Jumaat, 1 Oktober 2010

MALAPETAKA 2012??? PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA

Salam, Aku terjumpa artikel ni di facebook, dan tiba2 terasa untuk dikongsi bersama2 readers kat blog ni.Sama2 kita hayati bersama. Yang baik jadikan taulan yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga boleh memberi pengajaran kpd kita semua.

Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.

  • UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012

Cuba kira,1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.Sama dengan hadis nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 RAMADAN .

Berdekatan bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.............cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai kalender Islam 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal. Kami bertanya: "Suara apakah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan hancur binasa".

Selepas membaca artikel ini,terpulang kepada sesiapa hendak percaya atau tidak.Hakikatnya sememangnya hari kiamat itu tidak diketahui dengan tepat bila akan berlaku tetapi tidak salah sekiranya kita menjadikan motivasi,inspirasi,kajian,peringatan Rasullullah s.a.w. ini supaya kita lebih sentiasa bersedia sebelum tiba hari yang tiada gunanya takhta,harta,isteri,rakan-rakan,kad kredit,kereta,saham dan niaga.

Wallahualam..
Dan aku selit sekali jawapan drpd Jakim
Ini jawapan dari JAKIM

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin H...ammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"

p/s: Artikel ini diperoleh drpd facebook ye..

3 ulasan:

sugar2 kapas strawberry berkata...

ape2 pon..lakukan la ibadat seolah2 kita akn mati hari esok.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

sentiasa dekat kan diri dengan pencipta..
moga semua nye selamat..
ameen..

Dzasc Skachers berkata...

time kasih kakak atas ingatan..
moga menjadi panduan kepada umat islam supaya lebih berhati2..
kiamat makin menghampiri..

Related Posts with Thumbnails