Memaparkan catatan dengan label Milkadeal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Milkadeal. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2011

Milkadeal redeem @ Artisan Buckets Ice Cream


Hallo!hallo! Enibadi home..eceh..malas betul nak hapdet skrg. Lately ni memang malas bebenor aku nak tulis kat blog. Tak tau lah kenapa. Alah kalau aku tulis ke , tak tulis ke, bukannya ramai orang nak baca ye tak? Ada ke orang nak stalk blog aku ni? Takde kan? hikhikhik... Ok cut off that crap, where was i actually? oh ye, actually aku nak cerita pasal redeem baucer Milkadeal kat Bucket Artisan. Aku kan suka sangat beli baucer kat Milkadeal ni, coz mostly promotion tu kat area-area KL je kan. Rasa mcm rugi je kalau tak beli. So kali ni aku redeem lah baucer Milkadeal kat Bucket Artisan Ice cream @ Sooka sentral. Sapa tak tau apa itu Artisan ice cream angkat tangan! Hah, kalau tak tau Artisan ice cream tu apa sila cari kat pakcik gugel..
What is Artisan ice cream?

Quite simply, artisan ice cream is ice cream made by an artisan which the dictionary definition of artisan being a ‘skilled craftsperson’. Delving a bit deeper in to the dictionary tells us that a crafts-person is some one who makes things skilfully by hand.

Although now-a-days, ice cream makers do not plunge their hands in to a bowl to make their ice cream, the artisan makers certainly do take a very ‘hands on’ approach using all the skills that many have learnt from many, many years making ice cream with recipes and techniques often handed down from one generation to the next.
Paham tak? Gigih aku mengugel makna artisan ice cream tu..kalau tak paham korang pegi cari kamus besta. Gerenti boleh paham..

Expiry date 20 Jun tapi aku redeem 24 Jun. Camne depa boleh bagi aku redeem lepas expiry date? Mesti korang hairan kan? sebabnya aku guna kuasa magika. hahaha, dengan sekali kerdipan mata je depa bagi aku redeem walaupun baucer tu dah expired..Percaya tak? percaya tak? Sebenarnya citer dia mcm ni, aku dah datang Sooka Sentral pada 17 Jun, kenkonon nak amik eskrem. Sekali bila sampai kat booth dia, staff dia bagi tahu yang hari tu tak boleh redeem sebab Tub yang 400ml tu dah habis. Punyalah aku frust menonggeng tak dapat nak makan eskrem hari tu. Dah lah aku pegi hari jumaat, redah jem, redah tol, bayar parking kat sooka sentral tu, alih-alih sampai sana tak dapat nak makan eskrem. Haruslah aku nangis sambil hentak-hentak kaki kat situ..(yg ni tipu). Masa minah tu cakap tak boleh redeem, aku kata oklah tapi isnin aku takut tak sempat nak redeem sebab maybe isnin tu aku busy.Dia cakap takpelah, eventho dah expired aku still boleh redeem. So its yay for me!. Tapi dalam pada aku rasa tak kisah tu, aku luahkanlah ketidak puasan hati aku tu kat Incek Ary.(yelah nak ngadu dengan sapa lagi kan kalau tak dengan laki). Then Incek Ary bagitau aku dia post komen kat wall Buckets Artisan ice cream .Masa tu ingatkan staff dia mesti buat sambil lewa je apa yang ditulis Incek Ary, tapi ternyata aku silap rupanya diorg take it seriously. Bagus dan cekap management diorang handle komplen-komplen dari customer.Thumbs up to Bucket Artisan ice cream!

*klik gambar untuk tumbesaran*

Lepas baca komen balas dr pihak Buckets Artisan, Incek Ary pun hantar email kat Bucket Artisan. (dah pihak dia suruh hantar email, Incek Ary pun hantar jelah.) Sebenarnya niat Incek Ary cuma nak bgtahu betapa frustnya aku tak dapat makan eskrem hari tu, bukan niat nak komplen pun. Tapi dah pihak Bucket Artisan ni balas komen tu, so Incek Ary forward lah email kat diorang. Then diorang balas email Incek Ary dalam masa tak sampai berapa saat. Cehh, takde maknanya berapa saat. Dalam beberapa minit je. Seriously sangat eficient kerja diorang.I loike! walaupun cuma masalah kecil, diorang anggap macam kes ni sesuatu yang besar. Siap bagi kitorang ice cream yang 650ml instead of 400ml lagi ko sebagai tanda maaf. Yang best tu siap bagi free delivery!

*Klik gambar untuk tumbesaran*

Tapi kitorang pilih nak ambik sendiri eskrem tu, sebab boleh test semua eskrem yang ada. Kalau delivery tak dapek lah nak rasa eskrem-eskrem tu.

Kat Sooka Sentral ni, kedai Bucket artisan ni kecik je. Masa mula-mula datang tu aku bajet mesti ala-ala baskin robin kot kedai dia. Sekali tengok rupanya booth je. Tapi oklah, ramai jugak customer dia.size doesn't matter bak kata orang putih..

Yang ni lah tub 400ml yang katanya da out of stock tu. nasib baiklah ko out of stock masa aku datang hari tu. Dapatlah aku eskrem yang besor sikit..hahaha..dasar Kiasu!

Amoi ni tengah masukkan eskrem Mixed nut dalam bekas 650ml.

yayyy i got big buckets!

Sedap sangat Artisan ice cream ni.Tak lemak sangat. Yang penting Low fat, Low calorie, Low cholestrol katanya!Yummehhhh...

Ahad, 22 Mei 2011

Milkadeal redeem @ Dish deli

Setelah lama baucer Milkadeal ni terperuk kat dalam purse, hari ni baru teringat nak redeem kat Dishdeli. Nasib baik teringat hari ni, coz expiry date akhir bulan Mei. Kalau tak redeem, burn gitu jelah baucer aku. So lunch hari ni aku dan Incek Ary makan kat Dish Deli ni, siap booking bagai, takut takde tempat coz Dish Deli ni selalu buat private function such as birthday party, farewell party tu semua. So kitorg book lah dr pagi, sekali sampai2 je kat sana kitorg je yg ada. Takde customer lain.Ceh, membazir bil telepon je pegi call booking segala..Tp lepas kitorg duduk je, ada lah ramai gak yg dtg, kira nasib lah kitorg dtg awal boleh pilih nak duduk kat mana.Even nak duduk kat dapur pon boleh..(ok yg tu aku melawak je, jgn korang tetiba dtg Dish Deli meroyan nak duduk dapur plak ye)


The printed voucher for Dish Deli RM18 instead of RM40 for main dish+Beverages+Deserts= Good Bargain huh?

The interior of the place is cool and cosy.Its also a perfect place if you intend to relax or just having an important business chat with your client or even friend. And for the comfort and convenience of customer while waiting for their food to get serve, you'll also find WiFi on-site!(pehhhh da mcm review restoran utk Majalah omputih plak)

My Ice lemon tea and Incek Ary's Apple Juice!

Can't wait to eat!Lapar beb!(i really think i should go on a diet.Coz i look chubby in this picture compared to my watermarks picture..sob sob sob)


Incek Ary punyer, Spaghetti beef Bolognese..Sedap spagheti ni..Thumbs up!

My luchie's coming!!Roast Chicken~roasted chicken served with roast potatoes, steamed carrots and gravy.loike the gravy so much..Wondering what gravy is that?hmmmm...

Menda ni nama nya Peach and Almond Crumble.
A sweet peach pudding with a crunchy almond topping..Yummehhhhhh..

Incek Ary's dessert, Chocolate mousse topped with ice cream vanilla.Sedap tp sgt kecik doh rasa tak puas mkn!

Their specialty i guess..Fresh Red velvet Cupcakes!

Looks Tempting kan?kan?kan?..ya it taste good too...u guys should try it!


P/s: Cafe ni dijamin Halal ye!Owner dia namanya Heidi Shamsuddin.In case sesiapa yg ragu2 atas kehalalan toyyiba kedai ni boleh berhubung terus dgn owner tu kat Sini ye..

Alamat Dish Deli
13 Jalan Solaris 3,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia ·


Selasa, 3 Mei 2011

Milkadeal redeem @ Breadbasket

Sabtu lepas, aku dan Incek Ary pergi redeem baucer Milkadeal kat Breadbasket untuk minum petang.Breadbasket ni terletak kat The Sphere Bangsar.Masa kitorang sampai tu, tak ramai sgt customer yang ada.Tp, once kitorang da duduk je, ramai pulak yg dtg dengan bwk baucer milkadeal tu. Da lepas sign bagai semua tu kitorg pun pilih lah 2 sandwiches, 2 savoury dan 2 pastry dan 2 hot drinks.
Breadbasket baucer yg dah print ni kena bagi kat cashier.Aku tgk ramai yg print size A4, aku print kecik gini je..senang nak letak dalam wristlet..


Dekorasi kat luar kedai nampak selesa dan nyaman


Yang ni kat dalam kedai


Antara pastry dan savoury yg ada..banyak jugak pilihan yg ada, sampai tak tau nak pilih yg mana satu.Semuanya nampak sedap..yummy..

Last2 aku pilih chicken sandwich, ham sandwich, sardin pastry, chicken curry pastry, hazelnut coklat dan mango savoury.Giler banyak tu, aku igt sandwich tu satu je rupanya 2 ketul ut satu sandwiches maknanya kitorg dapat 4 sandwiches.serius berbaloi dengan harga RM15.90.

Hot Drinks pula we all pilih german Coffee dan Milo.German coffee tu sgt sedap.Dan girl yang layan kitorg tu sgt peramah asik senyum je..



Jemput mkn semua!Serius rasa menyesal pula beli satu baucer je..Adess..next time kalau ada deal murah mcm ni kat milkadeal boleh beli byk2 sikit..hihihi


Alamat & No telefon Breadbasket:
Bread Basket @ The Sphere, Bangsar South
Unit G11, Ground Floor
No.1, Avenue 1 Bangsar South
No.8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2241 3800
Business hour: 8:00am-10:00pm (closed on Sunday)


Ahad, 27 Mac 2011

First time beli baucer milkadeal!

First time beb aku beli baucer kat Milk a deal ni.Selalunya bila tengok iklan Milk a Deal, rasa macam teruja je nak beli baucer dia, lebih2 lagi kalau baucer2 makanan coz murah giler dan kebanyakkannya area2 KL je..Tapi tak pernah pulak aku klik BUY coz rasa macam was2 je nk beli online guna kredit kad selain dari guna paypal. Sekali bila aku tgk kat FB Milk a Deal, rupanya baucer tu boleh beli melalui online banking jugak..(sungguh ketinggalan betul aku ni)..So aku pon apa lagi cuba lah terai test beli baucer makanan kat Dish Deli Mont Kiara.Rasa2 mcm murah, dgn environment dia yg nampak kellass, dapat mkn, minum and desert for rm18 sajork..Murah tu beb!

Mont Kiara ni x jauh gak dari rumah aku, tu yg saje test beli baucer Dish Deli ni..

Aku beli 2 baucer and minus rm5 dari Milkadeal credit aku..This is my first time beli baucer tu..so agak2 jakun di situ..


Aku guna Maybank2u coz Maybank2u ni biasa aku guna untuk online shopping dan bayar bil2 tertunggak.


Total amount yg aku kena bayar RM31 sebab dah tolak 5 hengget dari kedit aku yg ada.


Okay, transaction successful!Tgk baki aku tggal 00.0001 je?:pandaGeli_17:

Dah settle semua, pastu pg lah cari baucer tu kat MY stuff then Print baucer tu bwk pg Dish Deli..Tak sabar ni nak tggu 1 April nak makan kat sana..weee:pandaGeli_27:


Related Posts with Thumbnails