Selasa, 23 Ogos 2011

Kesilapan bangangg yang buat aku bengang!

Psst, korang perasan tak apa yang lain kat cek tu?Masa mula-mula dapat je cek dari Takaful,bukan main eksaited aku, siap dah berangan nak beli henbeg baru lah, nak beli kasut baru, macam-macam lah yang terlintas kat fikiran aku ni nak dibeli. Sekali bila Incek Ary cakap cek tu macam ada tak kena je, aku trus tengok balik. Memang sah tak kena! Ada ke patut penama kat cek tu dia boleh letak alamat rumah aku! Bengong ke bangang tu ye? Rumah aku mana ada akaun number yang ko nak buat cek atas nama rumah aku!Aduh apa lah bodoh sangat kerani yang buat cek tu. Takkan lah tak boleh pikir masa nak buat cek tu, boleh dia pegi letak alamat rumah aku kat cek tu. Serius memang buat kerja cincai lah orang Takaful Malaysia! Lepas ni ntah tunggu berapa lama lagi lah nak dpt cek tu balik. Walaupun sekadar 600 lebih je, duit jugak wei. Jangan suka-suka hati buat kerja cincai.Lu memang buat gua hangin je.Cis!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 22 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Almond Cluster

Okay here it is my another one weekend project for this week. Biskut Almond cluster. I siap bagi u oll resepi tau. Kalau nak try buat, boleh lah try. Resepi ni di ambil dari blog chef Asma yang terkenal tu. Dijamin senang dan sodap. Budak-budak mesti suka Almond cluster ni.

Bahan-bahannya ialah:~

150 gm almond strip - bakar dahulu dalam oven dalam 5 minit
150 gm cornflake
50 gm buah ceri, kismis (atau apa saja yang korang rasa nak letak)
50 gm nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Untuk hiasan:~
White coklat

  1. Cairkan coklat dan nutella dengan cara " double boiler"
  2. Masukkan semua bahan - bahan (Almond strips, ceri dan cornflakes)
  3. Gaul hingga semua coklat sebati dengan bahan-bahan yang di masuk tadi.
  4. Dengan menggunakan sudu, scoop bahan tadi kedalam paper cup.
  5. Untuk hiasan, coklat putih yang dicairkan dengan cara "double boiler" di letakkan dalam piping bag dan drizzle ke atas Almond cluster.
  6. Lastly sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
Senangkan buat Almond Cluster ni? As easy as pie bak kat omputih. Kalau nak lagi sedap guna coklat couveture. Kalau nak senang, guna coklat compound pun boleh.

Macam aku guna coklat masakan Hersheys dengan coklat masakan yang beli kat kedai bakery je.

Almond strips yang nak dibakar dalam oven.

Coklat yang telah dicairkan dengan cara "Double boiler"

My "Mr Muscle" tengah sibuk tolong masukkan bahan-bahan dalam paper cup.

Ni lah hasilnya setelah digaul rata.

Da siap simpan sekejap dalam peti sejuk.

Pastu simpan dalam balang. Nasib baik ler si Kyra takde, kalau tak sure dah licin tak sempat nak jadi biskut raya.


Ahad, 21 Ogos 2011

My weekend Project: Resepi Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum, kejap-kejap nak sapu sawang sikit. Lama betul aku tak update blog ni. Biasalah celcom broadband aku ni dah exceed limit, so skrg ni agak lembap line tenet aku, tu yang susah sikit nak update. Okay, sebenarnya aku nak cerita weekend project aku minggu ni ialah buat kuih raya! Maklumlah dah tak lama je lagi kita nak menyambut syawal. So minggu ni aku pulun siapkan dua jenis biskut dulu. Biskut sarang semut dan Almond cluster. Jom tengok resepi Biskut Sarang semut yang sangat easy peasy lemon squezzy.

Bahan-bahannya ialah:~

1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 tspn esen vanila

Untuk hiasan:
Coklat rice
  1. Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
  2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
  3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
  5. Ambil sedikit doh dan parut.
  6. Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
  7. Bakar dalam 150°C selama 15 minit.

Sukat guna cawan penyukat, cawan penyukat ni ada jual kat kedai bakery atau kat giant.

Pukul butter, gula dan esen vanilla sampai gebu macam aku gambar diatas.

Gaul sampai jadi macam ni.

inilah antara parut yang boleh diguna untuk memarut doh.

Beginilah rupanya selepas diparut

Dah ready untuk dibakar.

Beginilah rupa sarang semut aku selepas dibakar, nampak kekuning-kuningan gitu. Sedap tau biskut ni coz rapuh je and melt in your mouth gitu..(selamat mencuba kepada korang yang nak try buat biskut sarang semut yang sedap dan simple ni, tak payah guna telur pun boleh jadi sedap)


Sabtu, 6 Ogos 2011

iphone/ipad korang rosak? No worries, it can be fixed!

Sapa kat sini pakai iphone angkat tangan! fuhh ramainya yang angkat tangan! Ecehh macam real je aku nampak korang angkat tangan. Okay, kalau sesiapa yang ada iphone in case korang punya iphone tu rosak ke, skrin retak ke, even masuk air pun it sill can be fixed tau! Jangan buang iphone tu!Dulu iphone aku rosak, jatuh dari atas meja ke lantai terus tak boleh on. Lama jugaklah aku simpan kat rumah buat perhiasan coz dah 2 kedai repair iphone kat Mines dan Lowyat aku pergi semua kata tak boleh buat siap simpan iphone aku sampai 2 -3 bulan, last-last dikata tak boleh betul sebab depa kata ic regulator tu rosak, dan susah nak cari. Sedih woo masa tu, iphone bukan murah, bila rosak je diorang pulak kata tak boleh betulkan. Mau aku meraung-raung kat situ.(yang ni exaggarated only..hihihi). Jadi aku simpan jelah iphone tu, lagipun masa tu Incek Ary dah bagi aku pakai blackberry. Then masa aku bukak fb, i stumbled upon this page iphone Repair KL , So i think why not i ask them to repair my iphone. Masa tu takdelah mengharap sangat yang iphone tu boleh pulih seperti sediakala. But to my surprise they did it! Dan yang bestnya si Halmi dan Zaini ni, diorang sangat friendly. They treat us as a friend. Motto diorang " you walk in as a customer....but leave our shop as our friend!!!". Diorang check iphone aku bagitau apa punca segala then bagitahu cost repair berapa dan up to me samada nak repair atau tidak. Takdelah nak paksa-paksa suruh repair macam kedai lain. Dan diorang fix in front of your face tau. So takdelah part-part yang hilang sebab kita pantau apa yang diorang buat. And not only Iphone 3g,3gs, 4 saja ipad also they can fixed. Harga pun murah berbanding kedai lain.
Iphone fix located @ Central Point PJ.

Skrin iphone bersepah-sepah dilekat depan kedai diorang. so kalau korang nak pergi kedai dia, nampak je menda ni melekat kat wall tu kedai dia lah tu.

Incek Ary sabar menanti iphone di repair.

See, Halmi fixed your iphone infront of you.

Owh, did i forget to tell you yang diorang ni dah masuk NTV7 woo..*claps*.Yang putih mcm cina tu nama dia Halmi and the one in black shirt is Zaini. I am proud of u guys! Ewahhh glemer sekarang.. Nak sign boleh?


p/s: Kalau iphone/ipad korang rosak boleh lah hantar repair kat sini. Yelah daripada beli baru, baik repair. Kos tak sama macam beli baru. Maklumlah harga iphone pun almost 2k. So aku rasa berbaloi-baloi kalau dapat repair.Tapi kalau korang kaya takpelah tak payah repair-repair beli baru je senang.hihihi
Alamat : F34A, 1st Floor, Centrepoint Mall, 47800 Petaling Jaya, Slangor
Isn - Sab: 10.00 pagi - 10.00 malam
Aha : 12.00 ptg - 8.00 malam
No Fon : 016 6880126 Halmi/Zaini


Khamis, 4 Ogos 2011

Masak sendiri atau beli?

Pada pendapat korang kan, masak sendiri lagi jimat ke, atau beli kat luar lagi jimat?Korang kan tahu aku duduk berdua je laki bini kat rumah, so kitorang ni jarang ler nak masak. Kalau masak pun hari Sabtu Ahad je, hari lain tu rasanya macam berbaloi beli kat luar, unless Incek Ary ada special request makanan yang dia nak makan barulah aku masak contoh macam ketam. Ketam kan mahal kalau beli kat luar, amik sekor je dah cecah RM6 seekor kalau masak sendiri boleh lah makan berekor-ekor ye tak? Sebenarnya pada aku lah kan,(org lain aku tak tahu) kalau setakat duduk berdua ni, lagi jimat beli lauk kat luar. Nasi masak sendiri. Lagi-lagi bulan puasa, beli lauk dalam rm10 tahan untuk berbuka dan sahur. Kalau hari biasa tu, sempat jugak nak masak utk makan malam. Tapi time puasa ni, tak dan nak masak. Sampai rumah pun dah pukul berapa.Mana nak masak nasi, nak masak lauk, nak masak sayur, potong bawang segala. So best solution, beli je kat luar. Cepat dan jimat. Tapi kena tengok kedai mana yang korang beli, kalau kat bazar ramadhan sekarang ni, memang lauk pauk diorang cas mahal giler-giler. Ada ke member aku beli kerabu perut rm3, perut tu dlm 5 keping je dia letak.tu pun potongan yang kecik. Memang cepat kaya lah makcik tu meniaga kalau gitu cara dia. macam aku, kalau nak beli lauk, memang dah ada tempat spesel yang murah, sedap, dan banyak. Everytime rasa tak nak masak je, gerai akak tu lah yang aku tuju. Selalunya kalau beli dalam 4 jenis lauk pauk bawah rm10 je harga dia. Pastu kuantiti dia banyak. Memang aku doakan makcik ni sentiasa murah rezeki dia..Amin..

Lauk pauk berbuka semalam yang aku beli dekat gerai akak tu, Udang sambal RM2, tempe goreng sambal RM2, gulai nangka RM2, Daging rendang RM3. Alhamdulillah, selamat makan untuk buka puasa dan sahur. Kalau pergi Bazar ramadhan ni, kena banyakkan wasatiyah kalau tak habis semua makanan laki aku nak beli.. Nafsu orang tengah lapar le katakan. Sebab tu kalau pergi bazar ramadhan, dia kena bawak aku. Atleast aku boleh tolong ingatkan dia kalau dia beli lebih-lebih."Membazir amalan syaitan bang!"hihihi...

Selasa, 2 Ogos 2011

Puchong Permai dah ada Uptown beb!

Malam Sabtu lepas secara tak sengaja masa aku dan Incek Ary pergi jalan-jalan cari makan kat area Puchong, tetiba kitorang ternampak Uptown Bazaar Puchong Permai yang baru di buka. Selama ni lalu tak penah nampak pulak ada Uptown kat situ. So aku pun apa lagi ajak le Incek Ary singgah kat sana, dah aang-alang sampai apa salahnya singgah.

Signboard yang terang benderang membuatkan bijik mata aku ni terus tertancap kat sana.Sebenarnya takde benda pun nak beli kat sana, cuma aku ni kan kaki jalan malam, janji berjalan dah boleh buat aku rasa happy, balik dah boleh tidur dengan lenanya..hahahaha..boleh gitu?

Masa baru-baru sampai adalah persembahan nyanyian ghazal lagu-lagu lama. Grup apa dan dari mana aku tak tahu sebab tak sempat nak interview diorang. lepas je persembahan diorang ada lah sekumpulan budak muda-muda buat tarian shuffle kat pentas tu jugak. Buat pengetahuan korang yang tak tahu ni, Uptown Bazaar Heritage Puchong permai (kelass ko nama dia) ni baru dibuka dalam 2 minggu yang lepas, so orang pun tak ramai. maybe tak ramai yang tahu tentang kewujudan Uptown ni kot.

Antara gerai-gerai yang meniaga kat sana. kat sini kira selesa lah kalau korang nak berjalan-jalan even time hujan pon boleh datang sebab berbumbung tak macam Uptown danau kota tu.
Tapi yang tak best tempat parking limited, pastu lecak abis kasut aku kotor.

Pemandangan kat dalam bazaar, ok lah tapi tak banyak kedai lagi yang berjualan kat sana.Walaupun pada awalnya memang takde niat nak membeli, tapi terjebak jugak membeli bantal, fridge magnet dengan brooch.

Fridge magnet yang 3 biji 10 hengget.

Brooch ni murah je, dalam 3-5 ringgit seketul. Cantik kan siap juntai-juntai lagi.

Bantal ni satu biji 40 hengget, tapi aku tawar last-last dapat lah rega 32 hengget.Apsal mahal sangat bantal ni? sebabnya :::
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bantal ni boleh buat gebar( selimut) sangat elok kalau letak dalam kereta. Incase kalau berjalan malam, boleh lah aku tidor dengan nyenyak.(*_*)


Isnin, 1 Ogos 2011

Weeeeee! My 2nd year AnniversAry

Alhamdulillah, hari ini genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan Incek Ary. Diam tak diam, dah 2 tahun. Pastu 5 tahun, pastu 10 tahun dan seterusnya Insyaallah. Hopefully perkahwinan ini akan kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat kami. Amin ya rabbal alamin.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen


Kredit to Hanan diatas doa Panjang Jodoh dan kasih Sayang




And to Incek Ary,

You are my husband
And I am your wife
These two words
Bring light to my life

As we've walked these years together
Sharing each the other's load
Many trials we have shared
We took some detours in the road

Each day we're together
My love is surpassed
By the days before
That have already passed

But if I met you on tomorrow
I would still give you my heart
If you should say, "do you still love me?"
I'd say, "Til death do us part"

InsyaAllah....


Related Posts with Thumbnails