Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

Khamis, 28 Julai 2011

Muzium Negeri Terengganu

Sambungan dari Unplanned Vacation hari tu, the next day kitorang pergi melawat Muzium Negeri Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong ni dikatakan antara Muzium terbesar di Malaysia. Tapi aku rasa memang besar pun, semput aku naik turun tangga kat sana.

Architecture Muzium ni sangat cantik dan nampak seperti Istana zaman silam. Dengan senibina berunsur tradisi melayu. Reka bentuk rumah ni di pilih dari Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi.

Tiket masuk ke Muzium ni hanya RM 5 bagi dewasa. RM 2 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun dan RM 1 bagi pelajar yang memakai uniform sekolah. Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun, masuk free ye..

Pemandangan dari pintu masuk utama muzium. And untuk informasi, kamera tak boleh dibawa masuk ye. So aku kenalah park kamera aku tu kat 'mak guard' sebelum nak masuk. Ekceli memang boleh kalau nak guna kamera kecik atau kamera fon, tapi aku takut nak snap coz cctv merata-rata. Heran kan, kenapalah tak bagi kita ambil gambar kat dalam tu. Kan boleh buat rujukan sejarah. Tak gitu?Jadi kita layan gambar di luar muzium jelah.

2 orang pelancong dari Zimbabwe yang teruja tengok senibina muzium Terengganu.

Auuwww..Opocoach! (istilah baru dr opocot) ada lipas u! Terlompat i!

Pemandangan dari Jetty di dalam muzium.Aku tak tau lah ni jetty apa. Untuk sampan berlabuh kot..hihihi

Sejarah pembuatan sampan, we all kenkonon posing ala-ala model sampan..
Comel kan kami? (sila jangan muntah)

*happy family*

Ni pokok buah Nagasari kan? eh silap buah Naga kan? Kewlass kan kat sini siap boleh tanam pokok lagi.
Alamat :
Lembaga Muzium Negeri Terengganu Bukit Losong 20566 Kuala Terengganu Terengganu
Telefon : 609 - 622 1444
Faks : 609 - 623 1209
Email : webmaster@muzium.terengganu.gov.my
Laman Web : http://www.muzium.terengganu.gov.my/
p/s: Tak rugi bayar RM5 masuk dalam Muzium ni, banyak benda menarik dalam tu, cuma yang tak best tak dapat ambil gambar je. Sesiapa yang datang melawat Ganu tu, boleh lah singgah ke sini ya..

Sabtu, 23 Julai 2011

Unplanned Vacation

Balik dari pernikahan member, kitorang meneruskan perjalanan ke Terengganu pulak. Actually memang tak plan pun nak pergi sana. Tapi sebab Incek Ary ada hal kat sana. so, here we go..Na na na na na Ganu kiterrrr....

Sampai Ganu dah pukul 11 Malam. Kitorang ikut jalan kampung. Lalu Cameron Highlands, Gua Musang, ikut Kuala Berang.Pehh..memang sangat adventure lalu jalan tu. Aku tahan je perasaan nak terkucil. Dah ler kiri kanan hutan, nak jumpa stesyen minyak pun susah. Sebenarnya kitorang memang tak penah lalu jalan tu, main follow signboard je. Masa tu, tawakal je pada Allah s.w.t, jangan ler kereta tetiba mati tengah jalan ke, minyak abis ke memang tak tau nak mintak tolong sape. Line maxis, celcom semua takde, bila sampai tempat ada line, tu pun setakat 1-2 bar je. pastu takde line terus.. Haihhh, pasni kalau pergi Ganu sumpah aku taknak lalu jalan tu lagi..Serik!

Sampai-sampai je Ganu, destinasi pertama kitorang tuju mestilah kedai makan. Gile ko, dari pukul 2 petang tak makan sampai lah pukul 11 malam. Macam-macam lagu berkumandang dari perut kitorang..keroncong, balada, pop rock you name it, semua ada..Lepas kenyang, cari tempat tido then zzzzzzzzzzzzzz.....Penat sangat....(-.-)

Related Posts with Thumbnails