Memaparkan catatan dengan label buka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka puasa. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Yuhuuu..Diam tak diam dah nak masuk ke bulan Ramadhan. Lagi 2 hari je lagi nak puasa. Sempena kehadiran bulan Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diberkati olehnya. Amin...

Disini aku sertakan niat puasa sekali, manalah tau ada yang tak ingat niat puasa kan.hihihi..

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Sebulan)


"Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Harian)


"Nawaitu shauma ghadin an’ada-i fardhisyahri ramadhaana hadzihis sanati lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarrahimiin"
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu Allahumma inni as-aluka antaghfirali birahmatikal lati wasi’at kulla syaiin."
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Niat sembahyang terawih

"Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala".
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang tarawikh dua rakat ma'mum kerana Allah Taala.

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1432H/2011M



Selasa, 17 Ogos 2010

Murtabak yang sedap

Minggu lepas aku balik Jb, teruja sgt nak balik aritu coz nak pegi jalan2 kat bazar ramadhan JB. Mcm2 lauk pauk n kuih muih ada kat sana. Aku paling suka :pandaGeli_08: nasi ambang n air kathira which is jarang nak nampak kat KL ni. Pastu murtabak kat sana best byk isi daging , telur semua complete lah, dulu aku penah beli murtabak kat bazar ramadhan kat sini, aku ckp ar nak murtabak satu. Pastu seller tu tanya nak murtabak ayam ke daging? aku ckp nak daging.then dia pon bungkuslah aku murtabak daging, nak jadikan citer masa buka puasa tu aku pon teruja lah nak mkn murtabak yg aku beli. Sekali bila mkn je, hati ku hancuss jd debu coz aku rasa mcm aku mkn roti telur yang ada bawang n sawi je..daging mmg aku tak rasa langsung. since dat day, mmg aku da x beli lg muratabak kat cni. takut kena tipu lg. Memang lah harga murabak tu murah klu nak banding dengan murtabak yg aku beli kat jb ni, tp klu nak banding kualiti and saiz baik beli roti telur je dpd beli murtabak tu.

You see, byk kan dia minced meat dia:pandaGeli_14:


Besar kan murtabak tu:pandaGeli_16:


klu korang pegi bazar perling n BBU try cari Murtabak Rafi ni..Boleh mkn 5 org murtabak ni:pandaGeli_25:


tarra..pada yg puasa tu harap bersabar ye. Jangan terliur plak tgk murtabak ni..hihihi:pandaGeli_15:


Related Posts with Thumbnails