Selasa, 19 Julai 2011

Order from Hubby's friend..Ehemmmm

Ehemmm, wah tajuk diatas tu macam blog jualan kek, biskut dan sebagainya gitu. Siap ada orang order.( Motif tajuk cenggitu? nak berlagak ler tu.hahaha..) Kan, hari tu aku ada tunjuk gambar cuppies fondant yang aku belajar buat kan. Tak sangka pulak member Incek Ary nak order cuppies hantaran dari aku. yelah aku ni bukan jual cuppies pun, sekadar suka-suka isi masa lapang je buat benda tu. So far takde niat nak menjual, coz i know, i'm not that expert. Kang kalau aku jual benda yang not up to customer expectation naya je membazir duit je org beli. yelah aku ni, kadang-kadang buat benda tu nampak cantik, kejap nampak buruk. So better i brush up my skill dulu baru lah pikir nak jual. tak gitu? Buat cuppies ni pun perlukan kesabaran yang sangat tinggi, kalau tak sabar memang aku tinggal je benda tu atas meja. Nak buat love tu susah woo..Korang ingat senang ke? ce cuba buat tengok senang tak senang. Dah lah fondant ni jenis manja..kalau cuaca panas kang jadi lembik pulak.pastu kalau tangan jenis panas mau lekit-lekit fondant tu kat tangan. Nasib baik tangan aku ni jenis sejuk.senang sikit nak uli cik pondan tu. Jadi ni lah hasilnya cuppies aku tu. Takde idea nak buat deko apa. Takpe lah orang baru belajar. Lagi pun, sapa suruh order last minit. Sakit mata aku tahan mengantuk tau gara-gara mengadap menda ni.
Cun tak? Simple je kan? Tak tau nak deko apa. Masa ni idea takde..Main bantai je.

7 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

cute je deco cuppies tu. qelissa kalau asah skil mengdeco tu, boleh wat jualan.

M a W a D D a H berkata...

cubaan pertama dah nampak comel...yg kedua lgi2 la comel...good try..pahni leh la bukak utk jualan...:)

matahati-aishahazhar berkata...

cantik.. nampak simple je..

odahonebizz berkata...

oklah tu not bad ada rupa cupcakes...kalau suh i buat xtau ntah bentuk apa yg jadi...makin lama mkin maju lah

Zasillah Ariffin berkata...

oklah tu babe...dah mmg leh wat jualan dah tu...simple n nice deko dia...putih suci i suker :) caiyok2!!

Unknown berkata...

kelasss cantekla beb nak order utk raya boleh...

A D I A berkata...

ok la tu u, cantik je i tgk. i teringin gak join class2 cuppies etc ni tapi takde geng u.

Related Posts with Thumbnails