Sabtu, 30 Julai 2011

Mari belajar membuat Apam Polkadot bersama Chef Ary

First time buat apam polkadot terus dah ada orang order. Rezeki kan tak boleh ditolak so aku terima nikahnya eh silap, aku terima lah order tu. Oleh sebab kekangan masa, so Incek Ary dengan sukarela membantu menjadi chef untuk hari tu. cepatlah sikit kerja kalau ada orang tolong ye tak?

Mula-mula kita tengok resepi dulu. Aku tak pandai sangat masak, ni pun belajar dari Myresepi.com. Myresepi banyak mengajar aku menjadi chef masakan terhebat untuk suami aku.*Perasan*.Ok enuff said, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya adalah:

3 biji telur (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling coklat, Nutella, oren atau apa2 ikut citarasa
pewarna dari jenis gel atau cecair.

Cara-caranya ialah:

1. Masukkan gula, ovalete dan telur ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan putih.(dalam anggaran 4 minit)
2. Selepas itu masukkan tepung dan baking powder yang diayak sekali ke dalam mixer berselang seli dengan susu sampai sebati.(dalam anggaran 3 minit)
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
# tips utk mendapatkan permukaan apam yg rata dan cantik.. sebelum masukkan dlm piping bag.. kacau adunan sehingga kelihatan berkilat dan licin.. Insyaallah xdelah berlubang2 apam tu yer..
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
6. Letakkan filling secukupnya kemudian picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan.
8.Kemudian kukus selama 10-15minit


Incek Ary tengah khusyuk 'mengedot'.

Bancuhan apam yang sudah di dotkan. Begini lah hasil sebelum di kukus.

Dah siap sedia nak masuk dalam pengukus.

Tutup pengukus tu korang balut dengan kain ye, supaya air wap tak jatuh kat atas apam.

Tarra!Inilah dia apam polkadot hasil tangan dari Chef Ary.

Kalau apam korang berlubang macam atas ni ada 2 sebab terjadinya lubang macam kawah bulan ni:
1. Terlebih pukul adunan telur, gula dan ovellete
2. Adunan tak di kacau sebelum masuk piping bag, sebab tu ada buih-buih udara..



P/s: Senang je buat benda ni, yang penting rumah korang ada pengukus, dapur gas, mixer dan penimbang dah boleh buat apam polkadot yang cantik. Cuma beli bahan asas kat kedai bakeri je. Kalau ada sesiapa nak order apam polkadot bolehlah PM aku di FB ye..(wah sempat nak promote) hihihi..

6 ulasan:

Dzasc Skachers berkata...

huish semangatnyer bro.. ^_^

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Lissa, malu cik ina ngan en. ary tu. Apam polka dot ni cik ina tak pernah buat. satu hari nak cuba buatlah.

Lissa dan family selamat menjalani ibadah puasa ye.

Call me, Eyka berkata...

oh akakkkkkkkkkkkkk thnkss! nak try buat apam ni lah plak. kikiki tak tahu lah jd ke tak =P

zulkbo berkata...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
selamat berpuasa buat sahabat,
moga Allah permudahkan anda
untuk beramal di bulan mulia
penuh barakah ini...
:)

ratusiput berkata...

good2..ble part time secara serius pasni...comei2 je apam tu kan....

NUNU EERA berkata...

nmpk cute n sedap.. nk2 tgk msa ari 1st pose ni.. hehe..

Related Posts with Thumbnails