Sabtu, 22 Oktober 2011

Doaku buatmu di hari lahirmu.

Assalamualaikum, pehhh lama sungguh aku tak update blog. Naik bersawang blog ni. Dah lupa dah aku cara-cara nak menaip, nak menyusun kata-kata, ecehh. Sindrom 'Malas' yg berjangkit kat aku ni lama pulak nak sembuh. Tapi sebab hari ni hari spesel untuk Incek Ary, aku kuatkan semangat nak menulis semula blog ni walaupun takde siapa dah yang sudi baca blog aku ni..(lap air mata jap....sedihhh)
Pagerank aku da jadi 0!(*nangeesss......) itu maknanya dah takde orang yang datang baca blog aku kan.kan.kan...
Takpelah lupakan tentang tu, yang penting sekarang aku nak dedicated a birthday wish kat my beloved Husband..(Eceh, jiwang ler tu..)

Buat suamiku Encik ARy,
Selamat Menyambut ulang tahun yang ke ehem..ehem...
Doaku buatmu semoga hubungan kita bertambah utuh dari hari ke hari,
dan aku berdoa agar kehidupanmu sentiasa dirahmati Allah. Semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki. Dan ingat, apa jua yang diusahakan olehmu, aku akan sentiasa berada dibelakangmu, menyokongmu susah dan senang. Insyaallah.

"Ya Allah,kau kurniakanlah suamiku kebahagiaan di dunia,akhirat,kau panjangkanlah usianya,berikahlah dia segala kebahagiaan yang sepatutnya menjadi milikku,kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke akhir usia.Berikanlah aku kesempatan untuk melalui liku-liku kehidupan bersamanya.Serahkanlah segala penderitaan di dalam hati dan dirinya kepadaku,berikanlah segala kebahagiaan aku kepadanya...."

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

6 ulasan:

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

hehehehe i didn't know ehem ehem is a number ekekkekekekekekek

zulkbo berkata...

@Nazsabrina Iman Zulfikar

ha ha..let me guess
40?..he he

DaZzlingLilLy berkata...

Happy birthday to ur husband..moga jodoh u all berpanjangan ke akhir usia..

Odah + One = OdahOne berkata...

hepi besday encik husband hope u b2 bbahagia hngga akhir hayat

oya berkata...

wah bahagia

Shiela Latif berkata...

Selamat hari Lahir incik Ary...yg ke?? hehe

babe...i suker doa u tuk husband u babe. sweet. :)

Related Posts with Thumbnails