Memaparkan catatan dengan label terubuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terubuk. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2011

Oh Terubuk masin!

Belum habis lagi ye cerita pasal Sarawak. Banyak sgt signature Sarawak ni, Kek lapis lah, Terubuk masinlah, Cultural Village lah, ehh pendek kata macam2lah yg menarik kat Sarawak.Sebab tu entry pon berjela2..So diharap sabar membacanya, coz benda ni penting utk sesiapa yg nak bercuti kat Sarawak boleh jadikan entry aku sebagai rujukan..(eccewaahhh..mcm program 3 hari 2 malam kat TV9 pulak!)


Oleh kerana Sarawak ni popular gak dgn Ikan Terubuk masin, ramailah member yg ngoder suruh belikan ikan terubuk.Tp klu setakat ngoder dgn ayaq liur mmg nan ado lah aku belinya.hahaha..Pagi2 lepas breakfast kat Dormani, we oll pergi Pasar Tamu DBKU. Ramai betul yg meniaga Ikan terubuk masin kat situ. Naik pening kepala dgn bau ikan pastu dgn peniaga2 dok ushar2 suruh beli kat kedai depa..Haishhh..Memang tak tau masa tu nak beli dgn sapa, last2 kitorg pegi kat satu gerai ujung Pasar Tamu tu. Sebabnya makcik tu relax je..Takde paksa2 sgt kita tgk ikan dia.Tu yg tros beli dgn dia yelah, ikan semua sama je.Org mcm aku ni mana lah dpt bezakan ikan fresh ke tak, makcik tu kata fresh aku pon beli je.Lagi pon malas nk ronda2 lagi.

Tgk ikan2 tu Fresh tak? fresh kan? kan? kan?

Yang sekor 18 hengget tu katanya pure ikan terubuk dr sarawak, so aku beli lah yang tu. Dapat lah harga 10 hengget. Murah gak kan? dalam pada aku ni tak pandai tawar menawar pon boleh dapat kurang 8 hengget tau!(ntah2 dgn org Sarawak lg murah kot).

Terror terrar (eh mcm mana nak eja terar ni?) pakcik ni packing ikan!
Siap ada handle lagi ko! Senang nak hand carry masuk flight.


Nampak tak? senangkan nak hand carry coz pakcik tu da buat handle siap2..hihihi


Nama kedai makcik ngan pakcik tu. Oh ya, Makcik Rozie ni pon ada homestay katanya..so sesiapa yg nak booking homestay, boleh lah contact2 dia tp jgn lupa sebut nama aku tau!Manalah tau makcik Rozie ni nak bg komisyen kat akusbb rekemen kat korang..hahaha!
Tak pon korang boleh cek kat Kedaiummie.blogsport.com..Blogsport? eh makcik Rozie ni buat blog sukan jugak ke?Multitasking sey!

Ehem2!nama sapa tu?


Ok ready to go!
Terima kasih pakcik coz sudi bergambar bersama Incek ary..
ok bai!



Related Posts with Thumbnails