Semalam merupakan hari yang sungguh hectic bak kata orang putih. Sana sini polis tutup jalan. Roadblock pun merata-rata. Ni semua gara-gara perhimpunan bersih 2.0 yang nak menuntut pilihanraya yang adil dan bersih katanya. So bagi mengelakkan huru hara, orang Key ell dikenakan perintah berkurung dan tak dibenarkan masuk ke jalan-jalan tertentu. Oleh kerana aku dan Incek Ary bukan orang Key ell coz we oll duduk PJ so we oll ni terkecualilah kot dari perintah berkurung..Muehehehe..Then, semalam orang tgh sibuk pasal bersih, kitorang sibuk nak pergi Midvalley. Aku bajet mesti ramai kat Midvalley.Yelah sekarang kan karnival sale, pastu maybe ramai yang tak dapat pergi KL lepak-lepak kat Midvalley. tapi sangkaan aku meleset, rupanya tak ramai orang pun kat Midvalley. Siyes, all these time aku pergi Midvalley, semalamlah first time aku tgk Midvalley sangat lengang! Nak parking pun tak payah pikir nak cari jauh-jauh. Senang je dapat, macam kitorang siap boleh dapat parking berdepan dengan pintu masuk B1. Even hari raya pun tak lengang macam ni. mana agaknya diorang pergi ye? Maybe diorang ni semua pergi bersihkan rumah masing-masing kot..hahaha

Bye nazmi see u again another week ye!(--.--)
"kami mahukan keamanan!"(Sambil angkat sepanduk "keamanan")
ok..Bye!
