Jumaat, 3 Jun 2011

Resit?

yo!yo..wassup!..Ecehhh da macam Rappers pulak dok wassup-wassup segala..Psstt, aku nak tanya korang lah..Kalau korang pegi shopping kan, korang selalu tak ambik resit pembelian korang tuh? Hah?!!tak ambik?Apasal tak ambik? Heyy korang tau tak kalau korang beli barang tak amik resit kiranya macam korang ni ambik barang tu percuma jek dengan kata lain yg senang nak paham ala-ala mencuri gitu.yelah buatnya ada org spot check ke apa, takde hitam putih beb ko beli barang tu..da tak pasal-pasal org tuduh ko pencuri. Betul tak?

Hari tu, (hari apa aku tak igt dlm mggu lepas ) aku ada pergi satu kedai jual accesory wanita kat Jusco AU2 ala yg tempat budak-budak AF9 tu study. Kedai ni jual barang-barang outlet(means barang tu murah dari harga yg kita beli kat butik sebenar dia). Contoh macam earrings kan harga biasa rm39 dapat ler 2 rm10, 3 rm10 ..murah giler tu..ce korang teka kedai apakah yang aku maksudkan itu?mesti yg selalu lepak kat Jusco AU tau kan accesory outlet yg aku ckp kan tu...

Ok , so aku pun masuklah kedai tu, tinjau-tinjau kalau ada barang yang aku berkenan. Aku ni paling pantang kalau Sales assistant dok ngekor je mana aku pegi. Kalau nak serve customer takpe, bglah bakul ke, ckplah promotion apa yg ada, barang apa yg murah, ni tak dok ngikut je montot aku mcm aku ni nak merembat plak gaya dia awasi aku tu.Rimas tau tak?Rimas..Lepas pilih barang yang aku berkenan tu, aku pon bawaklah ke cashier kaunter nak bayar.

Masa dia scan barang aku tu, bunyi scanner tu kecik je tp harga tak keluar kat skrin.Aku pon heran gak, minah ni scan ke tak?Yelah selalu kalau kita beli barang kan harga dok terpampang kat skrin mesin wang tu kan? Ni takde plak.Aku bajet ntah-ntah mesin wang tu rosak kot. Aku pun bayar jelah harga barang aku tu rm10, lepas dia masukkan barang kat plastik aku pun tanyalah."eh kak, Resit takde ke?" Minah tu boleh tanya aku balik."nak resit ke?" aku jawab " yelah!" sambil dalam hati aku ni bercakap kang kalau takde resit, alih-alih pak guard tahan tak ke naya dikatanya aku mencuri.Yelah bukti hitam putih takde atleast kalau resit yang print tu takde, bagilah resit baucer.Yang penting ada resit..akad jual beli tu ada!

Bila aku mintak resit, minah tu tetiba je mcm kelam kabut, dia tekan-tekan amenda ntah kat mesin wang tu kuat-kuat macam marah je aku mintak resit (nak marah-marah lah aku pedulik apa. yang penting aku dapat resit aku!). Pastu dia mintaklah barang aku yg dlm plastik nak scan balik.Kali ni terpampang pulak harga barang tu kat skrin..Aik, aku ingat rosak td..Rupanya boleh berfungsi dgn sempurna mesin tu.So dapatlah resit aku tu, even rm10 pun aku tetap nakkan resit senang aku nak buat kira-kira belanjawan aku setiap hari.

Lagi pun aku taknak lah di label pencuri sebab barang berharga rm10 je.Aku pun tak tau apa point minah tu taknak scan barang aku.Tapi malas nak pikir negatif..Apa-apa pun korang kalau beli apa-apa barang sekali pun wajib mintak resit ye..kalau kat pasar malam tu boleh excuselah..kang beratur panjang org nak beli mee goreng kawah tu gara-gara semua dok sibuk mintak resit..hahaha..

Artikel kat bawah ini di cilok dari konsumerkini.net.my
>Menurut Seksyen 140, Akta Perlindungan Pengguna 1999, resit bermaksud:

(1) Seseorang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.

(2) Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna

(3) Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) nama perdagangan dan alamat pembekal;
(b) tarikh pembelian;
(c) amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
(d) jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
(e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
(f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Pengguna adalah orang yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang ada di pasaran. Jika pengguna tersebut hendak menukar barang tersebut disebabkan oleh kecacatan, apakah bukti pembelian yang boleh ditunjukkan jika tiada resit? Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ada menerima aduan daripada seorang pengguna yang telah membayar RM90,000 untuk membuat pengubahsuaian rumah tanpa resit. Alasan yang diberikan oleh pengguna tersebut ialah kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah adalah kawan baiknya. Akan tetapi kontraktor tersebut tidak melaksanakan tugas pengubahsuaian rumah seperti yang dijanjikan.

Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.

Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah kawan baik sendiri.

Deivigarani Krisha
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


34 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

betul jugak u ckp resit ni penting sbg bukti pembelian..i mmg jarang check resit nih,tp slalunya cashier mst bg resit dgn balance kan..

qellissa berkata...

@DaZzlingLilLy Tengok cashier gak u, kadang2 diorg target barang2 yg harga rounding contoh mcm 10 hengget, 5 hengget, yg bila kita byr ngam2.so diorg tak bg balance..tak tau lah apa motif diorg taknak bg resit..tp apa2 pon resit tu sgt penting kan..bukti jual beli kita..=)

Norafifah Roshman berkata...

Fyfah pun tak suka ada sales assistant . haha . kalau nak beli barang kepunyaan wanita tu la yang selalu nak ikott . malu tauu kadang2 . Fyfah selalu larikan diri dri diorang tuh . ;P

qellissa berkata...

@a f i f a h s w e e t kan fyfah kan...tak suker org dok follow2 kita time nak beli barang rasa cam x selesa..

Azlan Strider berkata...

btul2..resit tu mmg penting..org zaman skunk nie slalu igt kalo kita mntak resit jer igt kita nak claim..bukan stakat claim.resit tu menunjukan bukti pembelian..ade juga yg mntak resit untuk merancang perbelanjaan sebulan..hehehe

Regards,
-Strider-

Tanpa Nama berkata...

suka simpan resit tapi xpnh bace resit. hehehee

mari bace entry baru sya
http://nurulwaeda.blogspot.com/2011/06/camni-ke-susah-senang-bersama-sama-haaa.html

qellissa berkata...

@Azlan Hasan Tulah pasal, sebab tu pentingnya mintak resit ni..tu je bukti yg tunjuk kita beli barangkan?=)

qellissa berkata...

@waeda alias samalah suka simpan resit sampai penuh wallet..hahaha

Nini Hartini berkata...

wow..ilmu berguna ni...terima kasih sudi kongsi.

ermm kalau ikut kata hati yg jahat, budak tu nk ambil duit tu huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

aku amat mementingkan resit...

Zasillah Ariffin berkata...

betul sangat setuju ngan entry resit ni babe...memang wajib ada resit..takut kita lak yang dituduh mencurik...betul betul betul...sokong 100%

Unknown berkata...

aku pun camtu buat muka bodo jer nak resit walaupun cashier buat muka cam taik...bukan apa sbg bahan bukti incase ada penipuan

qellissa berkata...

@Nini Hartini Kan Nini Kan?i pon rasa dia sebenornya nak amik duit tu..tp malas nak amik pot sgt..hahaha..janji dpt resit..

Cik Puan Peah berkata...

terbaik beb....nampak sgt diorg 2 malas xwt keje...ape la salahnyer scan bebetol...xkire la harge rm10 pn..n bg resit..bukan kertas leh abes pn..ngukngik..anyway u gi jusco au2 eh?jauhnye smpai ke c2..umah fmily i kt area c2 jugak..kt tmn keramat 2..hee...i bru skali je gi jusco au2 time dak2 af 2 blajo..dpt la tgk diorg dlm umh kace 2..tp rse cm tgk tv je..sbb jauh hik3..

odahonebizz berkata...

beli apa pun mesti ada resit & simpan elok2 mana tau brg tu rosak boleh lah tuntut gantirugi or warranty...kalo xde resit xde sape yg tggjawab...alamak td beli telur lupa pulak simpan resit kat mana??? mana tau telur tiruan..boleh pulangkan balik...hoho..

matahati-aishahazhar berkata...

kalau kedai runcit mmg susah nak dapat resit.. bila beli gas je dapat resit.. sebab nak suruh dia antar rumah..

zati embong berkata...

kalau kt mydin,sah2 dia nk resit,nk cop.hihi.

Hairun Azmi berkata...

Berjaga jaga adalah langkah terbaik..

E.coli kebal

A D I A berkata...

i kalau kedai2 kurang menyakinkan selalu i mintak resit. sbb selalu berburuk sangka si SA ni simpan dui tu dalam poket tak masuk akaun kedai.

tu andaian je la jarang je belaku kan?

qellissa berkata...

@Cik Puan PeahYup beb jauh kan jusco tu, tu pon sebab teruja tgk rumah kaca dak2 AF tu..hahaha

qellissa berkata...

@A D I A Babe andaian u tu sama dgn i, menda ni x mustahil babe..u pikir logiklah, apasal dia x nak scan sedangkan mesin tu x rosak? klu dia x scan..mana pergi duit yg kita bayar tu kan? lu pikirlah sendiri..ahakksss

M a W a D D a H berkata...

baru tahu ada jugak akta untuk resit...hehehe

Unknown berkata...

resit ialah satu bukti yang menyokong dan boleh digunakan di mahkamah untuk apa2 tuntutan..

ummiross berkata...

ummi setuju, resit tu penting sebagai bukti pembelian, resit pun dapat elak pekerja dari menipu majikan...

cikida berkata...

yezza...penting resit tu,nti kite leh semak balik belanja kite bape kan..huuu...kalo terlebih leh la berjimat akan dtg,..cewah..=p

Ur Other Half berkata...

yg ne aie stuju.. penah ade pengalaman bru smgu.. aie pegi max value beli air nestle bliss je pun. harga dlm rm7 je..aie bg duit rm50 cz xde duit kecik..pastu nk cpt mmg x sedar dia bg baki bape..resit pun xbg .. pastu balik umah amek picture sume.. pastu kua balik nk isi myk.. skali tgk duit ade rm2++ je.. jenuh cr hmm rupenye cashier 2 xbg baki penuh. dia bg balik baki mcm aie bg rm10.nk claim xdpt dh cz xde resit.. rm40 bhaii..arghh sadis.. huhu

Nashays berkata...

Aku pon qell mesti nak resit..bukan apa balik umah kang nak tgk lagi sekali..tu klu bli groceries..klu bli baju ke hape, klu xmuat or ade kerosakkan senang nak tukar..
Tp aku terasa sesuatu ngn cashier tu..hurmmmm..mari bersangka baik

erleena berkata...

sbgai stdent akaun rsit ini sgt pting! haha tp kdg2 bkn kesah grr

Iznie berkata...

owh...

iznie slalu buat tatau jer ngan resit tue...hoho...

sbb slalunya depends on cashier tu kan....

Diari Si Froggie berkata...

cashier tu pemalas la tu sbb tu dia berlakon konon2 dok scan..haha.

resit mmg penting kan sis..

Unknown berkata...

hoho..boleh je ty nk ke xnak..mmg malas nih..huhu

Cik Puan Peah berkata...

bg email u beb..nk add dlm list yg leh tgk blog i..

Ur Other Half berkata...

haaaaaaaaaaaaaaaaa lom update ker? mesti bz je ne!kehkehkeh

Positive Girl berkata...

btul tu..mmg xsuka btul klu sales assistant tu ikut jer kita kehulu hilir. bila kita lama sikit kat kedai tu dan masih tak membeli, mulalah buat muka...tgk dari jauh sudahle..resit mmg penting, selain dri pastikan yg ia bukti pembelian, dgn adanya resit bleh bantu kita rekod dan catat perblnjaan harian kita..

Related Posts with Thumbnails