Selasa, 26 Julai 2011

43 Perkara yang dianggap ringan yang boleh menyekat Rezeki.


Assalamualaikum semua, Aku ada terima email from my friend which i want to share with all of you. Maybe ada yang penah baca pasal ni, dan ada yang belum kan? so i'm here to share..kan sharing ke is caring ye tak?

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara
tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun
oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara
yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
~~~*Sumber dari email*~~~


11 ulasan:

Nashays berkata...

sapu umah waktu malam?aku selalu buat tu..siang x sempat nak sapu..uhuhuuu

qellissa berkata...

@Nashays Samalah kita, dah malam je masa yang free nak sapu sampah..huhuhu...

Akak Kembang berkata...

info berguna yg kadangkla ada kebenarannya..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

info berguna . perkongsian yang baik, sama-samalah kita manafaatkan.

ratusiput berkata...

yela kdg2 mende2 kecik ni kite tak perasan kan...

Unknown berkata...

Assalam, info yg berguna.. hehehehe

Gelap berkata...

banyak yang bercanggah ngan amalan kita skrg ni, aku ulaskan satu.. (Banyak lagi sebenarnya..)

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
rumah kos rendah, flat, dan banyak lagi jenis jenis rumah yangmampu melayu nak duduk ni semuanya toilet la tempat mandi.
wuduk pun dlm tpt toilet lah..so?
sila la construction kan rumah itu supaya tempat basuh baju tu paipnya ada dua... and taruk low basin utk amik wuduk...

Tanpa Nama berkata...

x tau nak ckp apa..kdg2 ada relevan..ada x relevan...hanya Allah yg tau...

panda putih berkata...

wah, sgt berguna..

Unknown berkata...

boleh mintak share?

qellissa berkata...

@Farzlyna Mustafar Boleh, silakan..Tekan Control C ye...

Related Posts with Thumbnails