Memaparkan catatan dengan label cashier. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cashier. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2011

Resit?

yo!yo..wassup!..Ecehhh da macam Rappers pulak dok wassup-wassup segala..Psstt, aku nak tanya korang lah..Kalau korang pegi shopping kan, korang selalu tak ambik resit pembelian korang tuh? Hah?!!tak ambik?Apasal tak ambik? Heyy korang tau tak kalau korang beli barang tak amik resit kiranya macam korang ni ambik barang tu percuma jek dengan kata lain yg senang nak paham ala-ala mencuri gitu.yelah buatnya ada org spot check ke apa, takde hitam putih beb ko beli barang tu..da tak pasal-pasal org tuduh ko pencuri. Betul tak?

Hari tu, (hari apa aku tak igt dlm mggu lepas ) aku ada pergi satu kedai jual accesory wanita kat Jusco AU2 ala yg tempat budak-budak AF9 tu study. Kedai ni jual barang-barang outlet(means barang tu murah dari harga yg kita beli kat butik sebenar dia). Contoh macam earrings kan harga biasa rm39 dapat ler 2 rm10, 3 rm10 ..murah giler tu..ce korang teka kedai apakah yang aku maksudkan itu?mesti yg selalu lepak kat Jusco AU tau kan accesory outlet yg aku ckp kan tu...

Ok , so aku pun masuklah kedai tu, tinjau-tinjau kalau ada barang yang aku berkenan. Aku ni paling pantang kalau Sales assistant dok ngekor je mana aku pegi. Kalau nak serve customer takpe, bglah bakul ke, ckplah promotion apa yg ada, barang apa yg murah, ni tak dok ngikut je montot aku mcm aku ni nak merembat plak gaya dia awasi aku tu.Rimas tau tak?Rimas..Lepas pilih barang yang aku berkenan tu, aku pon bawaklah ke cashier kaunter nak bayar.

Masa dia scan barang aku tu, bunyi scanner tu kecik je tp harga tak keluar kat skrin.Aku pon heran gak, minah ni scan ke tak?Yelah selalu kalau kita beli barang kan harga dok terpampang kat skrin mesin wang tu kan? Ni takde plak.Aku bajet ntah-ntah mesin wang tu rosak kot. Aku pun bayar jelah harga barang aku tu rm10, lepas dia masukkan barang kat plastik aku pun tanyalah."eh kak, Resit takde ke?" Minah tu boleh tanya aku balik."nak resit ke?" aku jawab " yelah!" sambil dalam hati aku ni bercakap kang kalau takde resit, alih-alih pak guard tahan tak ke naya dikatanya aku mencuri.Yelah bukti hitam putih takde atleast kalau resit yang print tu takde, bagilah resit baucer.Yang penting ada resit..akad jual beli tu ada!

Bila aku mintak resit, minah tu tetiba je mcm kelam kabut, dia tekan-tekan amenda ntah kat mesin wang tu kuat-kuat macam marah je aku mintak resit (nak marah-marah lah aku pedulik apa. yang penting aku dapat resit aku!). Pastu dia mintaklah barang aku yg dlm plastik nak scan balik.Kali ni terpampang pulak harga barang tu kat skrin..Aik, aku ingat rosak td..Rupanya boleh berfungsi dgn sempurna mesin tu.So dapatlah resit aku tu, even rm10 pun aku tetap nakkan resit senang aku nak buat kira-kira belanjawan aku setiap hari.

Lagi pun aku taknak lah di label pencuri sebab barang berharga rm10 je.Aku pun tak tau apa point minah tu taknak scan barang aku.Tapi malas nak pikir negatif..Apa-apa pun korang kalau beli apa-apa barang sekali pun wajib mintak resit ye..kalau kat pasar malam tu boleh excuselah..kang beratur panjang org nak beli mee goreng kawah tu gara-gara semua dok sibuk mintak resit..hahaha..

Artikel kat bawah ini di cilok dari konsumerkini.net.my
>Menurut Seksyen 140, Akta Perlindungan Pengguna 1999, resit bermaksud:

(1) Seseorang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.

(2) Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna

(3) Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) nama perdagangan dan alamat pembekal;
(b) tarikh pembelian;
(c) amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
(d) jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
(e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
(f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Pengguna adalah orang yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang ada di pasaran. Jika pengguna tersebut hendak menukar barang tersebut disebabkan oleh kecacatan, apakah bukti pembelian yang boleh ditunjukkan jika tiada resit? Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ada menerima aduan daripada seorang pengguna yang telah membayar RM90,000 untuk membuat pengubahsuaian rumah tanpa resit. Alasan yang diberikan oleh pengguna tersebut ialah kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah adalah kawan baiknya. Akan tetapi kontraktor tersebut tidak melaksanakan tugas pengubahsuaian rumah seperti yang dijanjikan.

Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.

Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah kawan baik sendiri.

Deivigarani Krisha
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Isnin, 25 April 2011

Cashier Jusco Midvalley biadab!

Insiden ni berlaku semalam masa aku ngan kawan aku, Rina tggu husband we all sembahyang Maghrib kat surau Midvalley.So sementara menunggu tu kitorg ni pegi lah Supermarket jusco. kan sebelah je dgn surau Midvalley. We bought a few item, then when we about to pay, kami bayar di kaunter express coz barang kitorang ni not exceed than 10 items. Masa tu, customer tak ramai sgt ada dua kaunter express kat situ.Aku bayar kat kaunter lelaki dan Rina bayar kat kaunter perempuan.So lepas bayar semua tu, mamat cashier ni tak bg plastik.Aku tanya lah dgn nada yg sopan. "Takde plastik bag ke?" mamat cashier ni boleh cakap dgn gaya menengking dan sarcasm "Hari ni takde plastik bag!tak pernah masuk jusco ke?"(with his sour-face) pffftttt!!..what the fishh!Aku tanya bebaik ko jawab mcm tu? Aku pon balas lah, "sepatutnya ko as a cashier kena lah bgtau customer yg plastik takde, kalau nak plastik kena bayar doploh sen..susah ke?"..And hello!u expect me to stuffed those things in my CHANEL?(ok, chanel is just exaggrated only..hahaha)kalau aku bawak shopping bag mmg tak kuasa aku nak beli beg plastik 20 sen tu.
Tp, heyy ur attitude to customer mcm tu ke? Do u expect all customer tau ke sabtu hari tanpa plastik bag? eventho we all tau pun, sometimes it slip our mind too yg hari sabtu tu hari tanpa plastik bag!So salah ke, ko as a cashier tell us that we have to pay 20 sen for each plastik bag?!! pastu mamat tu boleh menjawab " tak tau ke aku penat?!!" Oklah kalau ko penat aku ckp "belajar rajin2 cari keje yg lain yang tak memenatkan!"Do i care kalau ko penat sekali pon?dah tu mmg kerja ko kan? Bila aku ckp mcm tu ko interpreted lain, ckp aku kata ko bodoh..tu lah susah kalau ckp dgn org kuat melawan..Hilang semua motto Customer Always right! Siap menjawab lagi cakap "Macam lah ko tu keje bagus sangat!" Adess..sengal tak sengal lah budak ni kan? Aku suruh ko sambung belajar! cari keje lain yg senang yg ko tak payah nak maki2 customer time ko penat!ko boleh pulak sindir aku ckp mcm aku ni keje bagus sgt?! Macam ni ke Jusco trained Cashier trainee? Menyindir customer dan menjawab?! If u all in my shoes, korang rasa apa? rasa mcm nak lempang je muka cashier tu laju2 kiri kanan kan?Sebab biadab..Serius masa tu aku tgk mamat cashier tu kecik je.Ikut kan rasa geram tu mmg nak pijak2 je!Bila Rina ckp xpelah kita komplen je! mamat tu boleh cakap "NAK KOMPLEN, KOMPLEN LAH.INGAT AKU TAKUT? AKU BOLEH CKP KAT MANAGEMENT YANG KO CAKAP SEMUA STAFF JUSCO BODOH!"..pffttt!Bila masa aku ckp semua staff Jusco bodoh hah? susah sgt ke nak faham? Kalau rasa ko penat , Ko pegi belajar cari keje lain yg tak memenatkan!Tak pun ko berhenti je keje! Ramai org lain yang nak keje tapi tak dapat. ko pulak dah dapat keje buat perangai biadab dgn customer!So end up we all naik atas pegi Customer service file for a complaint.If by monday, still no action taken. I will send an email to Jusco! Kita tengok mcm mana Jusco tangani isu cashier biadab dgn customer.

Sampai sekarang pun aku still geram dengan cashier tu sebab:
1:dia menengking aku bila aku tanya pasal plastik
2:dia menjawab dan byk mulut
3:aku tak tau apa yg dia penat sgt..dia duduk express lane, bukannya byk sgt barang yg org beli dan keje ko kira duit je.takde pun masukkan barang dalam plastik ke apa!
4:Apa kena mengena dgn ko penat sampai mulut ko tak boleh cakap yang plastik kalau nak kena bayar.
5:ko kata ko penat sampai tak boleh ckp, then ko tak penat pulak membebel bukan2 dgn aku!
6:sebelum aku bayar, depan aku tu guard Jusco, kawan ko jugak yg beli barang, elok je ko berbual mesra dengan dia..Tak menunjukkan yang ko tuh penat sgt!
7:mencabar aku suruh buat komplen kat management dia!

Boleh pulak masa tu manager dia xde, cuti lah tu kononnya..Last2 kitorg kena tulis kat satu borang feedback!Rina yg tolong tuliskan komplen bg pihak aku, sbb masa tu tangan aku da gigil2 tahan marah, nak pegang pen pon dah tak boleh


Ni lah kotak keramat yg depa suruh masukkan kertas aduan tuh..Ntah depa baca ke tak surat2 dalam kotak tu!

Ok, kertas aduan tu kitorg dah masukkan dalam kotak tu, kita tggu dan lihat apakah ada feedback dari Jusco isnin ini atau takde..





Related Posts with Thumbnails