Memaparkan catatan dengan label Coach. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coach. Papar semua catatan

Khamis, 8 Januari 2015

How to detect Fake Coach

Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Okay hari ni nak cerita pasal Coach Immitation. Skrg ramai sgt seller yang jual Coach dan claim yg coach tu original. (samada supplier tipu atau seller yg menipu) Ni nak cerita pasal pengalaman aku sendiri terbeli Coach Fake dgn sorang seller ni. Dah lama sebenarnya tak beli beg Coach, last aku beli tahun 2012 kot. Pastu sampai skrg aku tak pernah beli Coach sbb kononnya dah beralih ke jenama lain. Then aku rasa nak tukar beg kerja aku yg dah barai tu, ternampak plak sorang seller ni up pic madison lindsey dgn harga murah. Actually sebelum ni aku pernah beli barang dr US dgn dia dan mmg ori lah dia jual brg tu.. So aku takde lah rasa sangsi sgt bila aku nak beli beg dari dia sbb dah pernah beli dgn dia.. Bila aku tgk dia post gambar beg yang memang aku berkenan dan harga beg tu murah bagi aku sbb rata-rata seller jual beg Coach Lindsey tu dalam harga RM1k++ tapi seller ni jual Rm7++ je.. Murah kan? So aku mmg teruja lah nak membeli.. So aku bayarlah deposit Rm400 dulu.. Lepas 3 minggu beg pun sampai dr US katanya dah bayar balance beg pun sampai.... And to my surprise bak kata omputih. Beg yang aku dpt tu ternyata mmg fake.. Bak kata org 1:1 ke, high grade fake gitu lah... So aku tak puas hati lah byr RM7++ dpt fake item. Aku pm balik seller secara baik, takdelah nak maki hamun bagai dan bgtau yang beg tu fake siap tunjuk bukti segala bukan cakap kosong je tau, kena tunjuk bukti baru org percaya dan aku kata aku taknak bayar rm7++ untuk beg fake. Dan Alhamdulillah seller tu nak refund duit aku dgn syarat aku pos beg tu balik. Aku apa lagi bungkus balik beg tu terus pg pejabat pos walaupun minggu ni ramai giler orang kat pos opis sebab masing-masing sibuk nak keluarkan duit ASB.. Awal tahun lah katakan nak tunggu bonus lambat jadi ASB jelah jalan yang cepat nak dapat duit.. Ye tak?  Lama gak menunggu weh, seratus org masa tu aku kena tggu semata2 nak pos balik beg tu.. Tapi aku tabahkan hati berkat sabar akhirnya dpt gak aku pos beg tu. Dipendekkan cerita,  lepas seller dapat beg tu, seller tu pun refund duit aku.. Katanya supplier yg bagi beg tu kat dia, dia pun tak tau yang beg tu immitation.Dan dia minta maaf lah dengan aku sbb tak perasan.. Ok aku terima maaf dia, janji jgn buat lagi tau..  Okay skrg aku nak tunjuk tang mana fake beg itu.. Khas untuk kawan-kawan yang baru nak beli Coach online.

1. Aku Order beg Coach Madison Lindsey 18643 warna Raspberry. Sepatutnya besar Mcm pic ni. (pic gugel)

2. Aku dapat beg mcm kat bwh ni (ni pic from gugel tapi mmg sejibik sejibon beg ni) Korang perasan tak apa yang lain? Hahhhh pandaii.. Saiz dia.. memula tengok beg tu aku dah nampak kelainan kat saiz beg. Madison Lindsey sepatutnya besar bukan mcm gambar kat bawah ni..


4. Sepatutnya Beg ni panjang dan besar mcm pic kat bawah ni.. bukan mcm kat atas tu.. ( pic ori from gugel)

4. Ni gambar sebenar beg yang aku dpt..

5. Yang price $268.00 tu tag price tag original dari beg yg aku beli sebelum ni. Yang $498.00 tu pulak tag dari Madison Lindsey yg fake tu.( utk info aku mmg suka simpan tag dan carecard satu tempat supaya senang bila nak jual blk.. hehehe..) Nampak tak Font kat barcode tu lain sangat. Untuk sapa2 yg baru2 berjinak dgn Coach mmg takkan perasan kelainan dia.



6. Care Card yang aku dapat dari beg Madison Lindsey. Ok ni aku nak habaq mai kat hangpa semua. Sepanjang aku beli Coach tak pernah umur aku dapat Care Card kaler maroon cenggitu. Kalau seller ckp care card cenggitu sbb beli kat coach factory, tu namanya membohong.. Coach factory ke, coach butik ke, coach outlet ke, carecard dia BUKAN MCM KAT BWH NI. Takde Card kaler meroon tu eh, Siap ada kad register bagai..so klu korang dpt cenggini confirm Fake beg korang tu.. Hahahaa(gelak jahat)

6. (a) Sepatutnya Care Card dia mcm ni je.. Simple gile... 


7. Interior dlm dia patut warna mcm ni, Bukan pepel eh.. (pic gugel)

9. Yang ni dari pic Beg Madison Lindsey aku beli tu. Interior warna pepel. Pastu cuba baca ayat kat Coach creed tu.THIS IS A COACH BAG. IT WAS HANDCRAETEDIN CHINA FROM THE FINEST MATERIALSAND LEATHER. ITS SUPERIOR CRAFTMANSHIP REFLECTS OUR COMMITMENT TO ENDURING QUALITY. Nampak tak cacamarba ayat dia. 'HANDCRAETEDIN' 'MATERIALSAND'. Tang ni je mmg aku dah confirm bag ni immitation. Walaupun Coach ni org kata cashier kat Us je yang pakai, tapi takde lah dia nak low grade kan quality dia sampai mcm tu ye tak?


9.(b) Yang ni Coach Creed original dari beg aku yang lain. Nampak tak beza dia? Ayat dia sempurna gitu. 

10. Tali panjang dari beg Lindsey Madison. Ok yang ni pun aku nak habaq mai kat korang. Coach tak pernah sampul tali guna plastik. So klu dapat tu, tu antara salah satu tanda ke'fake'an bag Coach korang. Pastu Coach Factory jarang sangat dapat dust bag! lagi2 klu stock2 lama dan limited mcm lindsey ni. Klu dapat dustbag tu kira nasib baik lah.. 

11. Tag made in China tu biasanya warna hitam. Tak tau lah pulak klu sekarang dah warna mcm kat bwh ni.

12. Jangan Tak tau ye Fake pun skrg pakai zip YKK. so skrg tak leh percaya sgt org kata klu nak tgk ori tgk zip klu YKK tu original .. Sbb skrg fake pun pakai YKK uollsss..

13.  Pastu skrg ni kan ramai yg jual siap paper bag kaler merah ni kan.. Buat pengetahuan korang, Coach Outlet biasanya paper bag kaler PUTIH. Coach Butik paper bag  kaler ceklat eh.. Warna merah ni season lama yg mmg dah tak keluar.. Tak tau lah klu seller mmg simpan paper bag lama2. So next time klu nak beli tanya sellerbdia beli dr putlet mana , kat Us ke, kat jepun ke, kat europe ke. Pastikan seller tau dari mana stock dia tu.. bukan setakat ckp direct from US tp which part of Us pun tak tau.. Lagi satu diorg suka guna ayat kawan dia, nenek dia, makcik dia beli dr outlet yg tak ramai customer. Ada ke Outlet Coach yang tak ramai Customer? setau aku Outlet coach ni walau ceruk hutan sekali pun mesti ramai org. Sbb kat Us tu harga coach ni mampu milik bagi diorg kiranya ala2 mcm beli beg guess lah kat Malaysia. Sekian jelah celoteh aku. Aku bukan nak tutup periuk nasi sapa2 tp jujurlah. Klu jual fake, ngaku benda tu fake. Takyah ckp ori. Sbb ada je customer yang nak pakai fake. Yang org marah bila Fake di kata ori byr mahal2 ko dpt fake je.. Bengang tak? Kalau aku bengang.. So pada sesiapa yg pernah beli coach Madison lindsey kat ig atau fb.. cer cek balik keoriginalan beg korang tu.. Klu mmg seller kata fake ok lah.. sbb dah memang fake. Yang aku tak boleh terima kalau fake dia kata ori.. Mmg nak kena basuh lah tu..

14. Nasihat aku sapa yang dah terkena tu pi mintak refund balik kat seller, Klu seller berkeras gak kata beg dia tu authentic, original bagai dikata korang g report polis, kpdnkk, ssm janji diorg pulang balik duit korang tu.. sbb diorg dah kira menipu.. Rugi woo rm7++ korang buat beli immitation coach. Tambah sikit dah dpt ori Coach dah US.. So far seller yg memang aku trusted skrg kat ig, fb dan blog antaranya Orkid syah, Princess Victoria stylo, Shopperstar, The supernini, Ashleys outlet/ash0780, Kedai satu US, Ronasofia, Nekrock, shireen feddy dan ramai lagi yg aku tak igt nama diorg.. 

15. Korang pun boleh masuk closed group Coach Authentications kat FB utk authenticate beg coach korang tu... 

Ahad, 22 Januari 2012

Yayyy.. I Won!!



Assalamualaikum semua! masih ada lagi ke readers yang baca blog aku ni? Kalau masih ada aku ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi lepak kat blog ni walaupun dah lama aku tak update. Mood nak berblogging tu dah kelaut gamaknya even nak buka blog pun malas.. Haishhh, nyah kamu Mr. M!
Ekceli, aku nak cerita pasal akhir tahun lepas aku ada join 2 contest di Facebook anjuran Online Seller yang jual beg Authentic dari US ( biasalah aku, kalau pasal beg sanggup join, benda senang nak menang kan, just kumpul seberapa banyak like kat gambar. Siapa yang paling banyak like dikira pemenang) . So i think why don't i try my luck. Sesiapa yang jadi friendlist aku kat facebook tahulah, bukan main bersemangat kesukanan lagi aku meraih undi. Sanggup tido lewat semata-mata nak raih simpati orang supaya Like kat gambar aku yang tak seberapa tu. And akhirnya, aku menang first prize for both contest.
weeeeeeeyyyy (sambil tepuk pengakap gitu)

Macam nilah reaksi aku masa tau aku dapat first prize. Walaupun ada yang pertikai akan kemenanganku itu, tapi ada aku kesah! I won babe! For me adatlah dalam bertanding ada kalah dan ada menang. Tapi jangan lah sampai busuk hati, tak boleh tengok kemenangan orang lain. Aku berusaha untuk menang, bukan duduk goyang kaki dan bukan dengan cara menipu. How many LIKES and how many Friends in my friendlist, itu pun mau query ke? kalau sikit kawan dalam facebook tu, tak menjamin kemenangan ke ? pleaselah open minded sikit. Jangan jadi busuk hati tengok kejayaan orang lain k..=)
One from Princess Victoria Stylo, one from Raz Aziz's Collection and the other one from Incek Ary sempena Birthday. =)
Coach Madison Gold dari Princess Victoria Stylo
Coach Kristin dari Raz Aziz's Collection

So, Awal tahun haritu aku dapat lah hadiahnya di tangan aku. Alhamdulillah, diatas rezeki awal tahun ni. Aku bersyukur sangat. So boleh lah save bajet dari membeli beg awal tahun ni. Hihihi..Puan Shiela meh lah tgk, u suruh i update kan..hihihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Next post aku tunjuk gambar yang aku pertaruhkan untuk contest tu ye. So sesiapa yang suka beli handbag Coach, LV, Gucci, Longchamp atau apa-apa brand yang Original and Authentic dari Oversea tu bolehlah check it out Facebook diorang ye.Gerenti murah dari seller lain. Dan kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih to all my friends, my siblings, my cousins, my family dan my friend to my friend ( korang paham tak? kawan kepada kawan aku kekdahnya) yang telah susah payah tolong like dan kempen ajak kenkawan lain tolong like . jasa baik korang sangat aku hargai..=) and to blogger yang sudi like juga jutaan terima kasih especially Shiela, Adia, Ceroi, Halia Kentang, Mrs sophie, Bitt, Abby, Safarin, Cik Puan Peah!



Sabtu, 3 Disember 2011

Yayyy kat Jaybee ada Johor Premium Outlet

Dua, tiga hari ni ramai yang sibuk bercakap pasal JPO (Johor Premium Outlet) kat facebook. Actually masa depa semua dok sibuk cakap pasal JPO, i was wondering, apa JPO ni? Bukan macam Shopping Mall biasa ke? so apa yg diorang dok heboh sangat pasal opening JPO ni. kat JB pun dah banyak sangat Shopping mall, so apa istimewanya JPO ni nak dibanding dengan shopping mall yang lain? Aku pun tanyalah dengan sorang my friend kat Facebook ni, JPO ni jual apa? ramai betul yang seksaited eksaited pasal JPO ni. The main reason aku bertanya dengan dia, coz dia dah pergi kat JPO tu siap upload gambar bagai. Then dia jawab yang JPO ni ialah hub membeli belah bagi barang-barang berjenama seperti Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi dengan harga murah dan direct dari kilang yang penting ori ye, bukan imitasi. Kira macam Bicester Village kat England tu. Wahh, biar betik?? sukanya aku kat Malaysia dah ada designer outlet macam ni. Boleh jimat duit eventho kita beli branded stuff tapi dengan harga yang kurang sikit dari yang kita beli kat KLCC tu. Ni yang aku rasa teruja je nak balik Johor. (time ni lah baru teringat kampung halaman, kalau tak nan ado lah ko nak balik johor ye..hehehe)

*pics credit to my fb friend, Liza*

Nilah JPO tu..Nampak gah gitu bangunan dia. Bertempat di Kulaijaya. Jauh juga lah dari rumah parents aku. Ish teruja ni nak pergi, lebih-lebih lagi bila tau ada Coach Factory ngan Burberry ada kat situ.


Micheal Kors Butik pun ada.

Rasa macam kat oversea lak tengok outlet cenggini.


OMG!! Oh Menarik Gilerr!!La Senza pun ado ye puan-puan sekalian!

Yayy..My febret butik Coach Factory, wondering is it really cheap compared to oversea outlet?


Guess pun ada, Suka juga aku baju dan kasut kat Guess ni. Tapi mostly aku beli time sale je lah. Kalau tak sale, takde maknanya aku nak fork duit ratus-ratus beli kasut ngan baju.



Haihh..tengok kat gambar tu teruja dengan angka 40% tu..Korang teruja tak?

Sapa-sapa yang nak pergi tu boleh lah tengok map ni, kat laman Johor Premium Outlet pun ada camne cara nak pergi sana, sama ada guna bas ke, kereta ke, teksi ke, tapi LRT dengan Komuter belum ada lagi ye. Harap Maklum.(*_*)

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim
Malaysia

Menarik kan? So, apa lagi orang-orang Johor dan Singapura meh lah kita ramai-ramai serbu JPO ni. Semalam baru start Opening fresh lagi tu. Okay next week orang balik Johor tau mak confirm!! Eceh...


Isnin, 25 Julai 2011

Posto!posto!

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba! Cer korang teka what inside the Parcel?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Any idea?
Dari bubble beg tu rasanya korang dah boleh assume kan, what inside?
it is a........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
A Bag!
Yayy big clap to whoever guess it right!but sorry, no prize for that..hihihi
Presenting new bag on the blog
"COACH MIA OUTLINE C MAGGIE SHOULDER HANDBAG 16513".
Rasanya macam dah lama tak upload gambar pasal beg ni. Kalau beli pun, takde nak tunjuk-tunjuk kat sini. Coz selalunya aku beli dengan blog yang sama, kat Suki shopmeholic atau kat Princessvictoriastylo, so malas lah nak update di blog . But this time aku tukar seller pulak, beli kat Littlecabin AuthenticCoach. Korang pernah dengar tak blogshop tu? Mesti ramai yang kaki shopping handbag online tau blogshop tu kan. So far for the first time aku berurusniaga dengan seller ni, memang puas hati. She is a reliable and trusted seller. Shipping and handling pun cepat. Takdelah nak kena tunggu sebulan lebih nak dapatkan beg. So jangan bimbang dan ragu. Kalau nak beli beg Coach ke, Gucci ke, or any other item from US yang confirm original dan authentic, boleh lah korang klik kat link yg i bagi ni..



Salah satu cara nak tau Coach tu ori ke tak, tengok Coach creed dalam beg.

Konon-konon,main reason aku beli beg ni sebab beg ni ada 3 compartment. So macam-macam boleh letak kat dalam. Nak letak botol susu pun boleh ye..

Tapi rasanya macam not me lah nak pakai beg ni. Ni lah padahnya kalau beli ikut nafsu..So beg ni i gave my mummy je lah..Now i'm eyeing on Longchamp planetes. Tengok si rina pakai Longchamp teruja pulak nak beli..Haishh..Nafsu-nafsu...Kalau ikut hati rasa nak beli beg Gucci, Prada atau Miu Miu pulak, asik Coach je..tapi apakan daya, poket tipis. So bergaya ikut kemampuan je lah bak kata orang, ukur baju badan sendiri. kang kalau pakai yang immitation, takut mawi marah pulak..
Tetiba teringat ayat dia kat TV dengan budak kecik-kecik yang comel cakap cenggini:
"Ori ke? jangan curi yer!"

Selasa, 22 Februari 2011

Aku Menang bid kat ebay!

Sape penah beli barang kat ebay angkat kaki jap!!!alah, ebay yg klu nk beli tu korang kena bid bid, klu menang dptlah beli barang tu dgn harga yg korang bid...tau kan semua? aku suka gak bid bid barang kat ebay, so far byk gak lah brg yg aku beli melalui ebay mcm wristlet, iphone xcessory, coach dan mcm2 lg lah.Even item dr obersee pon aku penah bid kat ebay. So far alhamdulilah sampai dengan jayanya.Baru2 ini aku ada bid satu pouch coach ( ala tempat ltk duit syiling tu), sebenarnya xde niat pon nak beli tp tgk murah betul dia offer starting price pon baru RM70, yelah rata2 kat blog aku tgk paling murah pon depa jual RM120 ada satu blog tu jual sampai RM199 kat butik rega dia dlm 200 lebey kot, pehh such a bargain rite coz she offered for just 70 bucks.So aku pon bid jelah, guna taktik biasa..tggu da nk ending time lg 5 minit tu baru aku bid, and wallaaa!!i won beb!!( cam menang apa je gembira bagai nak rak)..

Nilah item yg aku menang tu..byr hari ni, esok trus dia pos.Such a reliable seller kan? (Nampak tak tu ade 3 org yg bid, aku ni bidder ke 3.)

Then yesteday barang aku sampai dengan selamat ke pangkuan ku ecehh

she wrapped it with a bubble wrapper

dah tak sabar nak tgk isi dalam

Tarra!!!introducing my new coin pouch!!!cun tak?

p/s:Kat ebay ni kalau nak beli kena hati2 ye tuan2 dan puan2 takut ada jugak seller yg penipu..Kang duit da bnk in, barang non ado!!

Rabu, 16 Februari 2011

serius cun, buat aku tergoda!

Tengah cuci2 mata kat coach.com, then nampak satu beg ni cun sey. Aku baru berkira2 dah tak nak beli henbeg Coach lagi, bila tgk beg ni rasa terminat pulak dgn beg ni.Jom cuci mata tgk beg ni jom.

Antara koleksi baru dari range Kristin, New kristin spectator leather Hobo 16803.Beg ni ader dua kaler, satu grey and lagi satu ivory.

rega dia 358 usd, kalau ikut duit malaysia korang kira lah sendiri ye. coz aku malas nk kira math aku failed..hahaha(kasi lempang sedassss)

Aku minat yang kaler ivory ni coz tgk kan minah model ni pakai cam cun jek letak kat shoulder, pastu beg ni multifunction bleh sling sekali.Kira mcm berbaloi lah beli beg yg multifunction ni.
Even hand carry cam tu pon still nampak cun. ok now persoalannya..Sapa yg nak belikan aku beg ni ? sila angkat tangan dan kaki ye!( nanti aku bg alamat umah aku utk korang pos..hahaha)

Related Posts with Thumbnails