Ahad, 21 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum, kejap-kejap nak sapu sawang sikit. Lama betul aku tak update blog ni. Biasalah celcom broadband aku ni dah exceed limit, so skrg ni agak lembap line tenet aku, tu yang susah sikit nak update. Okay, sebenarnya aku nak cerita weekend project aku minggu ni ialah buat kuih raya! Maklumlah dah tak lama je lagi kita nak menyambut syawal. So minggu ni aku pulun siapkan dua jenis biskut dulu. Biskut sarang semut dan Almond cluster. Jom tengok resepi Biskut Sarang semut yang sangat easy peasy lemon squezzy.

Bahan-bahannya ialah:~

1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 tspn esen vanila

Untuk hiasan:
Coklat rice
  1. Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
  2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
  3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
  5. Ambil sedikit doh dan parut.
  6. Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
  7. Bakar dalam 150°C selama 15 minit.

Sukat guna cawan penyukat, cawan penyukat ni ada jual kat kedai bakery atau kat giant.

Pukul butter, gula dan esen vanilla sampai gebu macam aku gambar diatas.

Gaul sampai jadi macam ni.

inilah antara parut yang boleh diguna untuk memarut doh.

Beginilah rupanya selepas diparut

Dah ready untuk dibakar.

Beginilah rupa sarang semut aku selepas dibakar, nampak kekuning-kuningan gitu. Sedap tau biskut ni coz rapuh je and melt in your mouth gitu..(selamat mencuba kepada korang yang nak try buat biskut sarang semut yang sedap dan simple ni, tak payah guna telur pun boleh jadi sedap)


15 ulasan:

RasyidHamid berkata...

faveret!! hahah baru tau die parut2..

Siti Nadzirah Zakariah berkata...

sedap woo. kat rumah nad pun nih kuih wajib taw. tapi kan susah lah nak cari cawan penyukat tu. hari tu tgk kat tb cite biskut ape pastu tgk die sukat pakai sudu yang dah siap sukatannya. susah lah nak cari kat tempat nad.

ratusiput berkata...

kegemaran ank2 ratu gak ni...sng kn buat dia bdk@ pun suke buat mende ni...parut2..

Zasillah Ariffin berkata...

lama dah tak makan kuih sarang semut ni babe...mesti sedap ni :)

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

akak...guna celcom broadban prepaid..
RM18 a week unlimited. and its faster than ur postpaid.

cuma leceh kena top up la..but kalau org ada online banking tak susah..le top up at home.

anyway..will try ur biskut sarang semut. heheheh

matahati-aishahazhar berkata...

sedap akak suka biskut ni..

Unknown berkata...

I suka ur style nampak mudah...

Amie berkata...

Rajinnya mengukis.... salam kenal, follower 2050

Unknown berkata...

blh x kalau ganti gula kastor dengan gula biasa?? ada beza ke??

Cakelover berkata...

hye.. sorry tlg jawab.. bole je gne gula biasa tp make sure awk kisar halus2.. saya kalau ade resepi guna gula kastor, saya guna gula biasa.. so far ok je.. still rasa yg sama =)

iza berkata...

Sy pn wt biskt ambik rspi awk...mmg menjdi.biskt nmpk cntk n sdp

moka berkata...

Saya dh cuba resepi ni..alhamdulillah menjadi..rangup dan cair dlm mulot..sedap..terima kasih sbb share rsepi yg sedap ni..

moka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
moka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
moka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts with Thumbnails