Isnin, 27 Jun 2011

Milkadeal redeem @ Artisan Buckets Ice Cream


Hallo!hallo! Enibadi home..eceh..malas betul nak hapdet skrg. Lately ni memang malas bebenor aku nak tulis kat blog. Tak tau lah kenapa. Alah kalau aku tulis ke , tak tulis ke, bukannya ramai orang nak baca ye tak? Ada ke orang nak stalk blog aku ni? Takde kan? hikhikhik... Ok cut off that crap, where was i actually? oh ye, actually aku nak cerita pasal redeem baucer Milkadeal kat Bucket Artisan. Aku kan suka sangat beli baucer kat Milkadeal ni, coz mostly promotion tu kat area-area KL je kan. Rasa mcm rugi je kalau tak beli. So kali ni aku redeem lah baucer Milkadeal kat Bucket Artisan Ice cream @ Sooka sentral. Sapa tak tau apa itu Artisan ice cream angkat tangan! Hah, kalau tak tau Artisan ice cream tu apa sila cari kat pakcik gugel..
What is Artisan ice cream?

Quite simply, artisan ice cream is ice cream made by an artisan which the dictionary definition of artisan being a ‘skilled craftsperson’. Delving a bit deeper in to the dictionary tells us that a crafts-person is some one who makes things skilfully by hand.

Although now-a-days, ice cream makers do not plunge their hands in to a bowl to make their ice cream, the artisan makers certainly do take a very ‘hands on’ approach using all the skills that many have learnt from many, many years making ice cream with recipes and techniques often handed down from one generation to the next.
Paham tak? Gigih aku mengugel makna artisan ice cream tu..kalau tak paham korang pegi cari kamus besta. Gerenti boleh paham..

Expiry date 20 Jun tapi aku redeem 24 Jun. Camne depa boleh bagi aku redeem lepas expiry date? Mesti korang hairan kan? sebabnya aku guna kuasa magika. hahaha, dengan sekali kerdipan mata je depa bagi aku redeem walaupun baucer tu dah expired..Percaya tak? percaya tak? Sebenarnya citer dia mcm ni, aku dah datang Sooka Sentral pada 17 Jun, kenkonon nak amik eskrem. Sekali bila sampai kat booth dia, staff dia bagi tahu yang hari tu tak boleh redeem sebab Tub yang 400ml tu dah habis. Punyalah aku frust menonggeng tak dapat nak makan eskrem hari tu. Dah lah aku pegi hari jumaat, redah jem, redah tol, bayar parking kat sooka sentral tu, alih-alih sampai sana tak dapat nak makan eskrem. Haruslah aku nangis sambil hentak-hentak kaki kat situ..(yg ni tipu). Masa minah tu cakap tak boleh redeem, aku kata oklah tapi isnin aku takut tak sempat nak redeem sebab maybe isnin tu aku busy.Dia cakap takpelah, eventho dah expired aku still boleh redeem. So its yay for me!. Tapi dalam pada aku rasa tak kisah tu, aku luahkanlah ketidak puasan hati aku tu kat Incek Ary.(yelah nak ngadu dengan sapa lagi kan kalau tak dengan laki). Then Incek Ary bagitau aku dia post komen kat wall Buckets Artisan ice cream .Masa tu ingatkan staff dia mesti buat sambil lewa je apa yang ditulis Incek Ary, tapi ternyata aku silap rupanya diorg take it seriously. Bagus dan cekap management diorang handle komplen-komplen dari customer.Thumbs up to Bucket Artisan ice cream!

*klik gambar untuk tumbesaran*

Lepas baca komen balas dr pihak Buckets Artisan, Incek Ary pun hantar email kat Bucket Artisan. (dah pihak dia suruh hantar email, Incek Ary pun hantar jelah.) Sebenarnya niat Incek Ary cuma nak bgtahu betapa frustnya aku tak dapat makan eskrem hari tu, bukan niat nak komplen pun. Tapi dah pihak Bucket Artisan ni balas komen tu, so Incek Ary forward lah email kat diorang. Then diorang balas email Incek Ary dalam masa tak sampai berapa saat. Cehh, takde maknanya berapa saat. Dalam beberapa minit je. Seriously sangat eficient kerja diorang.I loike! walaupun cuma masalah kecil, diorang anggap macam kes ni sesuatu yang besar. Siap bagi kitorang ice cream yang 650ml instead of 400ml lagi ko sebagai tanda maaf. Yang best tu siap bagi free delivery!

*Klik gambar untuk tumbesaran*

Tapi kitorang pilih nak ambik sendiri eskrem tu, sebab boleh test semua eskrem yang ada. Kalau delivery tak dapek lah nak rasa eskrem-eskrem tu.

Kat Sooka Sentral ni, kedai Bucket artisan ni kecik je. Masa mula-mula datang tu aku bajet mesti ala-ala baskin robin kot kedai dia. Sekali tengok rupanya booth je. Tapi oklah, ramai jugak customer dia.size doesn't matter bak kata orang putih..

Yang ni lah tub 400ml yang katanya da out of stock tu. nasib baiklah ko out of stock masa aku datang hari tu. Dapatlah aku eskrem yang besor sikit..hahaha..dasar Kiasu!

Amoi ni tengah masukkan eskrem Mixed nut dalam bekas 650ml.

yayyy i got big buckets!

Sedap sangat Artisan ice cream ni.Tak lemak sangat. Yang penting Low fat, Low calorie, Low cholestrol katanya!Yummehhhh...

Isnin, 20 Jun 2011

Baby hilang dalam perut?

*gambar sekadar hiasan semata*

Korang pernah dengar tak kes-kes baby hilang dalam perut?mesti pernahkan? Selama ni aku pernah dengar kes-kes macam ni, tapi antara percaya atau tak. Macam mana baby yg kita kandung dalam perut selama 6,7 bulan tetiba boleh hilang dalam masa satu malam. Macam tak boleh diterima dengan akal yang waraskan? But believe me it is true! It happened to one of my bestfriend baru-baru ni.She was supposed to give birth on 1st of July this year.Kiranya lagi berapa minggu je kan? Tp, tak disangka-sangka tiba-tiba baby dalam kandungan which is about 8 months tu dah takde dalam kandungan.All that she know, one day(last 2 weeks) masa dia bangun dari tido dia rasa satu badan sengal-sengal but she didn't expect anything worse pun. So the next day tu she went for usual medical check up (yelah dah 8 bulan mestilah ada check up kan) then doctor tu pelik dan terkejut bila scan kantung rahim dia tu dah kosong
, terus refer dia ke specialist and after done all the checkup for the second time mmg sah kantung rahim dia dah kosong..Miracle isn't it? Doctor klasifikasikan ia sebagai False Positive pregnancy. Coz she said kalau meninggal then mana jasadnya..So doctor pun ckp gugur dalam bahasa senang faham lah.Korang dapat bayangkan tak perasaan seorg ibu yang tiba-tiba dapat tahu kandungan dia dah takde.Abis selama ni yang dia bawak tu ape? siap scan semua mmg ada baby, then dalam masa satu hari je boleh hilang. Kalau meninggal dalam perut atleast dia tau mana kubur anak dia. Ni tidak, hilang macam tu je.dan perut dia pun makin hari makin susut, tp takde lah terus kempis masih nampak buncitnya cuma dah tak nampak mcm org mengandung.Masa dia beritahu apa yang terjadi pada dia, i was really shocked and air mata aku tak berhenti mengalir.Aku rasa sedih sgt coz i knew how hard she tried to have a baby same like me. So i'm kinda happy for her when she told me that she is pregnant. Rasa tak sabar to be a fairy godmother to her baby. Tup-tup jadi macam ni of course lah aku sedih sgt-sgt.Tapi kuasa Allah, kita tak dapat menolak apa yang DIA dah tentukan kepada setiap hambanya. Sedangkan aku ni bestfriend dia pon boleh sedih nak mamposss giler bila dengar berita tu, apatah lagi dia yang mengandungkan baby tu.Mesti lagi sedihkan?Dan aku sebagai kawan harap sangat hopefully ko tabah hadapi dugaan ni.Mmg kitorg tak rasa apa yg ko rasa, kepedihan, keperitan yg ko alami.Tapi kitorg tumpang bersedih atas apa yg terjadi.And I love you so much .Semoga dengan ujian ni ko akan jadi lebih tabah dan kuat semangat. Sekarang kawan aku ni tgh berubat kat Darussyifa, aku tak tahu apa kesudahannya just pray for the best for her.And ustaz yang rawat dia ckp possibility utk dapat baby tu balik mmg takde sebab baby tu dah hidup di *alam lain*. Wallahualam.


p/s: sape kat sini yang pernah alami benda ni? sebenarnya apa yg berlaku ye?Teringin sangat nak tahu..

Jumaat, 17 Jun 2011

Berkenan aku tengok Perodua Myvi model baru ni!

Yuhuuu everybody! Missing me? i miss u all too...Meh sini meh nak kiss pipi kiri sikit kiss pipi kanan sikit sambil gesel-gesel muka gitu...Rindu sesangat. Lama da aku tak update blog.Been busy lately with works and etc..
So aku update entry ringan-ringan jelah dulu ye..
Lately ni, ramai betul blogger yang upload gambar Myvi baru.
Cantik juga model terbaru myvi ni.
Tapi rupa dia hampir sama je dgn yang lama. Cuma ubah tang tu sikit tang ni sikit jadilah Myvi baru..Bila tgk kereta ni rasa macam nak tukar je Getz aku tu dgn kereta ni. Harga dia murah sikit kalau nak banding dari harga kereta Getz aku tu masa memula beli dulu.
Kan shee kan?Since my Getz ni da byk pulak ragamnya, rasa nak tukar kereta tu makin membuak-buak pulak. Tp cakap nak tukar senang, duitnya nan ado..Hahahaha..so berangan jelah dulu..

*Picture di cilok dari Cari.com.my*

Dari depan sikit-sikit macam Toyota Yaris.

Montot kereta ni mcm penah nampak.. Mcm montot Honda stream yg baru tu kan kan kan..And Still lebar montot dia..aku igt yg baru ni montot dia da selim melim sikit..Agaknya mmg signature Myvi kot, asal Myvi je mesti montot lebar.

Dah siap ada tinted sekarang ye. Dulu masa member aku beli Myvi gigihlah kitorg temankan pegi kedai tinted sampai tertido-tido tunggu kereta tu siap di 'tinted'.sekarang dah tak payah nak tinted kat kedai semua dah ready.. Side mirror pun da canggih, otomatik lagi ko! dah mcm kereta mewah gitu..

Gear dia pun canggih, dah tak sama macam Myvi lama..suker!

Harga dia pun boleh tahan murah kira mampu milik utk golongan muda mudi mcm aku ni..ahakksss muda ke?

1) Standard 1.3 SX (M) Solid – RM43,900.00

2) Standard 1.3 SX (M) Metalik – RM44,400.00

3) Standard 1.3 SX (M) Pearl White – RM44,800.00

4) Standard 1.3 EZ (A) Solid – RM46,900.00

5) Standard 1.3 EZ (A) Metalik – RM47,400.00

6) Standard 1.3 EZ (A) Pearl White – RM47,800.00

7) Premium 1.3 SXi (M) Solid – RM46,900.00

8 ) Premium 1.3 SXi (M) Metalik – RM47,400.00

9) Premium 1.3 SXi (M) Pearl White – RM47,800.00

10) Premium 1.3 EZi (A) Solid – RM49,900.00

11) Premium 1.3 EZi (A) Metalik – RM50,400.00

12) Premium 1.3 EZi (A) Pearl White – RM50,800.00


*sumber dari Arenakereta.com*


Jumaat, 3 Jun 2011

Resit?

yo!yo..wassup!..Ecehhh da macam Rappers pulak dok wassup-wassup segala..Psstt, aku nak tanya korang lah..Kalau korang pegi shopping kan, korang selalu tak ambik resit pembelian korang tuh? Hah?!!tak ambik?Apasal tak ambik? Heyy korang tau tak kalau korang beli barang tak amik resit kiranya macam korang ni ambik barang tu percuma jek dengan kata lain yg senang nak paham ala-ala mencuri gitu.yelah buatnya ada org spot check ke apa, takde hitam putih beb ko beli barang tu..da tak pasal-pasal org tuduh ko pencuri. Betul tak?

Hari tu, (hari apa aku tak igt dlm mggu lepas ) aku ada pergi satu kedai jual accesory wanita kat Jusco AU2 ala yg tempat budak-budak AF9 tu study. Kedai ni jual barang-barang outlet(means barang tu murah dari harga yg kita beli kat butik sebenar dia). Contoh macam earrings kan harga biasa rm39 dapat ler 2 rm10, 3 rm10 ..murah giler tu..ce korang teka kedai apakah yang aku maksudkan itu?mesti yg selalu lepak kat Jusco AU tau kan accesory outlet yg aku ckp kan tu...

Ok , so aku pun masuklah kedai tu, tinjau-tinjau kalau ada barang yang aku berkenan. Aku ni paling pantang kalau Sales assistant dok ngekor je mana aku pegi. Kalau nak serve customer takpe, bglah bakul ke, ckplah promotion apa yg ada, barang apa yg murah, ni tak dok ngikut je montot aku mcm aku ni nak merembat plak gaya dia awasi aku tu.Rimas tau tak?Rimas..Lepas pilih barang yang aku berkenan tu, aku pon bawaklah ke cashier kaunter nak bayar.

Masa dia scan barang aku tu, bunyi scanner tu kecik je tp harga tak keluar kat skrin.Aku pon heran gak, minah ni scan ke tak?Yelah selalu kalau kita beli barang kan harga dok terpampang kat skrin mesin wang tu kan? Ni takde plak.Aku bajet ntah-ntah mesin wang tu rosak kot. Aku pun bayar jelah harga barang aku tu rm10, lepas dia masukkan barang kat plastik aku pun tanyalah."eh kak, Resit takde ke?" Minah tu boleh tanya aku balik."nak resit ke?" aku jawab " yelah!" sambil dalam hati aku ni bercakap kang kalau takde resit, alih-alih pak guard tahan tak ke naya dikatanya aku mencuri.Yelah bukti hitam putih takde atleast kalau resit yang print tu takde, bagilah resit baucer.Yang penting ada resit..akad jual beli tu ada!

Bila aku mintak resit, minah tu tetiba je mcm kelam kabut, dia tekan-tekan amenda ntah kat mesin wang tu kuat-kuat macam marah je aku mintak resit (nak marah-marah lah aku pedulik apa. yang penting aku dapat resit aku!). Pastu dia mintaklah barang aku yg dlm plastik nak scan balik.Kali ni terpampang pulak harga barang tu kat skrin..Aik, aku ingat rosak td..Rupanya boleh berfungsi dgn sempurna mesin tu.So dapatlah resit aku tu, even rm10 pun aku tetap nakkan resit senang aku nak buat kira-kira belanjawan aku setiap hari.

Lagi pun aku taknak lah di label pencuri sebab barang berharga rm10 je.Aku pun tak tau apa point minah tu taknak scan barang aku.Tapi malas nak pikir negatif..Apa-apa pun korang kalau beli apa-apa barang sekali pun wajib mintak resit ye..kalau kat pasar malam tu boleh excuselah..kang beratur panjang org nak beli mee goreng kawah tu gara-gara semua dok sibuk mintak resit..hahaha..

Artikel kat bawah ini di cilok dari konsumerkini.net.my
>Menurut Seksyen 140, Akta Perlindungan Pengguna 1999, resit bermaksud:

(1) Seseorang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.

(2) Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna

(3) Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) nama perdagangan dan alamat pembekal;
(b) tarikh pembelian;
(c) amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
(d) jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
(e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
(f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Pengguna adalah orang yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang ada di pasaran. Jika pengguna tersebut hendak menukar barang tersebut disebabkan oleh kecacatan, apakah bukti pembelian yang boleh ditunjukkan jika tiada resit? Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ada menerima aduan daripada seorang pengguna yang telah membayar RM90,000 untuk membuat pengubahsuaian rumah tanpa resit. Alasan yang diberikan oleh pengguna tersebut ialah kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah adalah kawan baiknya. Akan tetapi kontraktor tersebut tidak melaksanakan tugas pengubahsuaian rumah seperti yang dijanjikan.

Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.

Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah kawan baik sendiri.

Deivigarani Krisha
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Rabu, 1 Jun 2011

Jalan-jalan di Waterfront Kuching

Mesti korang ingat cerita pasal Sarawak tu dah abis kan?Nehii..nehii...belum abis lagi. Ada byk lagi episod.. Sebenarnya malas nak buat cerita pasal Sarawak ni one shot, takut korang bosan pulak nak membacanya. Kali ni aku nak membawa korang ke Waterfront Kuching..(pehh ayat dah mcm program travelogue 3 hari 2 malam kat TV9 tuhhhh). Kalau nak cari souvenirs utk kenkawan, kat deretan kedai souvenirs opposite Kuching Waterfront banyak giler kedainya pastu murah-murah pulak tu. Kat kedai tu, macam-macam ado! ko nak beli gambir Sarawak pun ado! selamba badak je diorg jual kat tepi-tepi kedai, kondom pon ada jual sekali..eh gambir Sarawak tu bukan utk sakit gusi ke? apa point nya jual sekali dengan kondom ye?(buat-buat muka blur kononnya,,ahakksss)..Jom layanzzz tgk gambar..A picture can tell a thousand words giteww..

Kalau korang rasa ada duit terlebih, boleh lah naik Sarawak River cruise ni. Harga ni termasuk refreshment. Bagi aku, tak berbaloi lah nak naik menda ni sampai 60 hengget.Kalau 2 org dan 120 hengget..sebab dok pusing2 kat sungai tu je..

Dapat amik gambar kat depan cruise tu pon jadilah...


Bangunan Astana Dari Seberang WaterFront Kuching

Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak..

Souvenirs time! masa ni, dari satu kedai ke satu kedai kitorg masuk. Kononnya nak cari yg betul-betul murah..Comel kan menda tu..boleh buat hiasan rumah..

Shield ni digunakan oleh org sarawak utk mempertahankan diri kot..Tp sekarang da jadi barang perhiasan..Yang incek Ary pegang ni besor sgt..yg aku pegang tu jugak yg cantik..

Ala-ala cowboy gitu..

Sesuka hati je pegang kepala patung tu..Seram aku tgk patung tu weh!

Tolong!!!Tolong!!Laki aku kena baham dek Buaya Sarawak!ehhh tu buaya ke naga ek? naga ke buaya?hahaha...

Related Posts with Thumbnails