Sabtu, 3 Disember 2011

Yayyy kat Jaybee ada Johor Premium Outlet

Dua, tiga hari ni ramai yang sibuk bercakap pasal JPO (Johor Premium Outlet) kat facebook. Actually masa depa semua dok sibuk cakap pasal JPO, i was wondering, apa JPO ni? Bukan macam Shopping Mall biasa ke? so apa yg diorang dok heboh sangat pasal opening JPO ni. kat JB pun dah banyak sangat Shopping mall, so apa istimewanya JPO ni nak dibanding dengan shopping mall yang lain? Aku pun tanyalah dengan sorang my friend kat Facebook ni, JPO ni jual apa? ramai betul yang seksaited eksaited pasal JPO ni. The main reason aku bertanya dengan dia, coz dia dah pergi kat JPO tu siap upload gambar bagai. Then dia jawab yang JPO ni ialah hub membeli belah bagi barang-barang berjenama seperti Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi dengan harga murah dan direct dari kilang yang penting ori ye, bukan imitasi. Kira macam Bicester Village kat England tu. Wahh, biar betik?? sukanya aku kat Malaysia dah ada designer outlet macam ni. Boleh jimat duit eventho kita beli branded stuff tapi dengan harga yang kurang sikit dari yang kita beli kat KLCC tu. Ni yang aku rasa teruja je nak balik Johor. (time ni lah baru teringat kampung halaman, kalau tak nan ado lah ko nak balik johor ye..hehehe)

*pics credit to my fb friend, Liza*

Nilah JPO tu..Nampak gah gitu bangunan dia. Bertempat di Kulaijaya. Jauh juga lah dari rumah parents aku. Ish teruja ni nak pergi, lebih-lebih lagi bila tau ada Coach Factory ngan Burberry ada kat situ.


Micheal Kors Butik pun ada.

Rasa macam kat oversea lak tengok outlet cenggini.


OMG!! Oh Menarik Gilerr!!La Senza pun ado ye puan-puan sekalian!

Yayy..My febret butik Coach Factory, wondering is it really cheap compared to oversea outlet?


Guess pun ada, Suka juga aku baju dan kasut kat Guess ni. Tapi mostly aku beli time sale je lah. Kalau tak sale, takde maknanya aku nak fork duit ratus-ratus beli kasut ngan baju.



Haihh..tengok kat gambar tu teruja dengan angka 40% tu..Korang teruja tak?

Sapa-sapa yang nak pergi tu boleh lah tengok map ni, kat laman Johor Premium Outlet pun ada camne cara nak pergi sana, sama ada guna bas ke, kereta ke, teksi ke, tapi LRT dengan Komuter belum ada lagi ye. Harap Maklum.(*_*)

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim
Malaysia

Menarik kan? So, apa lagi orang-orang Johor dan Singapura meh lah kita ramai-ramai serbu JPO ni. Semalam baru start Opening fresh lagi tu. Okay next week orang balik Johor tau mak confirm!! Eceh...


8 ulasan:

ratusiput berkata...

oooo ratu yg dok jb ni pun baru tau bila bace entry ni.ehehe..seram gak nak masuk tu nanti tido tak lena dibuatnye.bahaya utk ratu :)

DaZzlingLilLy berkata...

Bestnya org johor..lasenza punya mcm sangat menarik.

wak gelas berkata...

bini wak pon dh pegi jpo kulaijaya nii semalmm... eeeE wak dh datang niii nk komen komennnnn....

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

Hehehe Pulanglah kakak.....pulanglah ke pangkuan keluarga di johor...hehehe lai lai lai

Shiela Latif berkata...

lom pegi lagi ni babe..

MR♥MRS Z berkata...

bestnye... teruja sehhh.... bila nak plan g jb ni... anyway, thanks for the info dear... :)

ch@ berkata...

haaa tu la, mula tu kita pun kaget JPO-JPO. skali tengok gambar adik sendiri yang pergi dgn his girlfren, barula terhegeh-hegeh nak search. kita tak pergi pun takpe, janji bawa pergi JJ beli baju anak-anak. ahahahah.

Wen berkata...

borong sekali tuk wen deh hehe

Related Posts with Thumbnails