Memaparkan catatan dengan label online shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label online shopping. Papar semua catatan

Ahad, 22 Januari 2012

Yayyy.. I Won!!



Assalamualaikum semua! masih ada lagi ke readers yang baca blog aku ni? Kalau masih ada aku ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi lepak kat blog ni walaupun dah lama aku tak update. Mood nak berblogging tu dah kelaut gamaknya even nak buka blog pun malas.. Haishhh, nyah kamu Mr. M!
Ekceli, aku nak cerita pasal akhir tahun lepas aku ada join 2 contest di Facebook anjuran Online Seller yang jual beg Authentic dari US ( biasalah aku, kalau pasal beg sanggup join, benda senang nak menang kan, just kumpul seberapa banyak like kat gambar. Siapa yang paling banyak like dikira pemenang) . So i think why don't i try my luck. Sesiapa yang jadi friendlist aku kat facebook tahulah, bukan main bersemangat kesukanan lagi aku meraih undi. Sanggup tido lewat semata-mata nak raih simpati orang supaya Like kat gambar aku yang tak seberapa tu. And akhirnya, aku menang first prize for both contest.
weeeeeeeyyyy (sambil tepuk pengakap gitu)

Macam nilah reaksi aku masa tau aku dapat first prize. Walaupun ada yang pertikai akan kemenanganku itu, tapi ada aku kesah! I won babe! For me adatlah dalam bertanding ada kalah dan ada menang. Tapi jangan lah sampai busuk hati, tak boleh tengok kemenangan orang lain. Aku berusaha untuk menang, bukan duduk goyang kaki dan bukan dengan cara menipu. How many LIKES and how many Friends in my friendlist, itu pun mau query ke? kalau sikit kawan dalam facebook tu, tak menjamin kemenangan ke ? pleaselah open minded sikit. Jangan jadi busuk hati tengok kejayaan orang lain k..=)
One from Princess Victoria Stylo, one from Raz Aziz's Collection and the other one from Incek Ary sempena Birthday. =)
Coach Madison Gold dari Princess Victoria Stylo
Coach Kristin dari Raz Aziz's Collection

So, Awal tahun haritu aku dapat lah hadiahnya di tangan aku. Alhamdulillah, diatas rezeki awal tahun ni. Aku bersyukur sangat. So boleh lah save bajet dari membeli beg awal tahun ni. Hihihi..Puan Shiela meh lah tgk, u suruh i update kan..hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Next post aku tunjuk gambar yang aku pertaruhkan untuk contest tu ye. So sesiapa yang suka beli handbag Coach, LV, Gucci, Longchamp atau apa-apa brand yang Original and Authentic dari Oversea tu bolehlah check it out Facebook diorang ye.Gerenti murah dari seller lain. Dan kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih to all my friends, my siblings, my cousins, my family dan my friend to my friend ( korang paham tak? kawan kepada kawan aku kekdahnya) yang telah susah payah tolong like dan kempen ajak kenkawan lain tolong like . jasa baik korang sangat aku hargai..=) and to blogger yang sudi like juga jutaan terima kasih especially Shiela, Adia, Ceroi, Halia Kentang, Mrs sophie, Bitt, Abby, Safarin, Cik Puan Peah!



Isnin, 25 Julai 2011

Posto!posto!

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba! Cer korang teka what inside the Parcel?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Any idea?
Dari bubble beg tu rasanya korang dah boleh assume kan, what inside?
it is a........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
A Bag!
Yayy big clap to whoever guess it right!but sorry, no prize for that..hihihi
Presenting new bag on the blog
"COACH MIA OUTLINE C MAGGIE SHOULDER HANDBAG 16513".
Rasanya macam dah lama tak upload gambar pasal beg ni. Kalau beli pun, takde nak tunjuk-tunjuk kat sini. Coz selalunya aku beli dengan blog yang sama, kat Suki shopmeholic atau kat Princessvictoriastylo, so malas lah nak update di blog . But this time aku tukar seller pulak, beli kat Littlecabin AuthenticCoach. Korang pernah dengar tak blogshop tu? Mesti ramai yang kaki shopping handbag online tau blogshop tu kan. So far for the first time aku berurusniaga dengan seller ni, memang puas hati. She is a reliable and trusted seller. Shipping and handling pun cepat. Takdelah nak kena tunggu sebulan lebih nak dapatkan beg. So jangan bimbang dan ragu. Kalau nak beli beg Coach ke, Gucci ke, or any other item from US yang confirm original dan authentic, boleh lah korang klik kat link yg i bagi ni..



Salah satu cara nak tau Coach tu ori ke tak, tengok Coach creed dalam beg.

Konon-konon,main reason aku beli beg ni sebab beg ni ada 3 compartment. So macam-macam boleh letak kat dalam. Nak letak botol susu pun boleh ye..

Tapi rasanya macam not me lah nak pakai beg ni. Ni lah padahnya kalau beli ikut nafsu..So beg ni i gave my mummy je lah..Now i'm eyeing on Longchamp planetes. Tengok si rina pakai Longchamp teruja pulak nak beli..Haishh..Nafsu-nafsu...Kalau ikut hati rasa nak beli beg Gucci, Prada atau Miu Miu pulak, asik Coach je..tapi apakan daya, poket tipis. So bergaya ikut kemampuan je lah bak kata orang, ukur baju badan sendiri. kang kalau pakai yang immitation, takut mawi marah pulak..
Tetiba teringat ayat dia kat TV dengan budak kecik-kecik yang comel cakap cenggini:
"Ori ke? jangan curi yer!"

Isnin, 11 Julai 2011

Mega Sale carnival is back!


Woohooo..Mega Karnival Sale da start..Nilah masa nak perabiskan duit yang ada.Mostly banyak butik, superman supermarket, kedai runcit mak temah, kedai kasut, kedai baju, kedai underwear dan semua kedai-kedai yang ada kat Malaysia ni buat sale up to 70%.Peh memang menggila kalau pegi shopping komplex time macam ni.Memang rabak duit weh. Bagi kaki shopping macam aku ni, masa ni sepatutnya aku kena perintah berkurung, kalau tak mesti abis duit aku. Yelah gaji kecik nafsu besor hehehe. Semua benda nak dibeli, pantang nampak sale terus nak beli. Tapi hari sabtu 2hb lepas, aku telah berjaya meloloskan diri dari perintah berkurung hahaha..So memang gile lah aku membeli belah hari tu macam-macam dibeli.Bila dah sampai rumah duduk termenung pikir nak kena puasa sebulan sebab duit dah abis...huargghhh..Mak! nak pinjam dueettt (sambil buat muka comel ala-ala Puss dalam cerita Shrek). Agak-agak mesti mak aku bagi pelempang kot instead dari bagi pinjam duit.Jom tengok hasil nafsu besor aku tu.Diingatkan, ni bukan entry menunjuk-nunjuk ye.For those yang selalu baca blog aku mesti tau aku selalu review kedai-kedai yang sale giler babs..(nak kena warning dulu, kang ada pulak stalker yang mengata..ecehhh)

Malaysia Mega sale karnival start Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2011

Tadaaa!hasil penyopingan aku sepanjang minggu lepas.Nanti aku cerita lebih lanjut.Ada beli kat Guess, Timberland, Esprit, Face font, Suki shopmeholic, Stage dan Isetan.

Sunglasses Armani Exchange ni untuk Incik Ary, kitorang beli kat Face font, sale 50% beb. Yang CK tu aku beli online kat Suki shopmeholic murah giler barang dia jual. Yang penting original, authentic dan cepat shipping dia.Cuma yang tak bestnya dia ni lambat sgt nak reply mesej. Tp so far dalam banyak-banyak online shopping yang jual branded stuff from oversea, Suki ni paling murah and worth it. Kalau korang suka beg Fossil ke, CK ke, Coach ke, Ettiene Aigner ke, DKNY yang ori tapi murah boleh lah ushar blog dia ye.

Ni pulak hasil rembatan dari Guess, masa ni sale baru start. kalau guna HSBC kad atau korang ada membership kat Guess ni, Beli lebih RM 1000 dapat extra lagi 20% bagi barang yang dah sale 50% ke bawah.Yang 70% tak dapat extra 20% ye. Dan bagi belian kurang RM1000 dapat extra 10%. Masa tu aku dengan Rina, ( sapa lagi kan partner in crime aku kalau bershopping) tak bajet lah nak beli sampai seribu. Alih-alih ada mamat ni ajak combine resit sebab dia ada membership Guess so that we can get that extra 20%, kitorg pun apa lagi terus cakap ok padahal tak pernah kenal pon sebelum ni. Kalau shopaholic tu, sapa-sapa pun boleh jadi kawan kan janji ada kepentingan..Boleh gitu? Yang kemeja hijau dan merah tu harga betul RM329 satu, minus 50% then minus lagi 20% dapatlah harga dalam seratus lebih tu yang aku beli sampai 2 lain-lain kaler kononnya..Padahal tu semua nafsu..Yang T shirt tu RM149 pun sale 50%. Beg-beg guess pun banyak yg sale sampai 50%, jam Guess pun ada yg sale up to 50% tau! Psstt, Korang ingat tak cerita aku gaduh dengan Cashier Jusco Midvalley hari tu? U oll nak tahu, mamat yang maki aku tu kerja kat Butik Guess Midvalley pulak. Rasanya dia pun kenal aku, dok ushar aku dengan Rina je. Tapi macam dah insaf kot, coz masa kitorang tunggu cashier tu dia siap cakap dengan nada yang slow "Tunggu kejap ye kak".Haihh pandai berbudi bahasa rupanya budak ni..Hahaha..Tapi pada aku, past is past..Lantak dia lah.kalau dia buat lagi kat aku macam dulu, memang kena lah dia dengan aku.

Jewellery set box ni dulu RM199 tapi sekarang RM49 je.Berbaloi-baloi tu..

3 in 1, sebab tu aku beli. Yang besar boleh letak gelang, yg sederhana kecik tu letak rantai and earring, yang paling kecik tu boleh letak cincin.

Earring Guess ni pun sale 50%. Murah...

Esprit ni beli 3 pasang dapat less lg 15% including baju yg dah di less 50% pun boleh dapat kurang dengan syarat beli 3 pasang ke atas. Then kalau ada membership Esprit dapat lagi less 10%.Murah kan? yang Blue black tu new arrival,dari harga RM169 dapat less 15% + 10% je total dapat ler rega RM129.29. yang Hitam tu lagi murah, dari RM129.90 dapat kurang jadi
RM30++ jer.

Aritu aku ada buat entry pasal kosmetik stage, dulu dia buat sale 1 barang RM12 untuk Lipstik, eyeshadow segala tu kan..Dan RM8 untuk eyeliner, lipliner. Sekarang da lagi kurang, yang lipstik, eyeshadow and segala mak nenek yang dulu RM12 sekarang dah jadi 2 RM20, yang harga RM8 pulak dah jadi 2 RM12. Murah kan?Sale tu sampai 31 Ogos ni dan selagi stok masih ada coz diorg nak tukar packaging baru katanya.

Tshirt Timberland untuk Incek Ary ni ada less 30%.Timberland buat clearance. Tp paling murah pun 30% je..

Lastly sandal for Incek Ary from Hush Puppies got less 20% sajork. harus beli barang dia kalau tak dia tak approve aku beli barang aku..hahaha..Total damage for all this is RM????.Now aku tengah termenung sambil makan biskut kering..kalau aku tau better aku duduk rumah je aritu..chait...

Selasa, 22 Februari 2011

Aku Menang bid kat ebay!

Sape penah beli barang kat ebay angkat kaki jap!!!alah, ebay yg klu nk beli tu korang kena bid bid, klu menang dptlah beli barang tu dgn harga yg korang bid...tau kan semua? aku suka gak bid bid barang kat ebay, so far byk gak lah brg yg aku beli melalui ebay mcm wristlet, iphone xcessory, coach dan mcm2 lg lah.Even item dr obersee pon aku penah bid kat ebay. So far alhamdulilah sampai dengan jayanya.Baru2 ini aku ada bid satu pouch coach ( ala tempat ltk duit syiling tu), sebenarnya xde niat pon nak beli tp tgk murah betul dia offer starting price pon baru RM70, yelah rata2 kat blog aku tgk paling murah pon depa jual RM120 ada satu blog tu jual sampai RM199 kat butik rega dia dlm 200 lebey kot, pehh such a bargain rite coz she offered for just 70 bucks.So aku pon bid jelah, guna taktik biasa..tggu da nk ending time lg 5 minit tu baru aku bid, and wallaaa!!i won beb!!( cam menang apa je gembira bagai nak rak)..

Nilah item yg aku menang tu..byr hari ni, esok trus dia pos.Such a reliable seller kan? (Nampak tak tu ade 3 org yg bid, aku ni bidder ke 3.)

Then yesteday barang aku sampai dengan selamat ke pangkuan ku ecehh

she wrapped it with a bubble wrapper

dah tak sabar nak tgk isi dalam

Tarra!!!introducing my new coin pouch!!!cun tak?

p/s:Kat ebay ni kalau nak beli kena hati2 ye tuan2 dan puan2 takut ada jugak seller yg penipu..Kang duit da bnk in, barang non ado!!

Khamis, 27 Januari 2011

Confession of a shoppaholic Queen Part 2

Sambungan dari citer kat sini, wallet ni antara yang aku baru dpt hasil rembatan kat blogshop..Masa update hari tu, wallet ni x sampai lagi so x sempat nak upload..


Cun tak menda kaler merah ni? Aku mmg berniat nak tukar wallet yang nie, coz nak cari wallet yg kecik2 jer. Pastu tgk kat blog HAVE IT IN YOUR STYLE, usha2 blog tu tengok ada plak wallet yang aku berkenan.Aku apalagi tros email seller tu nak cop, tapi masa tu seller tu ckp da ada org reserved.(hampa aku masa tu, sedih sebab lambat..ecehh)
then, one day tu aku check2 email,
seller tu lak email aku tanya aku still interested x nak beli wallet tu,
coz buyer yg reserved tu senyap dan sunyi je.
then i said "yup i want!i want! sambil terkinja2
Akhirnya aku dapat beli wallet tu dengan rega 310 hengget..Masa pegi Butik Coach aritu tgk wallet leather dia rega 895..mahal dowh..Tak mampu I!

Tempat letak siling nipis jer.Tak bleh letak syiling dlm ni kang abis wallet tu rosak.huhuhu


Nama Wallet ni Coach turnlock embossed 43585..uishh panjang tul namanya..compartment dlm dia ok lah tak banyak mcm wallet lama aku tu, tp so far aku sgt puas hati. So bg korang2 yg suka bershopping online boleh lah try Blogshop tu coz so far aku tgk brg2 dia mmg murah dr blog lain. And dijamin 100% authentic gitu..Seller dia pun ok, peramah and mesra alam.Try lah..adios!

p/s: Tggu entry "confession of a shoppaholic queen part 3" pulak ye!

Selasa, 25 Januari 2011

Confessions af a shoppaholic queen....

SHOPAHOLIC Pictures, Images and Photos

Dalam keadaan poket yang nyawa2 ikan gara2 duit gaji yang tak masuk2 lagi. Aku masih tidak dapat menahan NAFSU SERAKAH ku untuk berkata TIDAK kepada SHOPPING..muehehehe..Abis punah ranah azam aku untuk tahun baru, konon2 nak berazam supaya tidak membazir dan bershopping mengikut nafsu..tp apakan daya aku tak mampu menepis godaan itu..ecehhh..Yelah manakan tidak sana sini shopping complex buat sales sempena raya cina.Godaan sungguh..Sampai2 je Midvalley, wow!mata aku tak kelip2 pandang sales sajork kat mana2 butik Guess, esprit, MJ, jusco semua nya lah...Macam mana lah nk tahan godaan tu.Tak cukup midvalley, pegi Pavillion pon sama, sales sana sini..mencabar iman betul!klu duduk rumah pon mencabar jugak, sibuk mata melilau tgk blogshop2 sambil hati meronta2 nak membeli!akhirnya, inilah hasil rembatan aku kat Pavillion dan Blogshop, u see, pg mall pon abis duit, tak pegi mall duduk rumah sesaja pon abis duit..camno tu?


Bracelet Guess ni aku beli kat Suki Cun tak? Better korang ckp cun, klu tak aku nangess nanti....huhhhh

Yang ni aku rembat masa pegi Pavillion, ade less 20% ko sandal Guess ni..Sebenarnya takde niat pun nak beli sandal ni ntah cemana ntah leh terbeli. Incik Ary dah bg permision aku pon rembat jelah sebelum dia tukar pikiran...hahaha

welcoming my new bag for this New year.."Coach Hailey Leather", yang ni aku beli kat blogshop PV, so far aku suka beli kat PV ni coz murah and reliable..Cuma sekarang ni Blogshop dia dah makin popular, klu lambat masuk je gerenti sold out mcm goreng pisang panas pulak.

P/S: sekarang branded handbag da xde TAX weh...best..best...member aku pg butik Coach, SA kat situ tros ckp TAX da xde ye...berita gembira tu beb!

Khamis, 2 Disember 2010

Cun Tak Jam ni?

Presenting My new watch on the Blog!
"eleh jam murah pon nak kecoh satu dunia"..hahaha..hangguk pale kat dinding jap..dusshhh
Bukan aku nak kecoh, saje nk kongsi sesuatu ngan korang.
Ekceli jam ni di beli sempena birthday aku.
Incik Ary bg duit, aku pilih barang.
so aku pilih ler Jam..mula2 igt nak pilih henbeg Chanel..(sila jgn percaya..)
but henbeg aku da byk. Utk tahun ni je da byk henbeg aku beli coz i'm addicted to henbeg cam Adia gak.
so aku pilih ler jam..
Campur yg ni aku ader 6 jam..tp jam jenama guess ngan bonia jer..tak mampu woo nak beli Tag Heuer..tp teringin..hahaha..camno tu?Oleh kerana aku dah lama cari jam kaler putih, so i found this blog yg jual ape yg aku nak and murah dr blogshop2 lain.Korang nak tau blog aper?tgguu...

~Jam ni jenama fossil.Sapa2 tak penah dengar jenama Fossil, sila angkat tangan?klu x tau sila google ye..~

~Cun x kotak dia?Jam ni aku beli kat SMH . Blog SMH ni mmg jual barang2 dr US dgn harga yg sgt murah..Tak caye korang leh survey blog tu..~
~And Tarra!this is my new watch!Fossil white ES2439,
kat US rega dia baru USD 85, kat cni aku tgk kat Midvalley rega dia 449.
Blog SMH jual RM279 including postage..Murah tak?dan yg penting its authentic tau!hihihi
berbaloi-baloi bak kata org!~

Khamis, 7 Oktober 2010

Yang ditunggu dah tiba.

Akhirnya apa yang aku tggu sejak puasa haritu,
sampai juga kat tangan aku. Hari tu kan aku ada post pasal checklist raya,
which is my henbeg for raya di KIV coz x dpt on time masa raya,
Maklumlah aku tak beli kat butik coz aku prefer beli online more cheaper as they get the bag from US. Kalau beg2 Coach ni, kat US murah sgt2 berbanding kat malaysia yg rega dia ribu riban..Tak mampu den nak pakai beg ribu riban ni wehh..lum sampai tahap aku nak pakai beg2 Chanel, hermes segala tu..Mau botak kepala Incik Ary klu aku pakai beg2 tu, mana dia nak cekau duit kang..
Beg ni aku beli kat Shoppelista, bg korang yg suka online shopping leh lah check it out ape yg Shoppelista ni jual ye..don't worry, so far she sells Authentic stuff. And she is also a nice lady. Sanggup dtg kat area aku semata2 nak hantar bag ni..Thanks ye Anis..
so far, saya sgt berpuas hati..
~My new Coach Kristin Fabric Hobo ni~

p/s: Aku ni x suka membazir, selalunya henbeg2 aku yg da x pakai aku jual as preloved. so xde lah berlaku pembaziran ye tak?Membazir tu kan amalan Syaitan....hihihi

Rabu, 23 Jun 2010

Online shopping etika

Pssst, korang penah tak beli barang Online? contohnya beli barang kat Ebay, lelong, mudah.my atau blogshop2 ? Aku rasa mesti antara kita penah beli kan? tapi korang penah kena tak, korang da siap bank in bagai, tp barang yg korang beli x sampai2..and the worse part is the seller MIA...

Ok kat cni aku nak kongsi ngan korang cara selamat Bershopping di alam maya.

1. Korang kena pastikan Seller tu genuine seller..maksudnya? klu korang beli barang kat ebay, lelong atau blogshop pastikan seller tu mempunyai rating yang tinggi. Baca feedback dia byk negatif ke byk positif. klu blogshop tu pastikan da ramai pembeli kat blog dia.

2. Jangan percaya dengan barang2 murah yg seller advertise..contohnya 'New in box iphone 3gs 16g' berharga 1k coz its a scam!! boleh ke dapat Iphone baru siap dgn kotak rega 1k? i dun think so..klu iphone china set bleh lah dapat..

3.Baca betul2 description barang tersebut/termasuk gambar saiz barang dan jugak term & conditions sebelum decide nak beli.Takut bila da dapat barang korang menyesal pulak..

4. Klu seller tu berdekatan je ngan area korang, ape kata korang wat COD je( cash on delivery) klu seller tu x nak maknanya, ader something fishy lah tu..if he is a honest seller, he will meet up with you.

5. klu korang beli barang tu dr obersee, pastikan korang bayar mnggunakan Paypal!!jgn sesekali guna western digital Union..

6. Compare barang yg korang nak beli tu dgn harga kat luar. Kalau lg mahal baik beli kat cni je( bg yg shopping brg dr Obersee). especially klu korang beli branded item, pastikan ianya authentic ( kang membazir je bayar mahal2 tp barang x ori) dan check juga samada barang yg korang nak beli tu kena duti kastam atau tak..

7. Lepas korang yakin dgn seller tu, boleh korang wat pembayaran..Jgn lupa mintak tracking number sekali bila barang da pos ye.

setakat tu je tips yg aku ingat, nanti klu ader lg aku post ea..kalau korang ader yg penah kena tipu ngan online seller, sile lah pegi report kat cni SKMM . Aku x penah kena lg setakat ni, so aku x tau aper tindakan yg akan diorg buat..cuba lah korang report..aku dapat info tu pon dari scammeralert

Ni aku nak citer, pengalaman aku pulak. Bulan 12 lepas aku ader beli 2 barang kat ebay, dengan seller from US. Aku bayar guna Paypal. Selalunya klu aku beli barang dr US barang akan sampai dlm tempoh 2 weeks approx. tp kali ni almost 1 1/2 month tak dpt2. aku pun cuak gak..bukan murah wooo, mahal tu aku byr..pastu report kat seller tu, dia kata dia da post. siap bg tracking USPS. pastu seller2 tu suruh aku report kat paypal. coz they want to refund my money.So aku pon report lah. dlm masa proses nak merefund segala tu, akhirnya aku dapat parcel2 aku tu. sorang post pd 2/12 lg sorang post pd 7/12. Rupe2nya kastam sudah hold itu barang..muahaha..nasib baik aku dapat barang aku tu. so aku ckp lah ngan seller2 tu yg aku da dpt barang and aku pon kensel report aku kat paypal. Klu aku jahat, mmg aku teruskan niat aku tu nak dpt wit refund balik..luckily aku ni seorang yg amanah, tabligh dan fatonah...

Nilah 2 barang yg aku beli kat ebay tu, tp aku dah let go kedua2 wristlet ni.




Related Posts with Thumbnails