Selasa, 13 April 2010

Jadi mewah tulis blog

Bestnya jadi RedMummy kan, tak sangka dengan berblogging je boleh menjana kewangan..bestnya..Tapi jangan lah terlalu taksub pula ye...=)

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.
Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.
terukan membaca di hmetro

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.-ader laptop ngan berokband,hehehe-
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.-done-
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.-done, kalau lebih pon boleh kan kan kan-
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.- rasanya da cukup ceria da =)pinkish lagi..-
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.- ni x sempat buat,byk gak nak buat 10 catatan sehari ye..
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.-done-
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.-done, setakat ni , masih rajin sesangat-
kalau tak fofuler gak tak tau lah ni, semua da ikut ni...huhuhu =)

17 ulasan:

Unknown berkata...

hebatkan RM baru tau nama dia mira....10K terus berenti kerojer hehe

Bb Hussain berkata...

baru baca ttg RM gak..hebat2..

qellissa berkata...

Tu lah kan, klu da 1ok sebulan berenti keje ler jawabnya...=)

cha berkata...

bestnya kan.tp nak ngadap benda tu je kene benti keje la huhu

yuka berkata...

td pun baca gak pasal redmummy tu...bestkan kalau jd mcm tu...
qelllissa tiap kali akak dtg sini kan s/box tu x kuar la knp ek

Shahada Fauzi berkata...

hebatnya redmummy..mahu jadi macam die jgk..huhu..

comeisari berkata...

wah ada info ni...bagus2

z berkata...

uish...gila lah..huhu

kinsyakrn berkata...

xdpt nak jadi cam rm sb xserajin dia, dan xbyk citer menarik.. yg bebenornya idea cpt pupus hahah.

.::WaNiE::. berkata...

heheh

bukan senang nak senang :)

zulkbo berkata...

salam..
memang hebat blogger red_mummy ni
tahniah..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

kalau xfofuler nak salahkan sape???
hehehehe...

Unknown berkata...

redmummy sumber inspirasi utk blogger2 yg lain pasnie..

kaChaNG_dEwa berkata...

huaaaa..aku tules merapu ada ke orang nak baca.lalala~nak dapat 100 sehari pon payah

pak long berkata...

salam...
tak terbayang hamba kalau berblog dapat hengget riban-riban cam tu..

nadnye berkata...

hi qellissa... macam mana nak tulis 10 entry sehari... mungkin tu la antara penyebab dia popular..

kene rajin terlebih..:P

P.Mahasiswa berkata...

takpe2..
asalkn kita cube kan..
rezeki tak tentu..
nnti dah fofular, hah!
baru rasa bhgnyer.. =P

Related Posts with Thumbnails