Rabu, 7 April 2010

Lagi kes Bapa Dera Anak

Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa
amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain
lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok
aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Bapa labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang
nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH
PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas
agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA
sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang
tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


Kui kui kui...ni cuma forward email dr kwn-kwn saje nk wat gempak kat cni, sebab cik Qellissa pon terkena gak bila baca sampai abis huhuhu

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bru nak kutuk bapak dia..bengong...hahaha

Zasillah Ariffin berkata...

kelakar nih!!...ngeh3

Ummiross berkata...

haha lawak gilak...

shameel Iskandar berkata...

pada mulanya saya marahkan bapaknya sbb halang anak pakai tudung. jahil si bapak ni, kata saya dlm hati. selesai baca entri ni, saya puji bapaknya kerna tak nak anaknya jadi sotong. ni ciri-ciri bapa mithali.

memang lawak giler.

zulkbo berkata...

salam qelissa..
hang biaq betoi..
hang laki ka pompuan hu hu..
melawak nor??memang lawak
entri ni..sampai bergulin aku gelak
hu hu hu..

Booty Martinez berkata...

hehehe lawak no...

ps : bagila ruangan utk komen name/url..sy guna webhosting sendiri...

http://sekilass.com

.::WaNiE::. berkata...

hehehe tengok awal2 dah scroll bawah sbb baru sangat baca entry ni haritu kat blog sapa entah xingat kekek

tapi memang nak kene betul budak tu hahaha

RastaMat berkata...

uit..
aku pernah terbace cte ni mggu lepas..
tapi x ingat kat blog sape..
ape pon, kelakar beb...!!!
klu aku jadi bapak, kompom da mati anak aku tu kene pijak ngan aku..
hahaha...

zai berkata...

ahhah, mati mati cakap apekehal la bapak die ne, nak pakai tudung pon xbagi..owhh rupanya crisis identity

Akmad Toshiro berkata...

cisssss...
rugi aku baca! ngatkan hang yg kena...
kecian dowh budak nie...kalo btul lah..haha

azie berkata...

ha ha ha , bestnya cerita ni, leh wak ceria je pagi ni.

Pena Crystal berkata...

hahaha..igtkan bapak yang salah.meh cni nak bagi lagi satu lempang kat si zaza tuh..lalala.

Related Posts with Thumbnails