Memaparkan catatan dengan label cupcake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cupcake. Papar semua catatan

Selasa, 19 Julai 2011

Order from Hubby's friend..Ehemmmm

Ehemmm, wah tajuk diatas tu macam blog jualan kek, biskut dan sebagainya gitu. Siap ada orang order.( Motif tajuk cenggitu? nak berlagak ler tu.hahaha..) Kan, hari tu aku ada tunjuk gambar cuppies fondant yang aku belajar buat kan. Tak sangka pulak member Incek Ary nak order cuppies hantaran dari aku. yelah aku ni bukan jual cuppies pun, sekadar suka-suka isi masa lapang je buat benda tu. So far takde niat nak menjual, coz i know, i'm not that expert. Kang kalau aku jual benda yang not up to customer expectation naya je membazir duit je org beli. yelah aku ni, kadang-kadang buat benda tu nampak cantik, kejap nampak buruk. So better i brush up my skill dulu baru lah pikir nak jual. tak gitu? Buat cuppies ni pun perlukan kesabaran yang sangat tinggi, kalau tak sabar memang aku tinggal je benda tu atas meja. Nak buat love tu susah woo..Korang ingat senang ke? ce cuba buat tengok senang tak senang. Dah lah fondant ni jenis manja..kalau cuaca panas kang jadi lembik pulak.pastu kalau tangan jenis panas mau lekit-lekit fondant tu kat tangan. Nasib baik tangan aku ni jenis sejuk.senang sikit nak uli cik pondan tu. Jadi ni lah hasilnya cuppies aku tu. Takde idea nak buat deko apa. Takpe lah orang baru belajar. Lagi pun, sapa suruh order last minit. Sakit mata aku tahan mengantuk tau gara-gara mengadap menda ni.
Cun tak? Simple je kan? Tak tau nak deko apa. Masa ni idea takde..Main bantai je.

Selasa, 12 Julai 2011

First time buat kapkek.


This is first time aku belajar buat kapkek figurine Pondan fondant. Sebenarnya takde plan pun nak amik kelas kapkek ni. Tapi one of my colleague ajak temankan dia aku pun ok je. Tak salah kan kalau kita nak pelajari sesuatu yang baru. And ternyata i love doing it so much! Bila tengok hasil yang kita buat tu menjadi, terasa satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam seksaited gitu..eh silap..rasa eksaited gitu! hidung pon kembang kuncup je tengok hasilnya. Bagi sesiapa area Bangi atau kajang yang nak belajar buat kapkek ni boleh lah pegi kat blog Gula dan mentega. kalau nak order kek pun boleh, nama owner blog tu Ita, her cakes and cuppies semua cantik-cantik and sedap belaka tau!(Ehem kak ita, nak komisyen ye..dah promote ni..ewahhh)

Buttercream untuk cover kapkek

Meja kerja kitorang..banyak giler tools untuk deko fondant ni.

Fondant alphabets.

Cuppies yang dah diletak 'simen'.
Siap akhirnya! ada lebah, ada ladybird, ada siput baby, dan ada Love.Ada ke Incik Ary kata Love aku tu mcm shape montot.Cis dale sunggu..Mulut kamu takde insurans ye bang!
My sweet roses, me, and Incik Ary figures and lil mushroom. Cute aite!


Tadaa! Cun tak cuppies aku? Minggu ni kawan Incek Ary kawen, dah siap order cuppies figurine untuk hantaran dia.Adoi ntah boleh ke tak aku sahut cabaran ni..

Related Posts with Thumbnails