Khamis, 28 Julai 2011

Muzium Negeri Terengganu

Sambungan dari Unplanned Vacation hari tu, the next day kitorang pergi melawat Muzium Negeri Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong ni dikatakan antara Muzium terbesar di Malaysia. Tapi aku rasa memang besar pun, semput aku naik turun tangga kat sana.

Architecture Muzium ni sangat cantik dan nampak seperti Istana zaman silam. Dengan senibina berunsur tradisi melayu. Reka bentuk rumah ni di pilih dari Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi.

Tiket masuk ke Muzium ni hanya RM 5 bagi dewasa. RM 2 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun dan RM 1 bagi pelajar yang memakai uniform sekolah. Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun, masuk free ye..

Pemandangan dari pintu masuk utama muzium. And untuk informasi, kamera tak boleh dibawa masuk ye. So aku kenalah park kamera aku tu kat 'mak guard' sebelum nak masuk. Ekceli memang boleh kalau nak guna kamera kecik atau kamera fon, tapi aku takut nak snap coz cctv merata-rata. Heran kan, kenapalah tak bagi kita ambil gambar kat dalam tu. Kan boleh buat rujukan sejarah. Tak gitu?Jadi kita layan gambar di luar muzium jelah.

2 orang pelancong dari Zimbabwe yang teruja tengok senibina muzium Terengganu.

Auuwww..Opocoach! (istilah baru dr opocot) ada lipas u! Terlompat i!

Pemandangan dari Jetty di dalam muzium.Aku tak tau lah ni jetty apa. Untuk sampan berlabuh kot..hihihi

Sejarah pembuatan sampan, we all kenkonon posing ala-ala model sampan..
Comel kan kami? (sila jangan muntah)

*happy family*

Ni pokok buah Nagasari kan? eh silap buah Naga kan? Kewlass kan kat sini siap boleh tanam pokok lagi.
Alamat :
Lembaga Muzium Negeri Terengganu Bukit Losong 20566 Kuala Terengganu Terengganu
Telefon : 609 - 622 1444
Faks : 609 - 623 1209
Email : webmaster@muzium.terengganu.gov.my
Laman Web : http://www.muzium.terengganu.gov.my/
p/s: Tak rugi bayar RM5 masuk dalam Muzium ni, banyak benda menarik dalam tu, cuma yang tak best tak dapat ambil gambar je. Sesiapa yang datang melawat Ganu tu, boleh lah singgah ke sini ya..

6 ulasan:

M a W a D D a H berkata...

bagus da sampai...hihi...:)

Unknown berkata...

saya belajar kat Universiti Malaysia Terengganu, tp tak penah sampai muzium terengganu lagi..:D

Unknown berkata...

ganu mmg bess.....heaven

Farah Min berkata...

Cantiklah pemandangan kat muzium tu. tak pernah pergi pun..

odahonebizz berkata...

Yes! Yes!... nasib bek kita seri 1-1... nanti boleh men timbal balik kat singapore plak xlah susah sgt kn..nanti kita just kena score sebijk pastu, bertahan je n blakon sakit macam nak mati...kena angin sikit jatuh & buang masa byk2 barulah namanya kiasu!@takut kalah...come on msia!.. aku nk g r nnt tgk kat stadium Jalan Besar Singapore...??????...panas xhbis lg ni...hoho...sori xde kena mngena dgn entry just nak luahkn perasaan jek ni...

tiefazatie berkata...

ifa xdan nak masuk..balik2 dtg je dh ttp..haha..main kat luar je la..hihi

Related Posts with Thumbnails