Sabtu, 21 Mei 2011

Cultural Village Sarawak memang best!

Sambung entry pasal Sarawak lg. Hari kedua kat Sarawak, Pagi2 lagi lepas breakfast, kitorg pergi Taman Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village).Orang kata kalau pergi Sarawak wajib pergi Taman Budaya, yelah kat sanalah kita boleh kenal berbagai kaum yg tinggal di bumi kenyalang ni.Lokasi Taman Budaya Sarawak ni terletak di Pantai Damai Santubong. Kalau drive dr Kuching ke sini dalam 40 minit lah, kalau korang naik kereta sport pastu pecut giler babas dalam 20 minit dah boleh sampai kot.

Di depan pintu masuk Taman Budaya Sarawak(TBS)

Rules and regulation sepanjang berada di dalam TBS ni. Amik gambar gitu2 takpe..klu amik gambar utk tujuan pengiklanan tak boleh ye tuan2 dan puan2...

Entrance Fee dia RM60 utk dewasa, RM30 utk kanak2 berumur 6-12 tahun..yg bawah 6 tahun tu free jer masuk..Mahal? memang lah mahal tp aku rasa berbaloi lah sebab mcm2 ada dalam tu.Sempat gak lah tgk cultural show.Morning show start pukul ~ 11:30pg and afternoon show start pukul ~ 4:00 ptg.

Passport utk masuk ke TBS, setiap checkpoint tu kena stamping..klu tak stamping pon xpe bukan ada imigresen nak tahan korang pon.

Penanda arah ni buat aku pening, siyes tak tahu nak start dari mana.Nasib baiklah ada passport tu.Ikut jelah map kat passport tu.

Best giler naik jambatan buluh nak ke rumah panjang Bidayuh.Maklumlah first time naik jambatan cenggitu..Haruslah jakun sikit..

Rumah org Ulu ni bukan main tggi, gayat naik tangga dia beb!

Ehem..ehemm...i duduk sebelah abg sexxayyyyy....

Yang ni tak igt pulak aku rumah apa..

Suasana dalam rumah yg atas td tu, diorg kata tengkorak tu tengkorak hang eh silap..tengkorak betul..eee seram tu.Ntah kepala sapa lah yg depa penggal letak kat situ...

Cer tengok..cer tengok..Pakcik tu pahat kat bahagian mana?hahahaha.

Ni pon aku tak tau rumah apa.Ada byk sgt gambar,So sikit2 jer aku upload kat blog yg lain aku upload kat fb jer.

Incek Ary bergambar bersama org Penan.Sape kata org penan tak hensem?sape kata? Ni buktinya yg org penan tu hensem dan sexyyy..oh tergoda....*pengsan*

Yang ni rumah terakhir sekali kat TBS tu, Rumah cina..Semput gak melawat rumah2 kat TBS ni..Yelah dr Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Org Ulu, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah melayu and Last sekali Rumah Cina..semput weh berjalan satu TBS tu.Meleleh2 gak lah air liur peluh.

Yayyyy!!!da abis Ronda! Apasal mcm tak naik je aku lompat? Dah berat ke badan ni?huhuhu..


18 ulasan:

s h e e berkata...

mahalla rm60...hehe...tp bile tgk gamba mcm2 ade...okayla...berbaloila membayar...xde keretapi or buggy ke yang?

qellissa berkata...

@s h e eXde lah babe keretapi atau buggy..kena naik kaki sendiri..hikhikhik

Nashays berkata...

tetiba rs nak g kiching gak lah..alahaiiii

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

pengalaman yg best...

NURUL NATASYA AMIR berkata...

Bestnyaa :)

harrazdani berkata...

yang tak boleh terima rm 60 sbb kita org semenanjung..huhu...apepun selamat datang ke sarawak..jgn lupa ladang buaya, semenggok org utan,sarawak river cruise berbaloi2

dak eina berkata...

mcm best je.. hmm penah tgk dlm tv la tmpt nie..

shark berkata...

jauhnyer nk sarawak tue:(

Anishaway berkata...

whoa ! sonoknye sis ! kirimkan salam saye buat Sarawak negeri kenyalang. hehe ;)

diyanah dzai berkata...

sexy abg tu, kih kih kih. sarawak memang menarik ;)

ainnoraini berkata...

2thn lepas pernah pegi kat situ...
tak tengok ker dia org buat show kebudayaan kat situ...

akhir june ni nak pegi lagi...

POSH76 berkata...

bessla tempat ni...leh jadi ref kalu nak ke swak

Shiela Latif berkata...

seronoklah babe...lebih2 lagi dapat bergambor ngan abng2 sexy tu...teringin aiii...

echaRierie berkata...

waaa..sarawak..
nt pegila sabah pula..hehe :)

LindaRahim berkata...

mahal harga masuknya tp lau x masuk x dpt amek gambar ngan abg sexyyy...hihi...

Mira Zali berkata...

wah.. berjalan sakan.. ^_^

m!3yr4h_LolLy berkata...

macam bez je. kamek kena pegi jugak nie. aishh.. kitak tak ajak kamek pun

ASaDa RyutaRo berkata...

kat kampung budaya kena habiskan satu hari suntuk kat dalam tu, baru puas. huhu..

bergambar dengan abang maen sape tu tak menahan. sexxayyy... kahkahkah..

Related Posts with Thumbnails