Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Yuhuuu..Diam tak diam dah nak masuk ke bulan Ramadhan. Lagi 2 hari je lagi nak puasa. Sempena kehadiran bulan Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diberkati olehnya. Amin...

Disini aku sertakan niat puasa sekali, manalah tau ada yang tak ingat niat puasa kan.hihihi..

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Sebulan)


"Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Harian)


"Nawaitu shauma ghadin an’ada-i fardhisyahri ramadhaana hadzihis sanati lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarrahimiin"
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu Allahumma inni as-aluka antaghfirali birahmatikal lati wasi’at kulla syaiin."
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Niat sembahyang terawih

"Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala".
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang tarawikh dua rakat ma'mum kerana Allah Taala.

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1432H/2011M



3 ulasan:

Aida Azryn berkata...

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. ;)

ratusiput berkata...

slamat menyambut ramadhan jugak utk qellisa dan suami :) bagus info ni siap ade niat bagai.ble refer kalau kot2 terlupa :)

Zasillah Ariffin berkata...

selamat menyambut bula ramadhan al-mubarak juga tuk u sekeluarga babe...kalaulah puasa tahun ni dapat penuh...alangkah bagusnya :)

Related Posts with Thumbnails