Isnin, 18 Julai 2011

Makan-makan di Sekinchan Ikan bakar.

Korang suka makan ikan bakar tak? Bagi yang suka makan ikan bakar, mesti kenal restoran Sekinchan Ikan Bakar kan? Aku perasan hari-hari ada iklan dia kat Metro. Aku ni pantang tengok iklan, mesti teruja nak 'nerai'. So off we got sekinchan Ikan Bakar cawangan Ampang. Deko kat sana nampak cantik dan selesa. Tapi tak ramai customer masa tu, cuma aku, Incek Ary dan satu lagi pasangan lain. Maybe sebab dah malam, customer pun tak ramai.Pandangan kat luar restoran.

Mostly menu kat sini cuma makanan laut, kalau korang nak makan nasi goreng kampung ke, nasi pattaya ke, jangan harap ler nak ada kat cni. setakat nasi lemak bungkus tu ada lah.

Teruja tengok ikan-ikan kat sana, nampak fresh gitu. Incek Ary punya seksited ekcited sampai 2 ekor ikan dia pilih. Yang nak makan cuma 2 orang. dah lah ikan dia beso-beso. Memang buncit perut nak habiskan sekor-sekor.

Ulam-ulam ni wajib kalau makan ikan bakar, cicah dengan sambal belacan..Perghhhh.Terangkat sey!

'variety of sambal' yang ada. Sambal kicap, sambal belacan, sambal asam.

Ikan kerapu Bakar, tak nampak macam bakar sebenarnya, macam stim je ikan ni. Aku tak suka sangat ikan ni coz macam hanyir je.

Yang ni aku suka, ikan pari bakar. sangat sedap isi dia. Fresh dan takde bau hanyir sgt. Gravy dia pun sedap.

Seronok kucing ni duduk kat Sekinchan ikan bakar, macam tak heran pun dengan ikan depan mata dia. cuba kalau kucing kat restoran lain, mau dia naik atas meja nak cari makan.

Total damage, RM55. Bagi aku mahal ler makan 2 orang sampai RM55. Maybe sebab tu orang tak ramai kot datang kedai dia. Tp kalau sekali sekala nak makan ok lah, kalau hari-hari mau rabak poket.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau sedap, RM55 pun saya tak kisah ! =)

www.anastasyea.com

DaZzlingLilLy berkata...

i suka ikan bakar...kt tmpt i pn harga lebih kurang tu jgk..

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

akaaaakkkkk blanje kite mam?
hehehhehehehheheheheh

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

qelissa, sekinchan ni banyak yang komplin mahal, lepas tu alah-alah ikan cam tak bakar. rasanya berbaloi makan kat seafood RM55 lebih dari ikan dah boleh makan. kalau nak real makan kat sekinchan kedai asal dia, sedap.

Related Posts with Thumbnails