Isnin, 22 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Almond Cluster

Okay here it is my another one weekend project for this week. Biskut Almond cluster. I siap bagi u oll resepi tau. Kalau nak try buat, boleh lah try. Resepi ni di ambil dari blog chef Asma yang terkenal tu. Dijamin senang dan sodap. Budak-budak mesti suka Almond cluster ni.

Bahan-bahannya ialah:~

150 gm almond strip - bakar dahulu dalam oven dalam 5 minit
150 gm cornflake
50 gm buah ceri, kismis (atau apa saja yang korang rasa nak letak)
50 gm nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Untuk hiasan:~
White coklat

  1. Cairkan coklat dan nutella dengan cara " double boiler"
  2. Masukkan semua bahan - bahan (Almond strips, ceri dan cornflakes)
  3. Gaul hingga semua coklat sebati dengan bahan-bahan yang di masuk tadi.
  4. Dengan menggunakan sudu, scoop bahan tadi kedalam paper cup.
  5. Untuk hiasan, coklat putih yang dicairkan dengan cara "double boiler" di letakkan dalam piping bag dan drizzle ke atas Almond cluster.
  6. Lastly sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
Senangkan buat Almond Cluster ni? As easy as pie bak kat omputih. Kalau nak lagi sedap guna coklat couveture. Kalau nak senang, guna coklat compound pun boleh.

Macam aku guna coklat masakan Hersheys dengan coklat masakan yang beli kat kedai bakery je.

Almond strips yang nak dibakar dalam oven.

Coklat yang telah dicairkan dengan cara "Double boiler"

My "Mr Muscle" tengah sibuk tolong masukkan bahan-bahan dalam paper cup.

Ni lah hasilnya setelah digaul rata.

Da siap simpan sekejap dalam peti sejuk.

Pastu simpan dalam balang. Nasib baik ler si Kyra takde, kalau tak sure dah licin tak sempat nak jadi biskut raya.


6 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

dah start buat biskut..bestnya

Unknown berkata...

nampak mudahlaa...tak yah bakar2 kan...ingat nak terai gakler...

Nashays berkata...

nampak sedap qell..kecur liur nengok coklat cair tu

fasha berkata...

waaa,nampak sedap! sukeee :DD

Iera berkata...

nampak sedap ni..budak2 mesti suka..

Tanpa Nama berkata...

Free VibeVibe - Videoslots.cc - videodl.cc
Vibe VibeVibe. Videoslots.cc. Videolots.cc. VibeVibe. youtube mp4 Videoslots.com VibeVibe. Videoslots.

Related Posts with Thumbnails