Memaparkan catatan dengan label Guess. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guess. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2011

Mega Sale carnival is back!


Woohooo..Mega Karnival Sale da start..Nilah masa nak perabiskan duit yang ada.Mostly banyak butik, superman supermarket, kedai runcit mak temah, kedai kasut, kedai baju, kedai underwear dan semua kedai-kedai yang ada kat Malaysia ni buat sale up to 70%.Peh memang menggila kalau pegi shopping komplex time macam ni.Memang rabak duit weh. Bagi kaki shopping macam aku ni, masa ni sepatutnya aku kena perintah berkurung, kalau tak mesti abis duit aku. Yelah gaji kecik nafsu besor hehehe. Semua benda nak dibeli, pantang nampak sale terus nak beli. Tapi hari sabtu 2hb lepas, aku telah berjaya meloloskan diri dari perintah berkurung hahaha..So memang gile lah aku membeli belah hari tu macam-macam dibeli.Bila dah sampai rumah duduk termenung pikir nak kena puasa sebulan sebab duit dah abis...huargghhh..Mak! nak pinjam dueettt (sambil buat muka comel ala-ala Puss dalam cerita Shrek). Agak-agak mesti mak aku bagi pelempang kot instead dari bagi pinjam duit.Jom tengok hasil nafsu besor aku tu.Diingatkan, ni bukan entry menunjuk-nunjuk ye.For those yang selalu baca blog aku mesti tau aku selalu review kedai-kedai yang sale giler babs..(nak kena warning dulu, kang ada pulak stalker yang mengata..ecehhh)

Malaysia Mega sale karnival start Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2011

Tadaaa!hasil penyopingan aku sepanjang minggu lepas.Nanti aku cerita lebih lanjut.Ada beli kat Guess, Timberland, Esprit, Face font, Suki shopmeholic, Stage dan Isetan.

Sunglasses Armani Exchange ni untuk Incik Ary, kitorang beli kat Face font, sale 50% beb. Yang CK tu aku beli online kat Suki shopmeholic murah giler barang dia jual. Yang penting original, authentic dan cepat shipping dia.Cuma yang tak bestnya dia ni lambat sgt nak reply mesej. Tp so far dalam banyak-banyak online shopping yang jual branded stuff from oversea, Suki ni paling murah and worth it. Kalau korang suka beg Fossil ke, CK ke, Coach ke, Ettiene Aigner ke, DKNY yang ori tapi murah boleh lah ushar blog dia ye.

Ni pulak hasil rembatan dari Guess, masa ni sale baru start. kalau guna HSBC kad atau korang ada membership kat Guess ni, Beli lebih RM 1000 dapat extra lagi 20% bagi barang yang dah sale 50% ke bawah.Yang 70% tak dapat extra 20% ye. Dan bagi belian kurang RM1000 dapat extra 10%. Masa tu aku dengan Rina, ( sapa lagi kan partner in crime aku kalau bershopping) tak bajet lah nak beli sampai seribu. Alih-alih ada mamat ni ajak combine resit sebab dia ada membership Guess so that we can get that extra 20%, kitorg pun apa lagi terus cakap ok padahal tak pernah kenal pon sebelum ni. Kalau shopaholic tu, sapa-sapa pun boleh jadi kawan kan janji ada kepentingan..Boleh gitu? Yang kemeja hijau dan merah tu harga betul RM329 satu, minus 50% then minus lagi 20% dapatlah harga dalam seratus lebih tu yang aku beli sampai 2 lain-lain kaler kononnya..Padahal tu semua nafsu..Yang T shirt tu RM149 pun sale 50%. Beg-beg guess pun banyak yg sale sampai 50%, jam Guess pun ada yg sale up to 50% tau! Psstt, Korang ingat tak cerita aku gaduh dengan Cashier Jusco Midvalley hari tu? U oll nak tahu, mamat yang maki aku tu kerja kat Butik Guess Midvalley pulak. Rasanya dia pun kenal aku, dok ushar aku dengan Rina je. Tapi macam dah insaf kot, coz masa kitorang tunggu cashier tu dia siap cakap dengan nada yang slow "Tunggu kejap ye kak".Haihh pandai berbudi bahasa rupanya budak ni..Hahaha..Tapi pada aku, past is past..Lantak dia lah.kalau dia buat lagi kat aku macam dulu, memang kena lah dia dengan aku.

Jewellery set box ni dulu RM199 tapi sekarang RM49 je.Berbaloi-baloi tu..

3 in 1, sebab tu aku beli. Yang besar boleh letak gelang, yg sederhana kecik tu letak rantai and earring, yang paling kecik tu boleh letak cincin.

Earring Guess ni pun sale 50%. Murah...

Esprit ni beli 3 pasang dapat less lg 15% including baju yg dah di less 50% pun boleh dapat kurang dengan syarat beli 3 pasang ke atas. Then kalau ada membership Esprit dapat lagi less 10%.Murah kan? yang Blue black tu new arrival,dari harga RM169 dapat less 15% + 10% je total dapat ler rega RM129.29. yang Hitam tu lagi murah, dari RM129.90 dapat kurang jadi
RM30++ jer.

Aritu aku ada buat entry pasal kosmetik stage, dulu dia buat sale 1 barang RM12 untuk Lipstik, eyeshadow segala tu kan..Dan RM8 untuk eyeliner, lipliner. Sekarang da lagi kurang, yang lipstik, eyeshadow and segala mak nenek yang dulu RM12 sekarang dah jadi 2 RM20, yang harga RM8 pulak dah jadi 2 RM12. Murah kan?Sale tu sampai 31 Ogos ni dan selagi stok masih ada coz diorg nak tukar packaging baru katanya.

Tshirt Timberland untuk Incek Ary ni ada less 30%.Timberland buat clearance. Tp paling murah pun 30% je..

Lastly sandal for Incek Ary from Hush Puppies got less 20% sajork. harus beli barang dia kalau tak dia tak approve aku beli barang aku..hahaha..Total damage for all this is RM????.Now aku tengah termenung sambil makan biskut kering..kalau aku tau better aku duduk rumah je aritu..chait...

Isnin, 30 Mei 2011

Mad about shoes!

Oh, No!Diam tak diam esok dah isnin. Bosannya..boleh tak kita skip hari isnin coz I hate Moday..huarghhh..How i wish could be a housewife so i boleh bermalas-malasan di rumah pada hari isnin.. hahaha (on my dream!)..So how ur's weekend?Hopefully u oll have a happy weekend same like me ye!Berbalik kepada tajuk, sure korang tau kan Parkson ada buat Shoes Sale giler-giler babsss punya kan..dah nama sale pon Mad about shoes..Haruslah aku pon sama-sama Mad jugak! So we head to Parksons KLCC today, teruja tengok kasut byk2 ni weh..Macam2 brand ade such as Guess, Fiorucci, Jane Holli, Zang Toi dan byk lagi up to 50% sale weh!*pengsan*..

Sale started from 20 to 30 May 2011 ye!

My loving hubby aka my driver yg dengan baik hatinya meng-offer diri nak drive pegi KLCC..weee..sayang u sgt2!..(Ewah, klu bwk pegi shopping dan dan lah ko nak syg2 bagai kat laki ko ye!kalau tak, nan adonya aku nak ckp syg..hahaha..Boleh gitu?) Sebenarnya Incek Ary baik ni coz ada makna, sbb aku merajuk dgn dia last nite. So hr ni nak pujuk lah kiranya sanggup bwk pg KLCC .

Sampai-sampai je, op koz lah aku teros masuk Parkson pegi kat Guess punya department.

Hah tu, korang nampak tak sale 40% tu?Niat aku mmg nak beli sandal Guess, tu yg terus menonong je pg Guess department.

Ni sandal aku yg dolu, masa beli dulu sale 20% jer.Sekarang da jd 40%.Hangin gak aku..beza 50 hengget tu beb!Best giler pakai sandal ni, sebab tak melecet, tak sakit kaki even kalau ko pegi tawaf satu KLCC pon tak rasa lenguh. So aku nak carilah sepasang sandal yg cenggini.Senang aku nak pakai time jalan-jalan.

Ni kasut pertama yg aku terai.Eh sama eh mcm sandal yg kat atas tuh?kaler je lain..

Kasut ini sangat tinggi, sesuai dgn aku yg kemetot ni. Tapi masalahnya pakai tak selesa..Buat sakit kaki je.

Kasut ni sgt selesa...Tapi mcm tak cun pulak..too simple..

Comel kan? siap ada lep lep lagi..Punyalah banyak kasut yang aku terai..Naik poning kepala nak pilih kasut mana yang berkenan di hati..Last-last aku pilih kasut yg ni..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hahaha..Sama kan dgn yg dulu?Walaupon sama dengan yg dulu( tapi beza kaler beb!) .Dah yang ni jugak aku berkenan..yang ni ler yang aku beli..Ok lah tu..Rega dari RM269 dapat RM161.40. Murah kan?Murah seratus tu..jarang nak dpt kasut Guess sale sampai 40%, beg Guess byklah yg sale sampai 50% pon ada!Tp aku tak minat beg dia sbb berat, mostly beg dia byk besi..Sakit bahu aku pakai beg Guess ni.

Oh terlupa sebelum sampai KLCC, aku ajak my Lovely sweet driver..(sweet lah konon) pegi Esprit warehouse Sale kat Queenspark Cheras. Dah lah tak penah pegi Queenspark, sampai sesat-sesat nak sampai kat sana. Tanya dgn pakcik teksi jalan Shelley kat mana, dia pi tunjuk jalan Shamelin..Tp semangat kesukanan dia nak menolong tu mmg aku tabik spring.Sanggup lintas jalan time kitorg nak gerak semata-mata nak bgtau jalan kat Shamelin tu selalu jem..hihihi..Nasib baiklah maps kat blackberry boleh membantu akhirnya sampai jugaklah kitorg kat Queenspark.Punyalah ramai org kat sana.Tp baju-baju dia takde yang aku berkenan coz yg ni outlet sale, so byk baju yg lama-lama. Lagi pon size XS tak byk..Bila aku berkenan, saiz pulak takde! Walaupon harga da memang turun Esprit siap bagi lg diskaun 25%, bagi korang yang ada HSBC kredit kad boleh dapat additional 10% lagi tau.

Sebab da jalan jauh-jauh sampai sesat bagai, aku beli jugaklah beg ni. Dari harga RM99 turun sampai RM37.43.Sebenarnya takde apa pon yg nak beli, tp sebab Incek Ary ckp da dtg jauh-jauh takkan takde apa pon yg nak beli..Aku sambar jugaklah beg kanvas ni, dapat jugak buat shopping bag..

Related Posts with Thumbnails