Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Almond Cluster

Okay here it is my another one weekend project for this week. Biskut Almond cluster. I siap bagi u oll resepi tau. Kalau nak try buat, boleh lah try. Resepi ni di ambil dari blog chef Asma yang terkenal tu. Dijamin senang dan sodap. Budak-budak mesti suka Almond cluster ni.

Bahan-bahannya ialah:~

150 gm almond strip - bakar dahulu dalam oven dalam 5 minit
150 gm cornflake
50 gm buah ceri, kismis (atau apa saja yang korang rasa nak letak)
50 gm nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Untuk hiasan:~
White coklat

  1. Cairkan coklat dan nutella dengan cara " double boiler"
  2. Masukkan semua bahan - bahan (Almond strips, ceri dan cornflakes)
  3. Gaul hingga semua coklat sebati dengan bahan-bahan yang di masuk tadi.
  4. Dengan menggunakan sudu, scoop bahan tadi kedalam paper cup.
  5. Untuk hiasan, coklat putih yang dicairkan dengan cara "double boiler" di letakkan dalam piping bag dan drizzle ke atas Almond cluster.
  6. Lastly sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
Senangkan buat Almond Cluster ni? As easy as pie bak kat omputih. Kalau nak lagi sedap guna coklat couveture. Kalau nak senang, guna coklat compound pun boleh.

Macam aku guna coklat masakan Hersheys dengan coklat masakan yang beli kat kedai bakery je.

Almond strips yang nak dibakar dalam oven.

Coklat yang telah dicairkan dengan cara "Double boiler"

My "Mr Muscle" tengah sibuk tolong masukkan bahan-bahan dalam paper cup.

Ni lah hasilnya setelah digaul rata.

Da siap simpan sekejap dalam peti sejuk.

Pastu simpan dalam balang. Nasib baik ler si Kyra takde, kalau tak sure dah licin tak sempat nak jadi biskut raya.


Ahad, 21 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum, kejap-kejap nak sapu sawang sikit. Lama betul aku tak update blog ni. Biasalah celcom broadband aku ni dah exceed limit, so skrg ni agak lembap line tenet aku, tu yang susah sikit nak update. Okay, sebenarnya aku nak cerita weekend project aku minggu ni ialah buat kuih raya! Maklumlah dah tak lama je lagi kita nak menyambut syawal. So minggu ni aku pulun siapkan dua jenis biskut dulu. Biskut sarang semut dan Almond cluster. Jom tengok resepi Biskut Sarang semut yang sangat easy peasy lemon squezzy.

Bahan-bahannya ialah:~

1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 tspn esen vanila

Untuk hiasan:
Coklat rice
  1. Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
  2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
  3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
  5. Ambil sedikit doh dan parut.
  6. Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
  7. Bakar dalam 150°C selama 15 minit.

Sukat guna cawan penyukat, cawan penyukat ni ada jual kat kedai bakery atau kat giant.

Pukul butter, gula dan esen vanilla sampai gebu macam aku gambar diatas.

Gaul sampai jadi macam ni.

inilah antara parut yang boleh diguna untuk memarut doh.

Beginilah rupanya selepas diparut

Dah ready untuk dibakar.

Beginilah rupa sarang semut aku selepas dibakar, nampak kekuning-kuningan gitu. Sedap tau biskut ni coz rapuh je and melt in your mouth gitu..(selamat mencuba kepada korang yang nak try buat biskut sarang semut yang sedap dan simple ni, tak payah guna telur pun boleh jadi sedap)


Khamis, 4 Ogos 2011

Masak sendiri atau beli?

Pada pendapat korang kan, masak sendiri lagi jimat ke, atau beli kat luar lagi jimat?Korang kan tahu aku duduk berdua je laki bini kat rumah, so kitorang ni jarang ler nak masak. Kalau masak pun hari Sabtu Ahad je, hari lain tu rasanya macam berbaloi beli kat luar, unless Incek Ary ada special request makanan yang dia nak makan barulah aku masak contoh macam ketam. Ketam kan mahal kalau beli kat luar, amik sekor je dah cecah RM6 seekor kalau masak sendiri boleh lah makan berekor-ekor ye tak? Sebenarnya pada aku lah kan,(org lain aku tak tahu) kalau setakat duduk berdua ni, lagi jimat beli lauk kat luar. Nasi masak sendiri. Lagi-lagi bulan puasa, beli lauk dalam rm10 tahan untuk berbuka dan sahur. Kalau hari biasa tu, sempat jugak nak masak utk makan malam. Tapi time puasa ni, tak dan nak masak. Sampai rumah pun dah pukul berapa.Mana nak masak nasi, nak masak lauk, nak masak sayur, potong bawang segala. So best solution, beli je kat luar. Cepat dan jimat. Tapi kena tengok kedai mana yang korang beli, kalau kat bazar ramadhan sekarang ni, memang lauk pauk diorang cas mahal giler-giler. Ada ke member aku beli kerabu perut rm3, perut tu dlm 5 keping je dia letak.tu pun potongan yang kecik. Memang cepat kaya lah makcik tu meniaga kalau gitu cara dia. macam aku, kalau nak beli lauk, memang dah ada tempat spesel yang murah, sedap, dan banyak. Everytime rasa tak nak masak je, gerai akak tu lah yang aku tuju. Selalunya kalau beli dalam 4 jenis lauk pauk bawah rm10 je harga dia. Pastu kuantiti dia banyak. Memang aku doakan makcik ni sentiasa murah rezeki dia..Amin..

Lauk pauk berbuka semalam yang aku beli dekat gerai akak tu, Udang sambal RM2, tempe goreng sambal RM2, gulai nangka RM2, Daging rendang RM3. Alhamdulillah, selamat makan untuk buka puasa dan sahur. Kalau pergi Bazar ramadhan ni, kena banyakkan wasatiyah kalau tak habis semua makanan laki aku nak beli.. Nafsu orang tengah lapar le katakan. Sebab tu kalau pergi bazar ramadhan, dia kena bawak aku. Atleast aku boleh tolong ingatkan dia kalau dia beli lebih-lebih."Membazir amalan syaitan bang!"hihihi...

Sabtu, 30 Julai 2011

Mari belajar membuat Apam Polkadot bersama Chef Ary

First time buat apam polkadot terus dah ada orang order. Rezeki kan tak boleh ditolak so aku terima nikahnya eh silap, aku terima lah order tu. Oleh sebab kekangan masa, so Incek Ary dengan sukarela membantu menjadi chef untuk hari tu. cepatlah sikit kerja kalau ada orang tolong ye tak?

Mula-mula kita tengok resepi dulu. Aku tak pandai sangat masak, ni pun belajar dari Myresepi.com. Myresepi banyak mengajar aku menjadi chef masakan terhebat untuk suami aku.*Perasan*.Ok enuff said, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya adalah:

3 biji telur (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling coklat, Nutella, oren atau apa2 ikut citarasa
pewarna dari jenis gel atau cecair.

Cara-caranya ialah:

1. Masukkan gula, ovalete dan telur ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan putih.(dalam anggaran 4 minit)
2. Selepas itu masukkan tepung dan baking powder yang diayak sekali ke dalam mixer berselang seli dengan susu sampai sebati.(dalam anggaran 3 minit)
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
# tips utk mendapatkan permukaan apam yg rata dan cantik.. sebelum masukkan dlm piping bag.. kacau adunan sehingga kelihatan berkilat dan licin.. Insyaallah xdelah berlubang2 apam tu yer..
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
6. Letakkan filling secukupnya kemudian picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan.
8.Kemudian kukus selama 10-15minit


Incek Ary tengah khusyuk 'mengedot'.

Bancuhan apam yang sudah di dotkan. Begini lah hasil sebelum di kukus.

Dah siap sedia nak masuk dalam pengukus.

Tutup pengukus tu korang balut dengan kain ye, supaya air wap tak jatuh kat atas apam.

Tarra!Inilah dia apam polkadot hasil tangan dari Chef Ary.

Kalau apam korang berlubang macam atas ni ada 2 sebab terjadinya lubang macam kawah bulan ni:
1. Terlebih pukul adunan telur, gula dan ovellete
2. Adunan tak di kacau sebelum masuk piping bag, sebab tu ada buih-buih udara..



P/s: Senang je buat benda ni, yang penting rumah korang ada pengukus, dapur gas, mixer dan penimbang dah boleh buat apam polkadot yang cantik. Cuma beli bahan asas kat kedai bakeri je. Kalau ada sesiapa nak order apam polkadot bolehlah PM aku di FB ye..(wah sempat nak promote) hihihi..

Isnin, 18 Julai 2011

Makan-makan di Sekinchan Ikan bakar.

Korang suka makan ikan bakar tak? Bagi yang suka makan ikan bakar, mesti kenal restoran Sekinchan Ikan Bakar kan? Aku perasan hari-hari ada iklan dia kat Metro. Aku ni pantang tengok iklan, mesti teruja nak 'nerai'. So off we got sekinchan Ikan Bakar cawangan Ampang. Deko kat sana nampak cantik dan selesa. Tapi tak ramai customer masa tu, cuma aku, Incek Ary dan satu lagi pasangan lain. Maybe sebab dah malam, customer pun tak ramai.Pandangan kat luar restoran.

Mostly menu kat sini cuma makanan laut, kalau korang nak makan nasi goreng kampung ke, nasi pattaya ke, jangan harap ler nak ada kat cni. setakat nasi lemak bungkus tu ada lah.

Teruja tengok ikan-ikan kat sana, nampak fresh gitu. Incek Ary punya seksited ekcited sampai 2 ekor ikan dia pilih. Yang nak makan cuma 2 orang. dah lah ikan dia beso-beso. Memang buncit perut nak habiskan sekor-sekor.

Ulam-ulam ni wajib kalau makan ikan bakar, cicah dengan sambal belacan..Perghhhh.Terangkat sey!

'variety of sambal' yang ada. Sambal kicap, sambal belacan, sambal asam.

Ikan kerapu Bakar, tak nampak macam bakar sebenarnya, macam stim je ikan ni. Aku tak suka sangat ikan ni coz macam hanyir je.

Yang ni aku suka, ikan pari bakar. sangat sedap isi dia. Fresh dan takde bau hanyir sgt. Gravy dia pun sedap.

Seronok kucing ni duduk kat Sekinchan ikan bakar, macam tak heran pun dengan ikan depan mata dia. cuba kalau kucing kat restoran lain, mau dia naik atas meja nak cari makan.

Total damage, RM55. Bagi aku mahal ler makan 2 orang sampai RM55. Maybe sebab tu orang tak ramai kot datang kedai dia. Tp kalau sekali sekala nak makan ok lah, kalau hari-hari mau rabak poket.

Isnin, 11 Julai 2011

Penangan Bersih 2.0, Midvalley lengang giler ari Sabtu!


Semalam merupakan hari yang sungguh hectic bak kata orang putih. Sana sini polis tutup jalan. Roadblock pun merata-rata. Ni semua gara-gara perhimpunan bersih 2.0 yang nak menuntut pilihanraya yang adil dan bersih katanya. So bagi mengelakkan huru hara, orang Key ell dikenakan perintah berkurung dan tak dibenarkan masuk ke jalan-jalan tertentu. Oleh kerana aku dan Incek Ary bukan orang Key ell coz we oll duduk PJ so we oll ni terkecualilah kot dari perintah berkurung..Muehehehe..Then, semalam orang tgh sibuk pasal bersih, kitorang sibuk nak pergi Midvalley. Aku bajet mesti ramai kat Midvalley.Yelah sekarang kan karnival sale, pastu maybe ramai yang tak dapat pergi KL lepak-lepak kat Midvalley. tapi sangkaan aku meleset, rupanya tak ramai orang pun kat Midvalley. Siyes, all these time aku pergi Midvalley, semalamlah first time aku tgk Midvalley sangat lengang! Nak parking pun tak payah pikir nak cari jauh-jauh. Senang je dapat, macam kitorang siap boleh dapat parking berdepan dengan pintu masuk B1. Even hari raya pun tak lengang macam ni. mana agaknya diorang pergi ye? Maybe diorang ni semua pergi bersihkan rumah masing-masing kot..hahaha Main point kitorang datang Midvalley ni ialah sebab nak tengok my friend nephew si Nazmi. Dah lama tak tengok budak kecik tu, rindu pulak.Kebetulan Rina bawak budak Nazmi ni pergi Midvalley, tu yang kitorang pun turun sekali. Yelah, orang takde anak menumpang kasih kat anak orang jelah dulu..sob sob sob..Sambil kesat air mata..ecehhh..

"Hai everybody My name is Nazmi, i'm cute aite?"


Masam je budak kecik ni, masa ni dia baru nak warm up. Ala-ala malu je nampak kitorang. nak senyum pun sikit je. suara tak keluar. Pemalu sangat kononnya. Tapi bila dah biasa, suara dia lah yang paling kuat seantero Midvalley. Best main dengan dia ni, tak banyak ragam. Yang paling best susah nak nangis.Pendiam and pemalu gitu macam abang baju merah sebelah dia tu.hihihi.

Nazmi and Bugs Bunny. Masa ni Nazmi dah nak balik dah.
Bye nazmi see u again another week ye!(--.--)

Then we head to Gardens Midvalley. Punyalah takde orang sampai aku pun sempat posing ala-ala tourist gitu.Selalu tu macam malu-malu kambing je nak posing bagai kat shopping kompleks tapi orang tak ramai, takdelah malu sangat nak posing.

Pemandangan yang jarang-jarang korang dapat saksikan di hari Sabtu. Mana semua orang pergi???Berhimpun ke?

Lepas penat ukur jalan, kitorang mkn kat Secret recipe.Best pulak rasanya jalan-jalan time takde orang. nak makan pun tak payah nak tunggu turn. Selalu kat Secret recipe pun orang ramai. Ni ada berapa kerat je. Boleh kira dgn jari kaki je orang yg ada dalam tu.

*Si tembam tengah khusyuk tengok menu*

Menu macam biasalah kalau kat Secret Recipe ni. Aku suka order Grill blackpepper chicken.

And Meatball Spagheti.

Jasmine tea untuk Incek Ary dan frosted Orange juice untuk aku.Om nom nom..Then lepas tu terus balik rumah. Macam tak kisah pun orang sibuk berhimpun bagai kat key ell nun. Tapi kan aku kesian dengan orang yang buat majlis kahwin semalam.mesti tak ramai yang datqng.Yelah kalau dah sekatan jalan merata-rata. Yang dari selatan nak ke key ell pun sampai stuck kat jem berjam-jam.Giler kentang lah. Gara-gara orang lain, orang tak bersalah jadi mangsa.sedihnya..
"kami mahukan keamanan!"(Sambil angkat sepanduk "keamanan")
ok..Bye!

Related Posts with Thumbnails