Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

Jalan-jalan di Waterfront Kuching

Mesti korang ingat cerita pasal Sarawak tu dah abis kan?Nehii..nehii...belum abis lagi. Ada byk lagi episod.. Sebenarnya malas nak buat cerita pasal Sarawak ni one shot, takut korang bosan pulak nak membacanya. Kali ni aku nak membawa korang ke Waterfront Kuching..(pehh ayat dah mcm program travelogue 3 hari 2 malam kat TV9 tuhhhh). Kalau nak cari souvenirs utk kenkawan, kat deretan kedai souvenirs opposite Kuching Waterfront banyak giler kedainya pastu murah-murah pulak tu. Kat kedai tu, macam-macam ado! ko nak beli gambir Sarawak pun ado! selamba badak je diorg jual kat tepi-tepi kedai, kondom pon ada jual sekali..eh gambir Sarawak tu bukan utk sakit gusi ke? apa point nya jual sekali dengan kondom ye?(buat-buat muka blur kononnya,,ahakksss)..Jom layanzzz tgk gambar..A picture can tell a thousand words giteww..

Kalau korang rasa ada duit terlebih, boleh lah naik Sarawak River cruise ni. Harga ni termasuk refreshment. Bagi aku, tak berbaloi lah nak naik menda ni sampai 60 hengget.Kalau 2 org dan 120 hengget..sebab dok pusing2 kat sungai tu je..

Dapat amik gambar kat depan cruise tu pon jadilah...


Bangunan Astana Dari Seberang WaterFront Kuching

Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak..

Souvenirs time! masa ni, dari satu kedai ke satu kedai kitorg masuk. Kononnya nak cari yg betul-betul murah..Comel kan menda tu..boleh buat hiasan rumah..

Shield ni digunakan oleh org sarawak utk mempertahankan diri kot..Tp sekarang da jadi barang perhiasan..Yang incek Ary pegang ni besor sgt..yg aku pegang tu jugak yg cantik..

Ala-ala cowboy gitu..

Sesuka hati je pegang kepala patung tu..Seram aku tgk patung tu weh!

Tolong!!!Tolong!!Laki aku kena baham dek Buaya Sarawak!ehhh tu buaya ke naga ek? naga ke buaya?hahaha...

Rabu, 25 Mei 2011

Oh Terubuk masin!

Belum habis lagi ye cerita pasal Sarawak. Banyak sgt signature Sarawak ni, Kek lapis lah, Terubuk masinlah, Cultural Village lah, ehh pendek kata macam2lah yg menarik kat Sarawak.Sebab tu entry pon berjela2..So diharap sabar membacanya, coz benda ni penting utk sesiapa yg nak bercuti kat Sarawak boleh jadikan entry aku sebagai rujukan..(eccewaahhh..mcm program 3 hari 2 malam kat TV9 pulak!)


Oleh kerana Sarawak ni popular gak dgn Ikan Terubuk masin, ramailah member yg ngoder suruh belikan ikan terubuk.Tp klu setakat ngoder dgn ayaq liur mmg nan ado lah aku belinya.hahaha..Pagi2 lepas breakfast kat Dormani, we oll pergi Pasar Tamu DBKU. Ramai betul yg meniaga Ikan terubuk masin kat situ. Naik pening kepala dgn bau ikan pastu dgn peniaga2 dok ushar2 suruh beli kat kedai depa..Haishhh..Memang tak tau masa tu nak beli dgn sapa, last2 kitorg pegi kat satu gerai ujung Pasar Tamu tu. Sebabnya makcik tu relax je..Takde paksa2 sgt kita tgk ikan dia.Tu yg tros beli dgn dia yelah, ikan semua sama je.Org mcm aku ni mana lah dpt bezakan ikan fresh ke tak, makcik tu kata fresh aku pon beli je.Lagi pon malas nk ronda2 lagi.

Tgk ikan2 tu Fresh tak? fresh kan? kan? kan?

Yang sekor 18 hengget tu katanya pure ikan terubuk dr sarawak, so aku beli lah yang tu. Dapat lah harga 10 hengget. Murah gak kan? dalam pada aku ni tak pandai tawar menawar pon boleh dapat kurang 8 hengget tau!(ntah2 dgn org Sarawak lg murah kot).

Terror terrar (eh mcm mana nak eja terar ni?) pakcik ni packing ikan!
Siap ada handle lagi ko! Senang nak hand carry masuk flight.


Nampak tak? senangkan nak hand carry coz pakcik tu da buat handle siap2..hihihi


Nama kedai makcik ngan pakcik tu. Oh ya, Makcik Rozie ni pon ada homestay katanya..so sesiapa yg nak booking homestay, boleh lah contact2 dia tp jgn lupa sebut nama aku tau!Manalah tau makcik Rozie ni nak bg komisyen kat akusbb rekemen kat korang..hahaha!
Tak pon korang boleh cek kat Kedaiummie.blogsport.com..Blogsport? eh makcik Rozie ni buat blog sukan jugak ke?Multitasking sey!

Ehem2!nama sapa tu?


Ok ready to go!
Terima kasih pakcik coz sudi bergambar bersama Incek ary..
ok bai!



Isnin, 23 Mei 2011

Showmanship kat Cultural Village memang Terbaik!!

Serius, Best Giler showmanship penari2 kebudayaan Taman Budaya Sarawak ni.Tak sia-sia kitorg bayar RM60 utk entrance fee kat TBS, coz show dia mmg tersangat lah best. Syiokk tgk berbagai kaum dan budaya di Sarawak yg dipersembahkan dalam bentuk tarian .Byk yg kita boleh pelajari tentang adat sesuatu kaum pribumi kat Sarawak ni..Show ni start pukul 11.30 pagi petang plak start pukul 4 petang.

Tarian pembukaan "welcome dance"

Tarian Ngajat Lesung- Kaum Iban
Pahlawan Iban mengangkat lesung seberat 20kg menggunakan gigi (kekuatan luar biasa). Menunjukkan kekuatan dan kepahlawan seorang wira.

20kg tu weh..selamba badak je angkat guna gigi...

Tarian Rejang Baeh - Kaum Bidayuh
Tarian dari suku kaum Bidayuh. Biasanya dipersembahkan selepas musim menuai untuk hiburan.

Tarian Langgi Julang- Kaum Bidayuh
Juga tarian dari suku kaum Bidayuh. Ini adalah tarian ritual yang dipersembahkan semasa acara pemilihan ketua kampung. Selamba badak je dia pijak badan kawan dia.

Da mcm aksi akrobatik pulak aku tengok.Salute lah kat mamat tu boleh imbang badan dia camtu..Kalau aku tu tak sempat sampai atas mesti dah jatuh..

Kagum wehh..dah naik atas buluh pastu siap boleh pusing2 cenggitu!

Tarian Kanjet Ngeleput- Orang Ulu
Kelincahan seorang pahlawan yang memburu mencari mangsa di hutan menggunakan sumpitan.

Da ready nak menyumpit.Mamat yg diri tu lah mamat penan yg we all amik gambar bersama tu..Yang aku ckp hensem tu..really dia sgt cumel dgn aksi dia yg ntah pape tu..

Part ni kelakar, punya lah beria mamat ni nak menyumpit belon alih2 sumpit boleh plak dihalakan kat penonton..Mesti tak senang duduk minah yg kat depan tu.Takut weh, buatnya sumpit tu terkena kat dia tak ke naya ..hahaha..

Tarian Serampang Baru
Tarian ini menggambarkan suasana kegembiraan kaum Melayu di perkampungan semasa menyambut sesuatu perayaan.

Last sekali penonton dipelawa naik untuk menari bersama2.Kitorg mmg dah niat nak naik pentas, tp ramai sgt sedara mara aku yg dr obersee (anak omputih ler tu) naik sampai penuh pentas tu..Last2 kitorg duduk jelah jd penonton.

Sabtu, 21 Mei 2011

Cultural Village Sarawak memang best!

Sambung entry pasal Sarawak lg. Hari kedua kat Sarawak, Pagi2 lagi lepas breakfast, kitorg pergi Taman Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village).Orang kata kalau pergi Sarawak wajib pergi Taman Budaya, yelah kat sanalah kita boleh kenal berbagai kaum yg tinggal di bumi kenyalang ni.Lokasi Taman Budaya Sarawak ni terletak di Pantai Damai Santubong. Kalau drive dr Kuching ke sini dalam 40 minit lah, kalau korang naik kereta sport pastu pecut giler babas dalam 20 minit dah boleh sampai kot.

Di depan pintu masuk Taman Budaya Sarawak(TBS)

Rules and regulation sepanjang berada di dalam TBS ni. Amik gambar gitu2 takpe..klu amik gambar utk tujuan pengiklanan tak boleh ye tuan2 dan puan2...

Entrance Fee dia RM60 utk dewasa, RM30 utk kanak2 berumur 6-12 tahun..yg bawah 6 tahun tu free jer masuk..Mahal? memang lah mahal tp aku rasa berbaloi lah sebab mcm2 ada dalam tu.Sempat gak lah tgk cultural show.Morning show start pukul ~ 11:30pg and afternoon show start pukul ~ 4:00 ptg.

Passport utk masuk ke TBS, setiap checkpoint tu kena stamping..klu tak stamping pon xpe bukan ada imigresen nak tahan korang pon.

Penanda arah ni buat aku pening, siyes tak tahu nak start dari mana.Nasib baiklah ada passport tu.Ikut jelah map kat passport tu.

Best giler naik jambatan buluh nak ke rumah panjang Bidayuh.Maklumlah first time naik jambatan cenggitu..Haruslah jakun sikit..

Rumah org Ulu ni bukan main tggi, gayat naik tangga dia beb!

Ehem..ehemm...i duduk sebelah abg sexxayyyyy....

Yang ni tak igt pulak aku rumah apa..

Suasana dalam rumah yg atas td tu, diorg kata tengkorak tu tengkorak hang eh silap..tengkorak betul..eee seram tu.Ntah kepala sapa lah yg depa penggal letak kat situ...

Cer tengok..cer tengok..Pakcik tu pahat kat bahagian mana?hahahaha.

Ni pon aku tak tau rumah apa.Ada byk sgt gambar,So sikit2 jer aku upload kat blog yg lain aku upload kat fb jer.

Incek Ary bergambar bersama org Penan.Sape kata org penan tak hensem?sape kata? Ni buktinya yg org penan tu hensem dan sexyyy..oh tergoda....*pengsan*

Yang ni rumah terakhir sekali kat TBS tu, Rumah cina..Semput gak melawat rumah2 kat TBS ni..Yelah dr Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Org Ulu, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah melayu and Last sekali Rumah Cina..semput weh berjalan satu TBS tu.Meleleh2 gak lah air liur peluh.

Yayyyy!!!da abis Ronda! Apasal mcm tak naik je aku lompat? Dah berat ke badan ni?huhuhu..


Khamis, 19 Mei 2011

Kek Lapis Sarawak yg Yummeehhh

kalau berkunjung ke Sarawak ni, tak sah kalau tak beli kek Lapis dia..Yelah kek Lapis sarawak ni kan one of their signature delicacy for religious or cultural celebrations Contoh mcm hari Raya puasa, Christmas, Deepavali, open house, birthdays, and weddings. So memang klu pergi Sarawak wajib ye tuan puan borong kek lapis sarawak ni buat buah dada ehh silap, buah tangan utk kenkawan kat semenanjung nun. So Din pon bawak ler kitorg pergi kat rumah pengusaha kek lapis sarawak yang popular dikalangan org2 kenamaan dan artis2 Malaysia.Ramai tu artis beli kek kat tempat dia ni patut lah keta mahal menjalar depan rumah dia.Kaya giler kak Dayang ni jual kek lapis..pehh

Dah sampai da kat rumah kak Dayang Salha..Ala kan aku ada citer before this yg aku pegi rumah kak dayang salha..Hah ni lah rumah dia..

kek lapis Dayang Salhah ni terletak kat Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching).Kalau nak naik sampan tu bayar 50 sen jer nak ke seberang. Tp kitorg prefer naik kereta, jauh pon jauh lah janji selamat.

Punyalah ramai org kat depan rumah dia semuanya pelancong mcm kitorg gak lah..

Yang ni borang utk korang2 yg nak order, so bila nk balik nt baru dia hantar kat mana korang menginap.Kalau nak hantar kat airport pon boleh tp charge mahal sikit lah..

Kitorg siap masuk ke dapur nak tgk cara2 diorg buat kek lapis.Macam best pulak tgk cara2 membuat kek lapis, rasa mcm nak tolong je.

Kek yang belum siap dibakar

Incek Ary dah siap sedia pegang wallet nak byr.Takut ler tu aku beli byk2 siap buat muka cenggitu.

Ni namanya Tester ye, best giler beb tester siap potong besar2.Dah rasa macam jamuan hari raya je..Pendek kata, rasa tester dia 4-5 ketul tu boleh kenyang lah.

Ehem..ehem...Nama ko Ada? Takde kan? hahaha..Hidung aku time ni kembang2 tgk nama ku terpateri sebagai nama kek..Siap panggil Incek Ary "Bang2 tgk ni, kek ni siap letak nama i tau!bangga tak bangga lah kan.."Kuat lak aku ckp time tu..confirm2 lah org semua tau nama aku masa tu..haihh aku pedulik apa..Bangga beb..(sambil idung kembang kuncup)
See kek tu, nampak sedap kan?kek ni perisa buah asam manis campur Cadbury campur Pandan..Siyes mmg sedap sesgt!

Tarraa!!inilah hasilnya selama 2 hari berturut2 pegi kat sana.Byk gak kitorg borong.

Pemandangan dari seberang Sungai Sarawak..Bangunan tu rasanya Holiday inn kot..Correct me if i'm wrong ye wahai warga Kuching..(@_@) kak Bui Idzra Rin bg tau, yg bangunan tu namanya Riverbank suite ye bukan holiday inn. Thanks ye kak bgtau saya yg tak tau ni..hihihi..

Termenung memikirkan duit yg banyak habis..hahaha
Related Posts with Thumbnails