
Kali ni aku nak up entry Emo, sebenarnya kes ni dah lama. Tapi memandangkan sebelum ni member aku tu sekerja dgn 2 Makhluk Tuhan Paling seksi ni. So aku malas lah nak keruhkan keadaan pada masa tu. Kang tak pasal-pasal my friend tu jadi mangsa kutukan pulak. So lepas dia berhenti berapa bulan lepas, baru sekarang aku ada masa nak up entry ni.
So here's how the story goes.
Bermula dari member aku ni upload gambar makan-makan dengan rakan sejawat dia,
then one of her friend, which is my friend too, komen ler kat salah satu gambar yang ada wife dia dalam tu.. Lebih kurang cenggini lah gambar tu.

*Gambar sekadar hiasan*
ayat dia tulis..
"Lawo2"
So aku ni saje lah tanya dengan maksud bergurau, coz dah biasa gurau-gurau dengan mamat tu, tak sangka lah ayat tu membawa kepada satu perbalahan yang besar sampai makan kat rumah dia time raya pun boleh jadi tak halal. Hahahaha..childish sungguh kan perempuan itu?
Aku balas komen tu mcm ni..
"Yang mana satu Lawa? Tak nampak pun....hahaha"
My intention komen cenggitu takde pun menjurus kepada nak mengutuk orang dalam gambar tu tak lawa. Yelah da mamat tu kata lawo, nak tau lah jugak which one yang dia kata lawa. Dah namanya pun gurau..Hell yeah, di situlah bermula segalanya..

Then tetiba, ada pula yang sentap dengan komen aku tu, tanya aku tu lawa ke? well, firstly aku tak mention pun aku ni lawa, secondly aku awal-awal da say sorry kalau komen aku tu ada yang terasa.(siap letak smiley lagi tu)

Jembalang tanah ke yg bagitau dia?hahahaha... 'Lame excuse' lah beb..
Mula-mula tak mengaku dia kata pasal satay tu dia haramkan. Alih-alih keluar pulak komen makan benda haram bahaya..Hihihihi...Kantoi sudah...
Then, dari koman komen aku tanya yang mana satu lawa sampai lah dia boleh tulis ayat Incek Ary ni malang dapat aku sebagai bini..Hahahahaha..Joke of the day lah..Sapa yang malang ni beb? ko nak aku tunjuk printscreen skype aku dgn laki ko ke?Kang ko yang meroyan..Opppsss..
Stupid? Mesti ko pandai kan sampai dapat Masterji eh silap Master, sebab tu suka-suka ko cakap orang stupid. Tang mana stupidnya aku? Tapi aku heran kenapa kerja kat tempat macam tu je kalau pandai? kenapa tak jadi Lawyer? Orang yg pandai putar belit fakta. Sangat layak kalau jadi lawyer.(-.-)

So end up, Incek Ary bayar ler RM50 untuk satay yang 5 cucuk we oll makan tu kat account dia..Giler weh, makanan tak halal bahaya tu . Boleh jadi darah daging.
Incek Ary ni bukan jenis suka masuk campur hal perempuan, tp sebab makcik ni dok galak cakap laki aku ni tak pandai ajar bini, siap tanya sapalah yang malang jadikan aku ni bini. Tu yang Incek Ary bersuara, da orang tanya sapa laki aku, takkanlah pakcik penjual sayur depan rumah pulak nak tampil. Mestilah Incek Ary yang tampil ye tak?Kelakar sungguh, bila suara-suara nakal makcik berkata "Laki bini sama je perangai"..hahahaha.. Laki aku keluar sebab ko tanya siapa laki aku dan sebab ko dok pung pang pasal satay haram tu. Ko ingat dia nak layan ke benda remeh cenggini? sebab ko komen pasal haram tu lah yang buat dia muncul. Dok seru-seru siapa laki aku yang malang tu kan. Bila Incek Ary bersuara, ko semua diam. Siap block-block segala. Tapi kitorang peduli apa kalau makcik nak block pun..Takde kepentingan bagi kami.
Next time kalau rasa tak boleh terima komen di FB, SILA DELETE FB ANDA YE! Mungkin selama ni ramai yang puji makcik lawa, sebab tu makcik tak boleh terima hakikat bila orang tanya yang mana satu lawa..ye tak?Tu baru komen "yang mana satu lawa", kalau ada orang lain komen "Tak cantiknya kamu ni" mesti lagi teruk kan kena kutuk dengan makcik kan..hikhikhik...
p/s: Makcik , takde maknanya saya ni nak jeles dengan kehidupan makcik yg biasa-biasa itu. Dan ntah bila masa lah saya meroyan dengan makcik. Makcik yang meroyan dengan saya.Kalau saya kacau makcik, saya dah dok mesej2 makcik. Ni tidak, saya releks je. Makcik yang lebih-lebih mengata saya. Kesian sangat kat makcik.Ada masalah Psychology yer? Saya dah minta maaf sebelum ni atas komen saya, tapi makcik tak terima siap kata saya tutt lah, titt lah, tott lah..Ntah apa-apalah makcik ni.Dan sebelum nak kata orang stupid ke, bodoh ke, pandang kiri kanan dulu. Cermin diri sendiri baru nak berkata orang lain STUPID ye.Adios!
