH ku untuk berkata TIDAK kepada SHOPPING..muehehehe..Abis punah ranah azam aku untuk tahun baru, konon2 nak berazam supaya tidak membazir dan bershopping mengikut nafsu..tp apakan daya aku tak mampu menepis godaan itu..ecehhh..Yelah manakan tidak sana sini shopping complex buat sales sempena raya cina.Godaan sungguh..Sampai2 je Midvalley, wow!mata aku tak kelip2 pandang sales sajork kat mana2 butik Guess, esprit, MJ, jusco semua nya lah...Macam mana lah nk tahan godaan tu.Tak cukup midvalley, pegi Pavillion pon sama, sales sana sini..mencabar iman betul!klu duduk rumah pon mencabar jugak, sibuk mata melilau tgk blogshop2 sambil hati meronta2 nak membeli!akhirnya, inilah hasil rembatan aku kat Pavillion dan Blogshop, u see, pg mall pon abis duit, tak pegi mall duduk rumah sesaja pon abis duit..camno tu?


Bracelet Guess ni aku beli kat Suki Cun tak? Better korang ckp cun, klu tak aku nangess nanti....huhhhh

Yang ni aku rembat masa pegi Pavillion, ade less 20% ko sandal Guess ni..Sebenarnya takde niat pun nak beli sandal ni ntah cemana ntah leh terbeli. Incik Ary dah bg permision aku pon rembat jelah sebelum dia tukar pikiran...hahaha

welcoming my new bag for this New year.."Coach Hailey Leather", yang ni aku beli kat blogshop PV, so far aku suka beli kat PV ni coz murah and reliable..Cuma sekarang ni Blogshop dia dah makin popular, klu lambat masuk je gerenti sold out mcm goreng pisang panas pulak.

P/S: sekarang branded handbag da xde TAX weh...best..best...member aku pg butik Coach, SA kat situ tros ckp TAX da xde ye...berita gembira tu beb!

Ahad, 17 Oktober 2010

I loike this Bag


wooohoooo!!!
Mulberry has brand new Target exclusive bags at charming prices!!!
Selalunya Mulberry ni harga ribu riban kan..
Tp skrg dia keluarkan Mulberry for target dgn harga sgt cheapo!!
And i loike tis bag..
Dolu berkenan ngan Mulberry tp sgt mahal so hv to think twice klu nak beli pon..(@_@)
Tp i heard tat mulberry for Target ni especially for US market.
so kena beli online ler jawabnye..


Oleh kerana 'abg Najib' nak bg i RM500 akhir tahun ni, i think i nak sambar satu beg ni..
wee wiittt...
Tp i dun know which one to choose ..tiga tiga beg ni aku suker.
huargghhh!!!
i kinda like tis one, with animal print tp kaler dia pink pulak..

Yang ni denim, cantik kan?

Tp my first choice mestilah yg ni, Black kaler & faux leather.
sgt seswaii dgn aku yg clumsy ni.Klu kotor pon x nampak..Beg ni besar jugak..
boleh sumbat netbook segala.
~pics credit to google~

p/s: if u're me, which one would u choose?

Khamis, 7 Oktober 2010

Yang ditunggu dah tiba.

Akhirnya apa yang aku tggu sejak puasa haritu,
sampai juga kat tangan aku. Hari tu kan aku ada post pasal checklist raya,
which is my henbeg for raya di KIV coz x dpt on time masa raya,
Maklumlah aku tak beli kat butik coz aku prefer beli online more cheaper as they get the bag from US. Kalau beg2 Coach ni, kat US murah sgt2 berbanding kat malaysia yg rega dia ribu riban..Tak mampu den nak pakai beg ribu riban ni wehh..lum sampai tahap aku nak pakai beg2 Chanel, hermes segala tu..Mau botak kepala Incik Ary klu aku pakai beg2 tu, mana dia nak cekau duit kang..
Beg ni aku beli kat Shoppelista, bg korang yg suka online shopping leh lah check it out ape yg Shoppelista ni jual ye..don't worry, so far she sells Authentic stuff. And she is also a nice lady. Sanggup dtg kat area aku semata2 nak hantar bag ni..Thanks ye Anis..
so far, saya sgt berpuas hati..
~My new Coach Kristin Fabric Hobo ni~

p/s: Aku ni x suka membazir, selalunya henbeg2 aku yg da x pakai aku jual as preloved. so xde lah berlaku pembaziran ye tak?Membazir tu kan amalan Syaitan....hihihi

Selasa, 31 Ogos 2010

Pre-owned Coach For sale!!

Aku nak let go one of my coach bag.Bag ini Namanya Coach stripe patchwork Large 13537, confirm authentic/original ye..and beg ini saiz beso ye..bleh isi mcm2.Dimensions approx: 14.5" L X 10" H x 6" D. Handle has 7.5" drop*this pic kredit to google*



Dlm beg ni ada Ring untuk klip accessory atau kunci ye tuan2 n puan2.ade 3 part kat dlm beg ni n tempat letak fon pon ada..


Authentic Coach creed leather patch dengan Nombor siri beg kat dlm dinding beg


Kat bawah beg ni ada defect kesan drpd penggunaan ..overall tis bag is perfect 8/10.Coz aku jarang sgt guna kerna kalernya yg putih itu.


Dustbag disediakan, coach care card sudah hilang x tau kat mana.


Tuan tanah berposing bersama2 bag ini.ekceli bag ni dibeli awal tahun aritu dgn rega rm11oo kat salah satu butik online yg aku slalu beli.

ok sesiapa yg berminat boleh email kat aku ye..
Qellissa_bb@yahoo.com.my
willing to let go for RM420 sajork include shipping .

Fussy buyer tidak digalakkan ye.

sekian terima kasih


Related Posts with Thumbnails